Aryan berdiri di hadapan sliding door balkoni sambil memeluk tubuh.Dia merenung langit malam yang berkilau dengan bintang.Suasana sunyi menyelimuti malam itu tetapi hatinya penuh dengan rasa puas.Impian yang selama ini dikejar hampir menjadi kenyataan.Dia berjaya membuat Annisa keluar dari rumah ini.Hari itu dia sudah memberikan hint kepada Annisa.
Tak sangka kesalahan Annisa menjadi tiket untuk mengubah hidupnya.Dato Hamdan berpegang kepada pendirian dan Aryan merasakan kepuasan yang mendalam.
"Bagus.Akhirnya Nisa akan keluar dari rumah ini." Gumam Aryan bersama senyuman sinis terukir di wajah.Dia tidak sabar untuk melihat Annisa pergi.Tiada lagi nama Annisa dalam hidupnya.
Lamunan terhenti apabila pintu bilik dibuka kasar.Aryan berpusing dengan matanya segera
tertumpu pada susuk yang muncul.Ternaik senyuman sinis di wajah Aryan.Tepat tekaan.Dia
senyum sinis apabila melihat muka marah Annisa.
Mesti Annisa sedang marah.Pintu bilik dibiarkan terbuka.Annisa takut kalau Aryan apa-apakan dia.Kalau pintu terbuka senanglah Annisa mahu lari nanti.Dia laju menghampiri ke arah Aryan yang sedang berdiri di
sliding door.Apabila sudah dekat dengan Aryan, langkah dihentikan.Masih ada jarak di antara mereka.Dia perlu selesai hal ini malam ini juga."Ryan kan yang perangkap Nisa?" Suara Annisa tegas dengan wajah marah menyala.Dalam hati, dia yakin Aryan adalah punca kes ini.Dia tidak memiliki musuh lain di sekolah.Hanya Aryan yang selalu tidak puas hati dengan dia.
Aryan ketawa sinis dengan soalan itu. "Tch! Apa bukti yang aku perangkap kau?" Suara penuh dengan ejekan.
"Nisa tahu Ryan yang perangkap Nisa.Siapa lagi di sekolah yang selalu tak puas hati dengan Nisa kalau bukan Ryan?" Kini Annisa sudah hilang takut dengan Aryan.Dia tak boleh tunjuk dirinya lemah sekarang ini.Dia perlu lawan rasa takut.Tapi kalau betullah Aryan yang perangkap Annisa, apa motif yang Aryan buat begitu? Benci sangatkah Aryan dengan dia?
"Kau cakap dengan aku, berdosa kalau fitnah orang."
Tersentak Annisa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aryan.Ya, dia pernah cakap
dekat Aryan.Dia masih ingat lagi.Tapi dia dapat rasa orang yang perangkap dia ialahnAryan.Dia bukan nak menuduh dia cuma mahukan kepastian saja.Terukir senyuman sinis di wajah Aryan apabila melihat perubahan wajah Annisa.Pasti Annisa
rasa bersalah sekarang ini.Annisa bukan mahu fitnah tetapi mahu
kepastian.Kalau Aryan tidak buat baguslah.Tetapi
kalau bukan Aryan, siapa yang mahu kenakan dia.Sekarang ini Annisa hanya mahu kejujuran
dan kepastian daripada Aryan. "Tolonganlah jujur, Ryan.Ryan kan yang buat.Kenapa Ryan buat macam ni?" Annisa merayu ingin mendapatkan kepastian.
Dia tidak peduli apa pun yang Aryan ingin katakan.Yang penting, dia mahu kejujuran.Aryan melangkah ke depan mendekati Annisa.Jarak di antara mereka semakin rapat. "Stop." Suara Annisa bergetar cuba melawan ketakutan.Ini bukan yang dia mahukan.Annisa semakin menghampiri pintu bilik berniat untuk melarikan diri.Namun, sebelum sempat dia bertindak Aryan dengan pantas menarik pinggang menghentikan langkah Annisa.
Segera Aryan mengunci pintu bilik itu memastikan Annisa tidak dapat melarikan diri.Dengan tegas, Aryan merasakan dia perlu memberi pengajaran kepada Annisa.Dia menghempas tubuh Annisa ke meja belajar tanpa memberi ruang untuk Annisa melawan.
"Sstt..." Annisa mengeluh sakit apabila pinggangnya terkena sisi meja.Kuat juga Aryan hempas badan Annisa sehinggakan meja itu bergegar.Kedua tangan lelaki itu mengepung Annisa.
Terkaku Annisa apabila wajahnya rapat dengan wajah Aryan.Annisa dapat rasa nafas Aryan menampar di mukanya. "R-Ryan..." Dia cuba menahan ketakutan tetapi tidak dapat.Annisa takut apabila kedudukan mereka sangat rapat.Dia menahan dada Aryan dengan kedua tangan.Annisa menudukkan kepala.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...