抖阴社区

BAB 61

18K 475 9
                                    

Kini ketiga-tiga orang itu sudah berada di rumah Aryan.Zariel dan Zarief bergegas datang ke rumah Aryan setelah mendapat panggilan daripada Firash yang menyatakan Annisa diculik.

Mereka terkejut mendengar berita itu terutama kerana Aryan sudah memasang ramai bodyguard untuk menjaga Annisa.Licik.Itu satu-satunya perkataan yang dapat mereka katakan tentang pihak musuh.Strategi mereka memang sangat licik sehingga dapat menculik Annisa dengan mudah.

"CCTV parking kereta dah check?" Soal Firash.Kini, suasana ruang tamu di banglo mewah itu sangat tegang.Masing-masing dengan wajah serius.

"Mereka hack." Jawab Zarief sambil menunjukkan laptop di hadapannya.Sebelum ke rumah Aryan, dia dan Zariel telah pergi ke mall untuk memeriksa CCTV di tempat parkir kereta.Malangnya, CCTV itu sudah hack.

Aryan menggenggam tangan menjadi penumbuk.Urat-urat di lengan timbul.Menandakan kemarahan yang tidak dapat ditahan.Memang licik musuhnya.Malah, bodyguard yang diupah pun sudah tewas akibat serangan hendap tadi.Hanya Aiman seorang yang terselamat.

"Kau tak boleh buat sampai dapat ke, Rief?" Tanya Firash dengan suara risau.Tidak senang dia duduk memikirkan tentang keselamatan Annisa.

Tak.

Bukan sebab dia sukakan Annisa.

Annisa langsung tiada kena mengena dalam masalah ini.Wanita itu hanya menjadi mangsa keadaan saja.

"This isn't just an ordinary person who hacked." Zarief bersandar di belakang sofa.Wajahnya menunjukkan hampir berputus asa.Sudah banyak kali dia cuba tetapi masih tidak dapat melihat CCTV itu. "Kalau orang biasa dah lama aku selesaikan masalah ni." Tambahnya lagi.Nampaknya, dia perlu belajar dari pihak musuh tentang IT.

"Megat tak ada info apa ke?" Tanya Zariel yang dari tadi hanya diam.Seketika, fikirannya teringat tentang Megat.

"Tak." Lemah nada Aryan.Itu juga satu masalah kerana sudah lama Megat tidak memberikan maklumat tentang pihak musuh.Apa yang lelaki itu lakukan sekarang?

Zariel nampak wajah Aryan sangat lemah.Dia perlu memberi semangat kepada Aryan. "Kau tak boleh lemah, Ryan.Kuatkan diri demi Annisa." Nasihat Zariel.

Aryan meraup wajahnya dengan lelah.

"Macam mana aku nak kuat dengan masalah sekarang? Keselamatan Annisa sangat penting bagi aku." Lemah nada Aryan dengan menundukkan kepala.Dia bukanlah seorang yang lemah tetapi jika melibatkan Annisa, dia menjadi lemah.

"Kawal perasaan kau, Ryan.Takkan nak jadi lemah begini?" Tegas Zariel lagi.Dia tidak suka melihat Aryan berkeadaan begini.

"Do something, Ryan." Firash menegaskan agar Aryan bangkit semula.

Aryan bersandar semula di belakang sofa.Mengusap rambutnya yang kusut.Dia tidak boleh berfikir sekarang.Kalau ikutkan hati, dia mahu saja pergi menyelamatkan Annisa walaupun tidak tahu di mana pihak musuh menyembunyikannya.

Menyesal.

Itulah yang Aryan rasakan kini.

"Orang tua tu takkan apa-apakan Annisa, Ryan." Tambah Zariel cuba memberi keyakinan.

Aryan tertawa sinis. "Yakinnya kau." Jawabnya.Dia merasakan kata-kata itu kelakar.Bagaimana Zariel boleh yakin dengan lelaki tua itu?

Zariel tidak peduli dengan ketawa sinis Aryan. "Dia gunakan Annisa untuk kau datang merayu padanya." Ujarnya. "Kalau kau terus begini, orang tua tu lagi seronok." Sambung Zariel.Harap kata-kata ini dapat menaikkan semangat Aryan.

Aryan merengus kasar.Benar, apa yang Zariel katakan.Lelaki tua itu memang menginginkan dia datang bersujud dan merayu.Lelaki tua itu sungguh licik untuk memerangkap dia.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang