Annisa mengerling ke arah jam di atas meja sisi.Jarum pendek sudah menunjukkan pukul 11
malam.Dia tidak sedar waktu berlalu begitu cepat kerana terbuai dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus sehingga tidak menyedari malam semakin larut.Tekaknya mula terasa kering.Dia melihat air yang tinggal separuh.Dia perlu mengisi air semula.Sudah menjadi kebiasaan membawa botol air ke bilik kerana memudahkan terutama apabila rasa dahaga menyerang pada tengah malam.
Setelah meletakkan telefon di atas meja, Annisa turun dari katil dengan hati-hati.Dia mengambil botol itu melangkah menuju pintu.
"Tak payahlah pakai tudung.Bukan ada sesiapa pun." Gumamnya perlahan.Datin Farida memberitahu bahawa Aryan sering pulang lewat
kerana sibuk menyiapkan kerja di pejabat.Ada kalanya lelaki itu tidak pulang langsung dan
memilih untuk bermalam di rumah sendiri.Dengan keyakinan bahawa Aryan tidak mungkin pulang malam ini, Annisa terus membuka pintu dan melangkah keluar tanpa rasa bimbang.Rambut yang panjang dilepaskan jatuh terurai ke bahu.Tangan masih erat menggenggam botol air.Dia turun ke tingkat bawah.
♡♡♡
Aryan masuk ke dalam rumah dengan wajah letih.Baju kemejanya sudah terkeluar dari dalam
seluar.Tangan kanannya menyangkutkan suit coat manakala tangan kiri pegang briefcase.Dia menutup pintu rumah dan sangkutkan kunci kereta di tepi pintu.Anak matanya melihat ruang tamu banglo tersebut gelap.Macam mana tak gelap kerana sekarang sudah pukul 11 malam.Dia terpaksa balik lambat untuk bincang sesuatu hal yang penting.
Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, Aryan merebahkan tubuh yang penat ke atas sofa panjang yang empuk.Briefcase dan suit coat diletakkan di atas meja kopi di hadapan.Dia menghela nafas panjang merasakan tubuhnya tenggelam dalam kelegaan yang sementara.
Tangannya perlahan-lahan mengurut dahi yang mulai berdenyut akibat tekanan kerja dan perbincangan panjang dengan klien yang serba tidak kena hari ini.Mata terpejam sesaat membayangkan betapa nikmat jika dia boleh terus tidur.
Namun, belum sempat rasa lena datang menyapa satu bunyi kuat dari arah dapur mengejutkan dia.
BUK!
Kedua matanya terbuka luas.Jantung berdegup pantas penuh waspada.Suara hati mula berbisik mengandaikan sesuatu yang tidak kena di rumah itu.
Tanpa berlengah, dia bangun dari sofa dan menuju ke dapur dengan langkah berhati-hati.Setibanya di dapur dia melihat lampu di situ masih terpasang.
Pelik.Selalunya, jika semua orang sudah tidur lampu di dapur akan dipadam.Tidak mungkin Raisya kerana adiknya jarang turun ke dapur pada lewat
malam.Hati Aryan mula dibalut rasa curiga.Takkanlah ada pencuri? Kawasan perumahan ini
mempunyai kawalan keselamatan yang ketat mustahil pencuri boleh masuk dengan mudah.Aryan menghampiri dapur dengan langkah yang lebih perlahan.Matanya terhenti pada susuk
tubuh perempuan yang sedang tunduk mengambil sesuatu dari lantai berhampiran singki.Perempuan itu membelakangi dia, jadi Aryan tidak dapat melihat wajah itu.Mata dikecilkan cuba mengenal pasti siapa perempuan itu.Tidak mungkin pencuri.Itu bukan Raisya kerana rambut perempuan ini panjang beralun sedangkan rambut adiknya pendek dan lurus.
"Who are you?" Aryan bersuara dingin penuh curiga.Jarak antara mereka masih agak jauh
namun Aryan yakin perempuan itu bukan Raisya.Suaranya membuatkan perempuan itu
tersentak.Annisa yang sedang tunduk mengambil botol air yang terjatuh terkaku sejenak.Tiba-tiba, hatinya berdegup kencang.Dengan perlahan dia bangun berdiri tegak.Air liur ditelan cuba menenangkan diri.Dia tiada pilihan lain selain berpaling untuk melihat siapa gerangan lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...