Annisa duduk sendirian di kerusi bus stop dengan kedua kaki berhayun.Tangannya sibuk menulis sesuatu di atas kertas.Di hadapannya, jalan raya yang sepi jarang dilalui kenderaan menambahkan lagi rasa sunyi di tempat itu.Bus stop ini terletak jauh sedikit dari sekolah menyebabkan laluan di sini tidak sesibuk jalan-jalan lain.
Annisa sedang menunggu Aryan yang sudah memberitahu bahawa hari ini dia akan menghadiri kelas tambahan sehingga pukul 3 petang.Keputusan itu membuatkan Annisa terpaksa menunggu lebih lama daripada kebiasaan.
"Aku nak kau tunggu aku sampai pukul 3.Kau tumpang siapa-siapa siap kau!"
Itulah amaran tegas yang Aryan berikan kepada dia sebelum berpisah.
Mendengar arahan itu, Annisa terpaksa akur.Dia risau jika lelaki itu berbuat sesuatu yang tidak diingini jika tidak mematuhi perintahnya.
Dari jauh Annisa terlihat kereta Honda Civic hitam semakin mendekati bus stop.Dia tahu itu kereta milik Aryan.
Kereta itu berhenti tepat di hadapan perhentian bas.Annisa segera bangun dan melangkah masuk ke dalam kereta.Dia mengambil tempat di bahagian penumpang.Apabila memasuki perut kereta, hawa sejuk dari aircond yang kuat membuatkan badan yang panas tiba-tiba terasa nyaman.Dia telah menunggu Aryan dari pukul 1.40 petang hingga 3 petang satu tempoh yang cukup lama.Untuk mengisi masa menunggu, dia sempat menyiapkan kerja
sekolah subjek Geografi yang diberikan oleh cikgu.Namun, Aryan kelihatan tidak ambil peduli apabila Annisa melangkah masuk.Dia memulakan perjalanan tanpa sepatah kata.Suasana dalam kereta terasa sunyi.Radio tidak dibuka dan masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri tanpa sebarang topik yang ingin dibicarakan.
Annisa hanya memandang keluar mengamati pemandangan di sepanjang jalan.Ketika pergi dan balik dari sekolah dia sering melihat kehidupan bandar di negerinya.Dunia yang penuh dengan warna dan cerita namun baginya ia terhalang.
Dia jarang keluar rumah kerana Dato Hamdan dan Datin Farida tidak pernah membenarkan dia keluar.Ada rasa ingin yang terpendam untuk keluar dan bersosial dengan rakan-rakan tetapi harapan itu sering dipatahkan oleh ketegasan Dato Hamdan dan Datin Farida.Kehidupannya dikelilingi oleh tugas-tugas rumah dan peraturan yang ketat menjadikannya seperti seorang hamba dalam rumah sendiri.
Hidupnya tidak ubah seperti Cinderella.Dia tiada kasut kaca, tiada kereta labu, tiada Fairy Godmother dan jauh sekali Prince Charming.
Setiap hari, Annisa terpaksa bangun awal untuk menyiapkan kerja rumah dan.Dia percaya bahawa satu hari nanti, kehidupan yang lebih baik pasti akan datang walaupun tanpa keajaiban.
Hidupnya adalah sebuah kisah yang penuh dengan kesedihan dan kemarahan yang seakan menghimpit jiwanya.Penat menunggu, penat berharap dan penat
menjalani hidup yang seolah-olah tidak pernah memberikan peluang untuknya menjadi siapa dia yang sebenarnya.Tiba-tiba, kereta berhenti di tepi jalan mengejutkan Annisa dari lamunan.Dia mengerling ke arah Aryan dengan rasa hairan. "Kenapa, Ryan?" Soalnya yang tidak mengerti.Dia tahu kereta ini tidak rosak kerana Aryan sentiasa menjaga dan service kereta dengan baik.
Namun, Aryan hanya mempamerkan wajah dingin tanpa mengalihkan pandangan dari jalan raya. "Keluar." Tegas nada itu.
Kerut di dahi Annisa semakin mendalam. "Kenapa?" Dia bertanya kerana bingung dengan tindakan mendadak Aryan.Perangai Aryan yang tidak menentu membuatkan Annisa terasa tidak faham.
Kadang-kadang Aryan berkelakuan baik dan kadang-kadang seperti ini.Perangai yang tidak dapat dijangka."I don't like to repeat many times." Jawab Aryan dengan suara dingin dan tanpa emosi.Tangan kanan mencengkam stereng dengan kuat menandakan kemarahan yang tidak dapat disembunyikan.Dalam hati, dia berusaha menahan rasa panas yang menyala akibat sikap degil Annisa yang seolah-olah tidak pernah mengerti betapa membuatnya tertekan.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...