Annisa masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu dengan penuh ketakutan.Dia bimbang Aryan akan mengikuti dan memaksanya keluar dari bilik.Jadi, lebih baik dia mengunci pintu bilik agar tiada sesiapa yang boleh mengganggu.
Setelah itu, Annisa meluru ke atas katil dan memeluk bantal segi empat yang bersaiz kecil merasai keperluan untuk menyembunyikan semua kesedihan.Dia menangis semahu-mahunya.Air mata mengalir laju membasahi bantal itu.Wajah disembam di atas bantal seolah-olah berusaha menenggelamkan semua rasa takut yang menyelubungi dirinya.
Hati bergetar teringat perbuatan Aryan yang hampir-hampir sahaja merobek maruahnya. Syukurlah apabila ahli keluarga sudah tidur.Jika tidak, dia pasti akan difitnah oleh Aryan.Apatah lagi dia yang tanpa rasa segan silu masuk ke dalam bilik
lelaki itu."Nisa benci Ryan hisk..." Gumamnya penuh dengan rasa marah dan kecewa.Dia bersyukur kerana Aryan tidak sempat melakukan perbuatan keji itu.Dalam keadaan yang lemah, dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu sehingga mampu menendang perut Aryan dan melarikan diri.
Rasa menyesal menyerang hati.Kenapa dia tergamak memasuki bilik Aryan? Kenapa dia membiarkan dirinya terjebak dalam situasi yang menakutkan itu? "Ryan jahat." Suara yang tenggelam dalam tangisan kecil. "Ryan kejam." Annisa merasa betapa berat beban yang dipikul dan rasa menyesal menyelubungi jiwanya.
"Ibu, tolong Nisa hisk..." Bisiknya dalam tangisan yang pilu.Dia benar-benar memerlukan seseorang untuk berkongsi beban ini.Dia penat menanggung semua perkara yang perlu dipendamkan.Jika ada arwah Datin Munirah, wanita itu pasti akan menjadi tempatnya mengadu.Arwah ibu sentiasa ada ketika Annisa merasai kesedihan dan kegembiraan.
Namun, kini tiada sesiapa untuk mengeluarkan semua perasaan yang terpendam.Dia teringat kembali nasihat-nasihat arwah ibu yang selalu memberikan semangat dalam hidupnya.Mahu saja dia bercerita kepada Datin Farida tetapi dia tahu itu akan mengundang kemarahan.Terutama jika hal ini melibatkan Aryan pasti Datin Farida akan membela anaknya.
Dato Hamdan?
Tidak, Annisa tidak akan berani memberitahu papa.Takut nanti dia akan menerima tali pinggang lagi.
Sebab itu, dia memilih untuk memendam rasa.Tidak ada seorang pun yang tahu tentang masalah yang dihadapi termasuk sahabat baiknya.Namun, dalam kesunyian itu dia masih ingat kata-kata arwah Datin Munirah.
'Kalau ada masalah luahkan pada Allah.Kerana Dia Maha Baik yang tak jemu dengan hamba-Nya.Elakkan luah dengan manusia kerana tidak semua orang faham apa yang kita lalui.Lagi teruk apabila ada yang dengki dengan kita dalam diam.'
Malam itu, Annisa tidur ditemani air mata.Dia berdoa agar dapat melupakan segala masalah
yang membelenggunya.Dia berharap mimpi buruk ini akan berakhir.Mungkin ia akan berakhir jika nyawanya diambil.Rasa penat dengan mimpi buruk ini membuatkan dirinya semakin tertekan.Dia berharap suatu hari nanti dia akan dapat merasai mimpi indah.Mimli
tanpa gangguan terutama daripada Aryan.Semoga mimpi indah itu akan tiba suatu hari nanti.Masih banyak lagi penderitaan yang harus
dihadapinya tetapi harapan dalam hatinya tidak pernah padam.♡♡♡
"Semua barang dah cukup?" Tanya Dato Hamdan yang berdiri di boot kereta.
"Cukup." Jawab Annisa sambil berdiri di tepi Dato Hamdan.
Hari ini adalah hari yang dinantikan.Dia akan berpindah ke kampung Nek Jah.Setelah berdoa dan meluahkan segala yang terpendam kepada Allah, hatinya terasa tenang.Keputusan untuk berpindah ini diterimanya dengan lapang dada.Annisa berfikir lebih baik tinggal di kampung daripada terperangkap di sini.Mungkin kehidupan di kampung akan lebih tenang berbanding di sini.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...