Nafas kasar dihela. "Siapa izinkan kau ikut aku?" Suara Aryan teramat dingin.Jika Afham mendengar nada itu, pasti Afham sudah berlari ketakutan. Namun, tidak bagi Firash.
"Kau tak kesiankan aku ke?" Firash melontarkan soalan.Bibirnya diherotkan ke bawah.Dia sanggup bangun awal pagi hanya kerana teruja untuk ikut pasangan itu pulang ke kampung. "Aku tak pernah rasa suasana kampung.Aku ingat kalau ikut kau mungkin aku boleh rasa suasana itu." Tambah Firash dengan nada merayu.
Bahu dijatuhkan ke bawah.Firash terpaksa akur. "Aku rasa tak apa lah kalau kau tak izinkan." Balasnya dengan menunjukkan wajah sedih yang membuatkan hati sesiapa pun tak tertahan untuk berasa simpati.
"Assalamualaikum Nisa, Ryan." Sayu suara Firash.Orang tak izinkan, buat apa mahu ikut.Dia berusaha menghormati keputusan mereka.Dalam diam, dia mendoakan agar perjalanan mereka berjalan lancar dan memberi seribu satu kenangan manis.
Baru sahaja Firash mahu berpusing, suara Annisa yang manis menampar gegendang telinganya.
"Jomlah Firash ikut kita orang balik." Ajak Annisa dengan penuh semangat.Dia tidak sanggup melihat wajah sedih Firash.Kasihan mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
Aryan yang berdiri di sebelah Annisa sudah kerut dahi.Dah kenapa Annisa nak ajak Firash ikut sekali?
Arh! Tak boleh jadi.
"Awak bolehkan?" Tanya Annisa kepada Aryan dengan muka comelnya ditayangkan seolah-olah memujuk.Dia mahu Aryan izinkan Firash untuk ikut pulang ke kampung.
Aryan lemah melihat wajah comel Annisa.Dia sedar betapa pandai isterinya dalam memujuk.Tanpa sedar hatinya mula cair.Cair dengan wajah comel milik Annisa.
Haih, nak tak nak dia terpaksa setuju.
"Fine.Kau follow belakang." Akhrinya Aryan mengalah.Firash bernasib baik kerana ada Annisa yang mempengaruhi keputusan Aryan. "Masuk kereta kau!" Arah Aryan.Kalau bukan sebab rayuan daripada Annisa, memang Aryan tidak izinkan Firash ikut.Pasti masa honeymoon mereka akan rosak dengan gangguan Firash.
Dengar saja suara Aryan seperti mahu jerkah, Firash cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
Ceh! Baru nak peluk.
"I love you Aryan!" Jerit Firash sebelum masuk ke dalam keretanya.Perasaannya terlalu gembira.Takkan dia mahu ucap I love you pada Annisa.Nanti tak pasal-pasal kena tidur di hospital.
Manakala Annisa tidak dapat menahan tawanya apabila melihat wajah Aryan yang ketat bercampur dengan wajah ceria Firash.Sungguh, ini satu pemandangan yang tidak dapat dilupakan.Tetapi dia tidak sampai hati untuk mentertawakan suaminya.
♡♡♡
Kereta Mercedes dan BMW itu meluncur keluar dari pekarangan rumah Dato Hamdan setelah hampir dua jam bertandang.Tanpa berlengah, mereka meneruskan perjalanan menuju Johor melalui lebuh raya yang lengang mungkin kerana ini waktu bekerja.
"Ryan." Panggil Annisa perlahan yang memandang pemandangan jalan raya di hadapan.Dari perjalanan tadi, suasana dalam kereta hanya sunyi saja.
"Hm." Sahut Aryan sambil memandu dengan sebelah tangan yang santai manakala tangan sebelah lagi diletakkan di atas pahanya.Dia lebih selesa memandu kereta begini.
"Erm... Awak dengan Firash dah lama ke kenal?" Annisa berhati-hati untuk tanya soalan itu.Dia mahu tahu tentang persahabatan Aryan dengan Firash.
Aryan menjeling sekilas ke arah Annisa dengan wajahnya mempamerkan sedikit kerutan. "Kenapa nak tahu?" Nada suara dingin seolah-olah tidak menyenangi arah perbualan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...
BAB 47
Mula dari awal