抖阴社区

                                    

"Tomorrow." Jawab Aryan sepatah.Senyumannya lebar.Dia percaya permainan ini akan mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

Aryan meletakkan kotak tin bulat itu di tapak tangan Annisa. "Kotak ni hubby bagi kepada sayang.Janji dengan hubby, sayang mesti buka kertas ni everyday." Pesannya.

"Ye hubby.Sayang janji." Annisa mengangguk bersemangat.Tidak sabar untuk membaca quotes yang ada di dalam ini.

"Eh, tapikan.Dari mana hubby dapat idea nak main game ni?" Soal Annisa sambil membelek kotak bulat ungu itu.Warna kegemarannya tentu saja menambahkan kegembiraan di hatinya.

"You should know that Raiyan Aryan is a true romantic." Aryan menjawab dengan bangga.Dia menyikat rambutnya dengan jari.

"Eee, angkat bakul!" Tersengih Annisa tetapi di dalam hatinya juga setuju dengan kata-kata itu.

Aryan mencubit pipi gebu milik isterinya.

Mereka berdua bangkit dari bangku.Melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh keceriaan.

♡♡♡

Malam menjelang dengan suasana yang cukup tenang dan damai.Meja makan di ruang makan dipenuhi dengan lilin-lilin yang menyala. Menciptakan suasana romantik ala candlelight dinner yang diimpikan.Pasangan suami isteri itu, Aryan dan Annisa sedang menikmati hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang.Bunyi muzik lembut dari televisyen mengalun di latar belakang, menambah lagi suasana yang romantik di meja makan.

"Hubby ni lain daripada yang lain eh.Orang selalunya kalau nak buat candlelight dinner dekat pasangan mereka kena rahsia dulu.Ni tak terus ajak sayang teman masak sebab nak buat candlelight dinner." Ujar Annisa.Sedang menonton drama, Aryan datang mengajak untuk teman memasak.

Aryan hanya ketawa mendengar bebelan Annisa. "Ini cara romantik Aryan." Ujarnya sambil meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan.Idea ini datang secara spontan dan dia merasa teruja untuk mencuba.Sepanjang perkahwinan mereka, ini adalah pertama kali dia merancang untuk melakukan candlelight dinner.

"Ye lah.Untung sayang dapat suami macam hubby." Balas Annisa yang menghadiahkan senyuman manis yang membuatkan hati Aryan berbunga.

Aryan memandang hidangan yang terhidang di meja.Merasa bangga dengan hasil masakannya. "Sedap tak hubby masak?" Tanyanya sambil menunjuk kepada lauk ikan siakap tiga rasa dan asam pedas tumis ikan pari yang dia masak.

"Sedap sangatlah hubby! Sayang tak sangka pula yang hubby pandai masak.Lepas ni sayang nak suruh hubby masak setiap hari." Jawab Annisa sambil mengangkat jari telunjuk memberi tanda 'thumbs up' untuk menunjukkan puas hatinya dengan masakan Aryan.

Tiba-tiba, bunyi notifikasi dari telefon Aryan memecah kesunyian.Dia melihat skrin telefon dan tertera mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Unknown
-Hidup kau tak bahagia lagi.

Hati Aryan terbakar dengan kemarahan.Siapa pula musuhnya kali ini yang berani menghantar mesej seperti itu? Dalam hatinya, dia mengutuk pemilik nombor itu tanpa belas kasihan.

"Hubby okay?" Tanya Annisa apabila perasan perubahan riak wajah Aryan.Tadi wajah itu tampak gembira kini senyuman itu hilang.

Cepat-cepat Aryan mengukir senyuman berusaha untuk tidak mengecewakan Annisa. "Tak ada apa, sayang.Jom sambung makan." Dia tidak mahu sebarang masalah merosakkan suasana romantik malam ini.Lebih-lebih lagi apabila ini mungkin kali terakhir mereka menikmati candlelight dinner bersama.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang