抖阴社区

                                    

"Macam mana kau tahu?" Fayyaz membalas.

Annisa tersengih. "Saya terdengar perbualan awak dengan papa tadi.Ermm... Kalau saya nak ikut, boleh?" Pinta Annisa dengan nada lembut.Berharap Fayyaz akan membawanya.Sudah lama tidak jejak kaki ke situ.Rasa rindu dalam hati semakin membuak-buak.

Fayyaz memikirkan sesuatu. "Boleh."

Gembira wajah Annisa apabila Fayyaz izinkan.

"Dengan satu syarat."

Terus berubah wajah Annisa.Takkan itu pun ada syarat.

"Aku nak kau pergi masuk tidur, kalau nak ikut aku." Arah Fayyaz tegas tetapi nada tidak keras.Dia tahu jika tidak meletakkan syarat ini, Annisa pasti akan mengabaikan waktu tidurnya.Lagipun, syarat ini demi kebaikan Annisa juga.

"Erm, bolehlah.Lagipun saya dah mengantuk." Annisa akur kerana sudah merasa mengantuk apabila membaca novel.Lagipun dia perlu mendapat rehat yang cukup untuk kandungannya. "Okaylah, Fayyaz.Saya masuk tidur dulu.Assalamualaikum." Annisa membawa novel itu ke dalam bilik tidurnya.

♡♡♡

"Kau pernah datang sini?" Tanya Fayyaz sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam HANAR Mall. Mall ini terletak hanya 15 minit dari rumah mereka dan merupakan tempat yang cukup popular untuk bersantai.

"Pernah.Selalu juga Aryan bawa saya datang sini. Kitaorang akan makan di Sukiya kalau datang sini." Jawab Annisa.

Sukiya di sini ibarat dapur di rumah mereka.Tempat mereka menikmati hidangan yang sudah menjadi kebiasaan.Mall ini memang besar dan mempunyai pelbagai kedai berjenama.

Kenangan manis ketika bersama Aryan bermain di fikiran Annisa.

Fayyaz berjalan di sebelah Annisa yang sentiasa berjaga-jaga memandangkan keadaan di sekeliling mereka yang dipenuhi orang ramai.Dia risau jika ada orang yang terlanggar Annisa terutama dengan keadaan wanita itu yang kini sarat mengandung.

"Awak nak pergi mana?" Annisa sedikit keliru kerana tiada tujuan tetap untuk mereka.Dia hanya mengikuti langkah Fayyaz tanpa mengetahui apa yang ingin dicari oleh lelaki itu.

"Kita pergi cari barang baby." Balas Fayyaz.Mereka sudah pun melangkah masuk ke dalam lif dan Fayyaz menekan butang tingkat 4.Nasib baik keadaan di dalam lif itu tidak sesak yang memberikan mereka sedikit ruang untuk bernafas.Dia tidak berani untuk naik eskalator kerana memikirkan keselamatan Annisa dan kandungan.

Oh, jadi itulah sebabnya Fayyaz mahu datang ke sini.Sekarang baru Annisa tahu.

"Nak beli buat apa lagi? Kat rumah dah belilah barang baby." Ujar Annisa.Lagipun sejak kandungannya berusia 5 bulan, dia sudah membeli pelbagai barang bayi.Ketika itu, dia datang bersama Raisya dan pasti semua barang yang menarik perhatian Raisya akan diambilnya tanpa henti.

"Itu kau datang dengan Raisya.Ini kau datang dengan aku." Tegas Fayyaz yang masih mempertahankan pendiriannya.Dia juga mahu rasa momen ketika membeli barang bayi.

"Tak—" Annisa tidak sempat menghabiskan percakapan apabila Fayyaz mencelah.

"Bukan senang tau aku nak belanja.Jom, kita dah sampai." Fayyaz terus melangkah masuk ke dalam kedai barangan bayi meninggalkan Annisa yang masih terpinga-pinga.Dirinya sedang dalam keadaan baik sekarang ini.Dia Ikhlas mahu belanja barang bayi untuk Annisa.Sepatutnya Annisa perlu rasa syukur kerana Fayyaz sangat susah mahu belanja seseorang.

Ajaib sekali.Tanpa disedari, mereka telah pun sampai ke kedai yang dituju.

Annisa menghampiri Fayyaz yang sedang meneliti beberapa set pakaian bayi dengan teliti.Fayyaz yang kelihatan dingin di luar, sebenarnya penuh dengan rasa keprihatinan dan kasih sayang di dalam hatinya.Dia terlihat begitu kusyuk dalam memilih baju baby.

"Warna grey okay tak dengan anak kau? Kalau aku ambil pink nanti anak kau jadi lembut pula." Ujar Fayyaz sambil mengangkat set pakaian bayi yang berwarna kelabu di hadapan Annisa.Memang benar, memilih pakaian bayi bukanlah suatu yang mudah apatah lagi bagi seorang yang cerewet seperti Fayyaz.

"Bagi saya dah okay.Mana-mana pun boleh." Annisa tidak terlalu kisah dengan pilihan warna.Yang penting anaknya mempunyai pakaian untuk dipakai.

Fayyaz masih mencari lagi pakaian bayi yang sesuai.

Tiba-tiba, Annisa terbayangkan wajah Aryan.Betapa seronoknya jika dia dapat datang shopping barang bayi bersama lelaki itu.Pasti Aryan yang lebih bersemangat memilih barangan bayi memandangkan lelaki itu mahu sangat anak lelaki.Sewaktu beritahu tentang kandungan ini, Aryan yang paling seronok.

"Nisa... Nisa." Panggil Fayyaz untuk sedarkan Annisa daripada lamunan.Dia sudah beberapa kali memanggil tetapi Annisa masih tidak menyahut.

"Ya." Annisa tersedar dari lamunan.Dia terlalu ingatkan Aryan sehingga tidak sedar Fayyaz memanggilnya.

"Kau okay?" Tanya Fayyaz yang prihatin.

"Okay." Annisa memberi senyuman untuk yakinkan pertanyaan itu

"Jom bayar." Ajak Fayyaz yang menyangkut baju bayi itu di lengannya.Tidak mahu berlama di sini kerana risau jika Annisa akan melarat dalam kesedihan.

"Eh kejap." Pantas Annisa menahan Fayyaz.Dia mula mengira pakaian yang ada di lengan itu. Manakala Fayyaz hanya membiarkan Annisa mengira.Sudah masak dengan perangai wanita itu.Pasti Annisa akan berleter sebentar lagi.

"Fayyaz, awak ambil tiga pasang.Banyaknya." Annisa terkejut. "Dekat rumah dah ada 15 pasang baju baby.Ini awak ambil lagi tiga.Satu pun dah cukuplah, Fayyaz." Tegurnya.Bukan kerana dia tidak suka tetapi dia menganggap ia satu pembaziran. Lagipun, harga baju bayi bukanlah murah.

"Suka hatilah.Aku banyak duit." Balas Fayyaz dengan nada selamba.Dia tidak peduli terus melangkah ke kaunter untuk membayar.Niatnya ikhlas mahu tolong Annisa.Lagipun dia terlalu excited untuk melihat anak pasangan suami isteri itu.

Mahu meletup Annisa mendengar jawapan Fayyaz itu. 'Sabarlah, Annisa.Orang yang banyak duit memang begini.' Bisik hatinya.

♡♡♡

Sementara menunggu Fayyaz beratur untuk membuat pembayaran, Annisa mengambil tempat di sebuah bangku di dalam mall.Matanya meliar menyusuri suasana yang meriah di sekelilingnya.Dia tidak dapat menahan rasa bangga terhadap Aryan yang telah berusaha keras untuk membangunkan mall ini.Lihatlah, betapa ramai orang yang datang ke sini.Suasana bising dengan gelak tawa pengunjung.Menggambarkan betapa hidupnya tempat ini.

Di tengah perhatiannya, Annisa teringat tentang seorang pekerja bernama Fatty yang telah dibuang dari mall ini.Itu adalah maklumat yang didengar daripada pengurus di butik wanita.

"Jom, Nisa.Kita balik.Nanti kau penat pula." Ajak Fayyaz setelah selesai membuat pembayaran.Dia sangat tidak suka untuk beratur panjang tetapi demi anak Annisa dan Aryan, dia sanggup untuk lakukan.

Sekarang mereka perlu pulang kerana Fayyaz tidak mahu Annisa terlalu lama berada di luar.Mereka telah menghabiskan hampir 1 jam di sini.Fayyaz bimbang jika kaki Annisa bengkak akibat berjalan terlalu lama.

"Jom." Perlahan-lahan Annisa bangun kerana keadaannya begini menyebabkan sukar untuk bangun.

Seraya itu, Fayyaz dan Annisa melangkah menuju ke pintu keluar.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang