抖阴社区

ARYAN ANNISA [C]

By flowershiera

1.9M 50.1K 1.2K

LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
EPILOG
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER
NEW STORY!!!

BAB 19

23.5K 659 23
By flowershiera

Aryan berdiri di hadapan sliding door balkoni sambil memeluk tubuh.Dia merenung langit malam yang berkilau dengan bintang.Suasana sunyi menyelimuti malam itu tetapi hatinya penuh dengan rasa puas.Impian yang selama ini dikejar hampir menjadi kenyataan.Dia berjaya membuat Annisa keluar dari rumah ini.Hari itu dia sudah memberikan hint kepada Annisa.

Tak sangka kesalahan Annisa menjadi tiket untuk mengubah hidupnya.Dato Hamdan berpegang kepada pendirian dan Aryan merasakan kepuasan yang mendalam.

"Bagus.Akhirnya Nisa akan keluar dari rumah ini." Gumam Aryan bersama senyuman sinis terukir di wajah.Dia tidak sabar untuk melihat Annisa pergi.Tiada lagi nama Annisa dalam hidupnya.

Lamunan terhenti apabila pintu bilik dibuka kasar.Aryan berpusing dengan matanya segera
tertumpu pada susuk yang muncul.Ternaik senyuman sinis di wajah Aryan.Tepat tekaan.Dia
senyum sinis apabila melihat muka marah Annisa.
Mesti Annisa sedang marah.

Pintu bilik dibiarkan terbuka.Annisa takut kalau Aryan apa-apakan dia.Kalau pintu terbuka senanglah Annisa mahu lari nanti.Dia laju menghampiri ke arah Aryan yang sedang berdiri di
sliding door.Apabila sudah dekat dengan Aryan, langkah dihentikan.Masih ada jarak di antara mereka.Dia perlu selesai hal ini malam ini juga.

"Ryan kan yang perangkap Nisa?" Suara Annisa tegas dengan wajah marah menyala.Dalam hati, dia yakin Aryan adalah punca kes ini.Dia tidak memiliki musuh lain di sekolah.Hanya Aryan yang selalu tidak puas hati dengan dia.

Aryan ketawa sinis dengan soalan itu. "Tch! Apa bukti yang aku perangkap kau?" Suara penuh dengan ejekan.

"Nisa tahu Ryan yang perangkap Nisa.Siapa lagi di sekolah yang selalu tak puas hati dengan Nisa kalau bukan Ryan?" Kini Annisa sudah hilang takut dengan Aryan.Dia tak boleh tunjuk dirinya lemah sekarang ini.Dia perlu lawan rasa takut.Tapi kalau betullah Aryan yang perangkap Annisa, apa motif yang Aryan buat begitu? Benci sangatkah Aryan dengan dia?

"Kau cakap dengan aku, berdosa kalau fitnah orang."
Tersentak Annisa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aryan.Ya, dia pernah cakap
dekat Aryan.Dia masih ingat lagi.Tapi dia dapat rasa orang yang perangkap dia ialahnAryan.Dia bukan nak menuduh dia cuma mahukan kepastian saja.

Terukir senyuman sinis di wajah Aryan apabila melihat perubahan wajah Annisa.Pasti Annisa
rasa bersalah sekarang ini.

Annisa bukan mahu fitnah tetapi mahu
kepastian.Kalau Aryan tidak buat baguslah.Tetapi
kalau bukan Aryan, siapa yang mahu kenakan dia.Sekarang ini Annisa hanya mahu kejujuran
dan kepastian daripada Aryan. "Tolonganlah jujur, Ryan.Ryan kan yang buat.Kenapa Ryan buat macam ni?" Annisa merayu ingin mendapatkan kepastian.
Dia tidak peduli apa pun yang Aryan ingin katakan.Yang penting, dia mahu kejujuran.

Aryan melangkah ke depan mendekati Annisa.Jarak di antara mereka semakin rapat. "Stop." Suara Annisa bergetar cuba melawan ketakutan.Ini bukan yang dia mahukan.Annisa semakin menghampiri pintu bilik berniat untuk melarikan diri.Namun, sebelum sempat dia bertindak Aryan dengan pantas menarik pinggang menghentikan langkah Annisa.

Segera Aryan mengunci pintu bilik itu memastikan Annisa tidak dapat melarikan diri.Dengan tegas, Aryan merasakan dia perlu memberi pengajaran kepada Annisa.Dia menghempas tubuh Annisa ke meja belajar tanpa memberi ruang untuk Annisa melawan.

"Sstt..." Annisa mengeluh sakit apabila pinggangnya terkena sisi meja.Kuat juga Aryan hempas badan Annisa sehinggakan meja itu bergegar.Kedua tangan lelaki itu mengepung Annisa.

Terkaku Annisa apabila wajahnya rapat dengan wajah Aryan.Annisa dapat rasa nafas Aryan menampar di mukanya. "R-Ryan..." Dia cuba menahan ketakutan tetapi tidak dapat.Annisa takut apabila kedudukan mereka sangat rapat.Dia menahan dada Aryan dengan kedua tangan.Annisa menudukkan kepala.

Tadi kemain berani tetapi sekarang sudah takut. "Kau mahu aku jujur?" Aryan bisik.

Berpeluh dahi Annisa dengan keadaan sekarang ini.Dia risau kalau Aryan bertindak di luar jangkaan.
Rasa menyesal apabila masuk bilik ini.Kenapalah dia pergi bertindak melulu.Sekarang mahu menyesal sudah tidak guna.

"Kalau aku cakap yang aku buat..." Aryan berhenti sejenak membiarkan kata-kata ituntergantung di udara. "Apa kau nak buat?" Bisiknya di hadapan wajah Annisa.

Annisa menundukkan kepala dengan mata yang terpejam rapat.Dia tidak sanggup menatap wajah Aryan rasa jijik dan benci dengan kedudukan mereka yang begitu dekat.Dalam hatinya, dia hanya mahu keluar dari situ secepat mungkin. "Ryan... tolong jauh." Pinta Annisa dengan suara bergetar seperti hendak menangis.Air mata hampir menitis akibat ketakutan dan keengganan berada begitu rapat dengan Aryan.

Terletus ketawa sinis.Belum buat apa-apa dah nak menangis.Bagi Aryan, Annisa telah salah memilih orang untuk dilawan. "No, honey." Bisik Aryan lembut di telinga Annisa. "Kau ibarat masuk kandang harimau yang sukar untuk keluar.Tunggu harimau tidur kalau nak lepaskan diri." Kata-kata yang penuh sinikal memperingatkan Annisa bahawa tiada jalan mudah.

Berani masuk beranilah menanggung akibat.Tiada siapa pun yang menyuruh masuk tapi sekarang Annisa harus menanggung risiko.

Momen itu semakin mendebarkan.Sudah tiba untuk membuat pengakuan.Aryan mahu lihat reaksi wajah Annisa sekejap saja lagi. "Betul..." Aryan menjeda ayat ingin merasakan ketegangan. "Aku yang perangkap kau.Aku yang letak dompet Cikgu Rohaya dalam beg kau."

Buat apa lagi dia mahu menyembunyikan rahsia ini? Lebih baik dia berterus terang dengan Annisa.Dia suka melihat Annisa marah.

Mata Annisa membulat selepas mendengar pengakuan Aryan.Dia memandang wajah Aryan
dengan penuh keraguan. "Ryan tak tipu, kan?" Tanya Annisa seolah-olah sukar untuk mempercayai.

"Aku jujur.Aku tak suka menipu." Aryan menegaskan.Dia melihat reaksi wajah Annisa yang
berjuang untuk menerima kebenaran ini.

Benar kata hati Annisa.Orang yang perangkap dia ialah Aryan.Siapa lagi manusia yang tidak puas hati dengan dia kalau bukan Aryan.Rasa sukar mahu terima kejujuran ini.Ahli keluargansendiri sanggup lakukan perbuatan itu. "Kenapa?" Suara Annisa kendur.Matanya mulai berkaca.

Apa motif Aryan perlu lakukan sampai begitu.
Annisa tahu yang Aryan tidak suka dengan dia.Tapi... Tak mungkinlah mahu aniaya dia sampai begitu.

"Kenapa buat macam ni? Ryan tahu tak disebabkan perbuatan tu Nisa kena buang sekolah! Papa dah benci Nisa!" Dia tidak dapat menahan kemarahan.
Dadanya naik turun kerana marah.Dia terlalu marah dengan pengakuan itu.

Rasa marah berapi-api.Dia tahu jika memberitahu Dato Hamdan dan Datin Farida tentang apa
yang Aryan lakukan pasti mereka tidak akan percaya.Dia akan dianggap memfitnah Aryan.
Kesedihan memenuhi hatinya tetapi dia tidak ingin lagi menjadi mangsa.

Hilang sudah rasa takut kepada Aryan dan kini hanya tinggal rasa marah yang membara.

"Itulah yang aku mahukan.Aku nak buat papa benci kau." Ujar Aryan dengan nada tenang sambil kedua-dua tangan masih mengepung Annisa di meja.Raut wajah Aryan tidak menunjukkan sebarang kesan dari kata-kata pedas yang keluar dari mulutnya malah senyum kecil tersungging di bibir seolah-olah menikmati situasi itu.

Annisa dengan hati yang meluap-luap menolak tubuh Aryan sekuat hati.

Aryan melangkah ke belakang.Dia sengaja melonggarkan kepungan itu agar Annisa merasa
sedikit harapan.

Melihat senyuman sinis yang terukir di wajah Aryan, hati Annisa semakin membara.Lelaki ini memang gemar tersenyum sinis satu senyuman yang cukup untuk membuatkan sesiapa pun berasa sakit hati.

Annisa berdiri tegak dengan mata yang merah menyala. "Kau memang kejam! Sanggup kau
aniaya aku!" Jerkahnya.Setiap perkataan yang diucapkan itu bagaikan peluru yang menembusi hati Aryan.Dia sudah hilang sabar.Selama ini semua perlakuan Aryan yang tidak berperikemanusiaan itu dipendam dalam hati.Dia tidak berani untuk melawan Aryan.

Ya, dia akui bahawa dia seorang yang lemah.Lemah untuk mempertahankan diri dari ancaman yang
datang dari keluarga sendiri.Namun kali ini, dia sudah hilang sabar.Sampai bila dia harus memendam dan mendiamkan semua tindakan kejam Aryan? Siapa saja yang tidak hilang
sabar apabila ahli keluarga sendiri menjadi punca segala penderitaan?

Disebabkan perbuatan Aryan, Dato Hamdan telah membuang Annisa.Sudah terang lagi bersuluh, ketika Dato Hamdan menyatakan bahawa dia tidak mahu menjaga Annisa lagi.

Mahu nafikan apa lagi?

Aryan mengetap rahang dengan kuat.Tangan dikepal menjadi penumbuk.Hati panas apabila
Annisa berani tengking.Seumur hidup ini kali pertama dia merasai betapa maruahnya seolah-
olah dipijak.

"Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ini!" Jerkah Annisa sekali lagi.Nafas naik turun dengan kencang kerana terlalu marah.Marah yang tidak dapat dibendung terhadap setiap perbuatan jahat Aryan.Dari panggilan 'Ryan' yang mesra kini berpindah kepada 'kau'.Tergamak Aryan aniaya dia dengan cara yang tidak terbayang oleh akal fikiran.

"Kau dah besar.Cubalah hidup guna otak.Jadi matang! Jangan jadi budak-budak! Kau tahu
tak disebabkan perbuatan tak guna kau ni, aku yang teruk.Papa pukul aku separuh nyawa.Papa benci aku sebab kau! Kau punca aku kena pukul!" Terhenti luahan itu.

"Seronoklah kau kan? Seronok buat hidup aku sengsara.Aku tahu... Kau memang nak hidup
aku sengsara.Aku benci kau!" Akhirnya semua yang dipendam oleh Annisa terluah.Hatinya bergetar kerana tidak lagi mampu menahan semua rasa sakit dan duka.

Annisa mengambil nafas seketika untuk bertenang tetapi air mata masih menitis di pipi. "Ryan... Berdosa... Aniaya orang." Ujarnya dengan nada yang kian kendur.Sesak dada apabila mendengar pengakuan Aryan .Sanggup Aryan melakukan semua ini.

Ya Allah, berat sungguh ujian yang Kau berikan padaku.Hatinya bertambah sakit apabila teringat ayat yang keluar dari mulut Dato Hamdan.
Disebabkan Aryan, dia kini dibuang sekolah.
Penderitaan hidup ini semuanya punca Aryan.

"Apa salah Nisa! Sekarang Ryan dah hisk buat papa bencikan Nisa hisk..." Marah Annisa lagi.Kali ini bersama tangisan kecil yang tidak dapat ditahan.

Annisa mendekati Aryan.Senyumnya hambar dan penuh kepahitan. "Tahniah Ryan..." Lembut nada itu namun ada nada mengejek.Tahniah kerana berjaya dengan rancangan jahat itu.

PANG!

Terteleng kepala Aryan apabila Annisa menampar pipinya dengan sekuat hati.Dia terdiam tetapi tidak dapat menyembunyikan kemarahan yang membuak di dalam dada.Reaksi wajahnya dikawal dengan penuh ketenangan tetapi hati bergejolak.Tangan yang menggenggam kuat siap sedia untuk memberikan balasan.

"Lelaki tak guna.Nisa benci Ryan!" Ujar Annisa dengan penuh kebencian lalu dia berlari pergi.Dia benci melihat muka Aryan.Benci sangat sehinggakan dia ingin menampar lagi sebelah pipi lelaki itu.

Namun, baru Annisa mahu melangkah pergi Aryan terlebih dahulu menarik tangannya. "Sakit." Ringis Annisa apabila Aryan mencengkam tangannya dengan kuat.

Tanpa memberi ruang untuk Annisa bernafas, Aryan tarik Annisa ke arah katil.Dia mengabaikan suara gadis itu kemudian menolak Annisa ke atas katil dengan kasar.Tak sempat Annisa bangun, Aryan dengan pantas menindih.Kedua tangannya menekan kuat ke atas tilam membuatkan Annisa terpaksa menghadapi situasi yang sangat menekan.

Annisa cuba menolak Aryan, namun usahanya sia-sia.Apalah tenaga perempuan nak dibandingkan dengan tenaga lelaki yang berang. "Lepas Ryan..." Annisa merayu bersama air mata yang laju mengalir seolah-olah merayu agar Aryan menunjukkan sedikit belas kasihan.

Aryan senyum sinis apabila memperhatikan wajah Annisa yang kini diliputi air mata.Sakit di pipi dibiarkan.Terasa tamparan itu tidak sepadan dengan apa yang dirasakannya sekarang.

"No honey.Kau yang serahkan diri dekat aku.Siapa suruh kau masuk bilik aku?" Bisik Aryan dengan suara yang dalam dan menggoda.Tiada guna jika Annisa merayu sekarang.

"Kau kata aku lelaki tak guna kan? So sekarang aku nak tunjuk dekat kau apa itu lelaki tak guna." Dia suka melihat muka takut Annisa.Jujur, Annisa mempunyai wajah yang cantik tanpa sebarang makeup.Kulit putih melepak, pipi dan hidung yang kemerahan menambah kecantikan yang murni tetapi menyedihkan.

"Tak nak Ryan.Lepas hisk..." Pinta Annisa.Wajah mereka kini sangat hampir.Hati berdegup kencang berusaha untuk mengatasi ketakutan yang menyelubungi.

"Berani kau tampar aku?" Aryan sengaja mendekatkan wajahnya dengan wajah Annisa. "Masa buat, kau tak fikir padah." Dari tadi Aryan sedang menahan marah dengan sikap Annisa.Dia mendengar setiap luahan hati itu.Dia tahu bahawa itu adalah luahan yang sudah lama dipendam.

Namun, apabila Annisa menampar wajahnya semua kesabaran itu musnah dalam sekelip mata.Dia perlu memberikan pengajaran kepada Annisa.Hati sebagai seorang lelaki merasa tercabar dan terhina.

Berani buat, berani tanggung.

Annisa kini berasa takut dengan kedudukan mereka yang sangat rapat.Takut jika Aryan bertindak di luar jangkaan. "Nisa minta maaf Ryan." Rasa menyesal menampar Aryan.Dia takmsengaja tampar Aryan kerana dia terlalu marah.Baru sekarang nak rasa menyesal dengan perbuatannya.

Aryan senyum sinis.Baru nak minta maaf?
Terlambat Annisa.Dia menggelengkan kepala
penuh dengan keangkuhan. "It's too late, honey.
Siapa suruh kau tampar aku?" Tiada gunanya
jika Annisa ingin menyesal dan meminta maaf sekarang.Annisa perlu diberi pengajaran. "Kau
kena tanggung padahnya." Bilik Aryan kedap bunyi.Maka, orang di dalam rumah ini tidak
akan tahu apa yang sedang berlaku antara mereka.

Dalam sekelip mata, Annisa pantas menendang perut Aryan dengan lutut.Aryan terjatuh di atas lantai.Dia memegang perut yang terasa senak.

Dengan segala keberanian yang tersisa, Annisa bangkit dengan pantas dan melarikan diri dari lelaki keji itu.Nafasnya berderu kencang dan detak jantung bagaikan dentuman gendang yang berdegup kuat di telinga.

Aryan yang masih terduduk di lantai dengan wajah menahan sakit.Tangan mencengkam perut yang masih terasa senak akibat tendangan Annisa.Silap besar baginya kerana terlalu yakinndan tidak mengunci kaki Annisa tadi.Akibatnya, dia yang menanggung kesakitan ini.

Dalam kekesalan itu, Aryan duduk di lantai dengan senyum sinis di bibir. "Boleh tahan juga kau." Annisa yang selalu nampak lembut dan lemah ternyata punya keberanian yang tidak disangka.
Tendangan gadis itu tadi cukup kuat.Pertama, dia ditampar.Kedua, dia ditendang.

Gelak sinis Aryan "Tunggu kau.Aku akan musnahkan kau.Kehidupan kau... Takkan pernah
aman." Dengan penuh dendam, dia bersandar di kaki katil sambil tersenyum puas. "Perlahan-lahan aku akan buat semua orang benci kau.Itu janji aku, Nisa." Suaranya lirih namun dipenuhi kebencian.
Anak mata memancarkan sinar psikopatik.Rasa sakit di perut seolah-olahntidak lagi penting baginya.

Dalam minda, Aryan sudah nekad.Dia akan menghancurkan kehidupan Annisa tapi bukan
sekarang.Dia akan biarkan Annisa merasakan sedikit kebahagiaan dahulu.Biarkan gadis itu
bernafas seketika.Namun, pada satu hari nanti Aryan akan memastikan hidup Annisa porak-peranda dan runtuh di hadapannya perlahan-lahan.

Cruel?

Yes, he is cruel.

Heartless?

Yes, he is heartless.

This is Raiyan Aryan.

What he wants, he will get.And no one can stop him.

Continue Reading

You'll Also Like

345K 9.5K 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lela...
723K 22.8K 72
BOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhada...
543K 27.7K 59
Tengku Adrean Qays ~ He let her go once but now she's here again. He will prove that their story is far from over. Kayla Jasmeen ~ Her life was a bat...
1.3M 44.2K 67
饾悢饾惂饾悵饾悶饾惈 饾悡饾悶饾惂饾悹饾悿饾惍 饾悞饾悶饾惈饾悽饾悶饾惉 饾悤饾惃饾惀 饾煈 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 鉃 Crush to marriage...