"Aku rasa aku nak main sentuh sentuh diorang je lah. Jimat aku punya peluru."
Seungkwan memandang jengkel Hansol di sebelahnya yang sama-sama memerhati mafia yang ditugaskan untuk membunuhnya.
"Oh, mentang mentang aku dah illusion kan kau, memandai eh."
Seungkwan tergelak kecil mendengar omelan Joshua di telinganya.
"SK, ramalan?"
"Malas aku. Bukan susah pun serang yang ni. Dah lah jom turun, lagi tadi tercongok kat sini."
Setelah berkata sebegitu, Seungkwan turun dari ceiling. Meninggalkan Hansol yang masih terpinga-pinga itu.
"YAH! TUNGGULAH!"
Mafia yang sedang berehat itu terkejut mendengar jeritan Hansol.
Seungkwan menepuk dahi.
"Kau ni kan VN. Kalau tak hancurkan plan tak sah kan."
Nasib mereka baik mafia-mafia tersebut hanya mengangkat bahu dan menyambung aktiviti mereka yang tergendala.
"Hehe. Janganlah tinggalkan aku." Seungkwan menggulingkan mata.
"Kau nak berapa orang?"
"12. Selebihnya aku kasi kau. Kau kan dah lama tak beraksi." Hansol memberi senyuman senget kepada Seungkwan.
Seungkwan membalas senyuman itu sambil mengilatkan pisau kecilnya.
"Sure. I'm glad."
Mereka menghampiri mafia yang sedang bersantai dengan gelengan kecil.
"Kalau Chuwae tu dapat hack earpieces MG, kenapa dia tak inform ada yang serang mereka?"
Bisik Seungkwan ke earpieces nya supaya semua mendengar.
"Aku hack CCTV. Chuwae tak perasan yang CCTV nya hanya ditampal. Kejadian sebenar tak dipapar. Jadi, dia akan ingat MG hanyalah mata-mata dari luar," jelas Wonwoo.
Seungkwan mengangguk memahami.
Dia menutup mulut salah seorang mafia lalu mengelar lehernya.
Hansol di sebelah kelihatan mencuit-cuit lengan mafia-mafia tersebut. Serta merta, mereka pengsan sebelum tidak bernafas.
Suasana hanya sunyi sehingga seorang mafia menjerit sebaik ternampak keadaan rakannya yang berdarah dan tidak bernyawa.
"Woi, bisinglah," Hansol menggerutu geram.
Dia segera memegang lengan sang mafia. Pada mulanya, mafia itu meronta namun racun yang dialirkan oleh Hansol cepat sahaja bertindak.
Seungkwan mula agresif.
Dia mensasarkan pisau kecilnya ke seseorang dan tepat di dada.
Seungkwan tersedar seseorang menghayunkan besbol cuba mencari keberadaan nya. Seungkwan tersenyum sikit lalu berpaling dan menumbuk wajah mafia itu.
Mafia itu terkejut namun dia terus menghayunkan besbol berharap agar terkena pada Seungkwan.
"Weh, kalau tak pandai tak payah guna."
Serentak itu dia mengambil kayu besbol itu dan memukul kepala mafia itu.
Mafia itu rebah.
Seungkwan memijak kuat dadanya. Dia memandang sinis wajah mafia yang masih kepeningan itu.
Tanpa membuang masa, Seungkwan menikam mafia di bawahnya dengan kuat dan menariknya kasar sehingga terpercik darah ke merata tempat.
Seungkwan menggerutu jijik dan mengelap darah yang terkena wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Imposibble Secret ?S.VT?
Fantasy[COMPLETE] ?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 ?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 ?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...