抖阴社区

? ; twenty four

1.5K 162 28
                                    

"Okay, aku dah jumpa new housemates."

Semua memandangnya terkejut.

"Siapa?"

Seungcheol menyuruh Wonwoo membuka slide.

"Kenal 2Ming?"

Semua menggeleng kecuali Wonwoo.

"Wonwoo, boleh jelaskan?" pinta Seungcheol. Dia malas nak terangkan jadi dia hanya serahkan kepada Wonwoo.

"2Ming. Minghao dan Mingyu. Troublemakers terkenal di kawasan kita suatu ketika dulu. Tak silap aku masa aku 16 tahun. Suka buat masalah dekat kawasan ni. Vandalisme dan seangkatan dengannya. Polis pernah jejak langkah mereka, tapi tak dapat. Mereka lesap begitu je. Sampai sekarang, mereka masih membuat masalah. Tapi, takde siapa yang bertindak. Nama mereka seolah hilang dari fikiran masyarakat," terang Wonwoo.

Semua mengangguk memahami.

"Macam mana kau tahu diorang masih melakukan kegiatan tu walhal nama diorang dah hilang?" soal Junhui pelik.

Wonwoo membuka sesuatu dan terpapar rakaman CCTV.

Rakaman CCTV tersebut memperlihatkan dua orang jejaka yang menconteng dinding. Dan kelihatan seorang wanita ternampak perbuatan mereka namun hanya berdiri senyap saat dua jejaka itu menoleh kemudian mereka berdua melarikan diri.

"Rakaman ini diambil pada hari Isnin lalu jam 10.15 malam. Diorang masih bergiat aktif dalam melakukan hal sedemikian," terang Seungcheol.

"Tapi, kenapa wanita tu tak buat apa-apa?" soal Joshua pula.

"Mind Controlling power." Perlahan namun jelas di pendengaran semua kata-kata Wonwoo.

"Maksudnya..."

Jeonghan memandang Seungcheol terkejut.

"Ya. Supernatural. Kedua-dua mereka mempunyai abilities sama seperti kita."

Kini terpapar satu wajah.

"Kim Mingyu. 97 liner. Bertubuh tinggi dan tegap. Mempunyai gravity power," jelas Wonwoo.

Kini beralih kepada lagi satu wajah,

"Xu Minghao atau Seo Myungho. Chinese. 97 liner too. Berasal dari Anshan, Liaoning, China. Pindah sini umur 6 tahun dan menjadi rakan karib Mingyu. Mind Controlling power. Dia mengawal minda orang kemudian mengubah memori mereka menyebabkan orang yang ternampak mereka akan berasa seolah benda tu tak pernah berlaku. Sebab itu, nama mereka kini hilang," jelas Seungcheol pula.

"Kalau orang tu tiba-tiba kejar mereka. Mingyu akan menggunakan kuasa gravitinya agar mereka tidak bergerak dan saat itu Minghao mengawal minda mereka," sambung Wonwoo.

"Macam mana dia kawal?" soal Jihoon tertanya-tanya.

"Dengan mata. Jangan sesekali pandang mata dia waktu dia guna kuasa dia. Sekali kau bertentangan, kau akan jatuh dalam perangkap dia." Semua membulatkan mulut.

"By the way, kenapa Wonwoo sorang je tau? Yang lain tak tau ke?" Seungcheol menyoal pelik.

"Aku datang sini umur 19 eh."

"Aku datang sini 4 tahun lepas."

"Aku baru setahun dekat sini."

"Kita kan masa nak sambung belajar en. 5 tahun lepas en."

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang