[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"TEAM 1 BERUNDUR!"
Junhui dan Hansol menghela nafas lelah. Menjadi kumpulan pertahanan pertama bukan satu hal yang mudah.
Ada tujuh kumpulan dibahagikan oleh perancang strategi. Tiga kumpulan pertahanan, tiga kumpulan penyerang dan satu kumpulan paramedik.
Junhui dan Hansol kumpulan pertahanan pertama. Joshua dan Mingyu kumpulan pertahanan kedua. Seungcheol dan Soonyoung kumpulan penyerang pertama. Seokmin dan Minghao kumpulan penyerang kedua manakala Wonwoo dan Chan kumpulan penyerang ketiga.
Jeonghan pula menyertai mana-mana kumpulan kerana kemampuan dia layak untuk kedua-dua kategori. Seungkwan dan Jihoon hanya menunggu bersama paramedik sehingga arahan serangan utama bermula.
Taktik Yoongi, bertahan kemudian menyerang.
Ini hanya rancangan pertama. Serangan pendahuluan sebelum serangan secara besar-besaran dilakukan jika keenam-enam kumpulan melengkapkan giliran mereka.
"Jun hyung dan Vernon okay?" suara Seungkwan dari earpieces mereka kedengaran.
Tiada lagi panggilan agent mereka. Hanya nama asli disebut kerana mereka bukan dalam misi, tetapi peperangan.
"Kami okay," balas Hansol mewakilkan kata sambil mengerling ke arah Junhui sedikit.
Mereka yang berada di belakang memerhatikan kumpulan penyerang pertama menyerang.
Seungcheol dan Soonyoung berusaha sehabis baik menumpaskan lawan mereka. Dalam kiraan hanya 15 minit, mereka berjaya menumpaskan hampir 20 pihak lawan.
"TEAM 2 BERUNDUR! TEAM 3 MAJU!"
Kali ini, Joshua dan Mingyu beraksi. Masing-masing menggunakan kuasa mereka untuk menghalang serangan tentera Darquin.
Ia tidak susah apabila mereka bekerjasama, namun jumlah tentera Darquin yang sememangnya dua kali ganda lagi ramai dari mereka membuatkan pertahanan yang dicipta sedikit goyah.
Penat menguasai namun mereka menghiraukan demi kemenangan yang dicari.
Apabila melihat tentera Darquin semakin banyak di tembok pertahanan yang dibina oleh kumpulan pertahanan kedua, Namjoon segera mengarahkan kumpulan penyerang kedua untuk bertindak,
"TEAM 3 BERUNDUR! TEAM 4 SERANG!"
Joshua dan Mingyu berundur memberi ruang untuk kumpulan penyerang. Kali ini, Jeonghan turut serta membunuh pihak lawan bersama Seokmin dan Minghao.
Ketiga-tiga mereka tidak menggunakan pistol. Masing-masing lebih selesa menggunakan pedang mereka. Melibas sana sini dan sekelip mata pihak lawan mereka terkaku.
"Jeonghan hyung! Kiri!"
Jeonghan mengelak serangan tiba-tiba yang diserang oleh salah seorang tentera Darquin. Dia berdecih sinis sebelum pedangnya bertemu dengan badan tentera itu.