"Eh dik?"
Joshua baru hendak memanggil seorang jejaka yang tidak perasan akan bukunya terjatuh, namun cepat sahaja hilang di simpang.
Dia mengambil buku itu dengan niat ingin mengejar jejaka itu namun terhenti saat melihat buku itu.
Dia terkedu sebentar melihat ukiran unik di kulit buku itu disertakan dengan dua perkataan iaitu 'I Wish' yang terukir cantik dikulit buku itu.
Bertambah terkedu dia apabila dia membuka buku tersebut dan hanya kosong tanpa sebarang tulisan terpapar di dalamnya.
"Hey Shua? Kenapa nie berdiri tengah jalan?" Suara seseorang menyentak dia.
"Oh, buku apa tu?" Joshua melihat muka Junhui yang jugak curious tentang buku itu.
"Entah. Ada orang tak perasan bukunya terjatuh, nak kejar tapi terkejut sangat tengok bukunya," balas Joshua lalu membelek kembali bukunya.
"Tengok ni." Joshua membuka setiap helaian surat yang memaparkan kosong dan menunjukkannya kepada Junhui.
Junhui sedikit terkejut melihat keadaan buku itu. Dia teringat sesuatu,
'Macam aku pernah nampak buku macam ni. Tapi, tak silap aku tajuknya bukan ni.'
Junhui mengerut kening cuba mengingati semula memorinya. Joshua yang melihatnya segera menegur,
"Kenapa?"
Junhui menggeleng dan hanya memberi senyuman nipis membuatkan Joshua mengangkat bahu.
"Nak tunjuk dengan yang lain tak? Manatau sebenarnya nie buku magic haa"
Junhui tergelak mendengar kata-kata Joshua.
"Yela tu kot. Dah jomla balik, kata nak tengok drama dekat bilik." Junhui mengangkat kening.
"Habis buku ni?" soal Joshua ragu-ragu.
"Bawak balik tunjuk dekat yang lain. Kita bincang ramai-ramai. Manatau nak ambik housemates baru ke haa. Tapi sekarang ni, jom tengok drama dulu."
Junhui menarik paksa lengan Joshua menyebabkan jejaka itu terdorong dan hampir terjatuh.
Nasibnya baik Joshua dapat menstabilkan diri dan tarikan itu menyebabkan dia hampir termencarut perlahan.
![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. "Cantiknya buku ni." Mata Soonyoung bersinar dan tangannya tidak berhenti membelek buku yang dijumpai Joshua.
Empat housemates nya yang lain mengangguk setuju.
"Kau jumpa kat mana Shua?" soal Seungcheol.
Mereka semua dipanggil Joshua dan Junhui selepas makan malam untuk melihat buku yang dibawa oleh dua jejaka itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Imposibble Secret ?S.VT?
Fantasy[COMPLETE] ?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 ?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 ?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...