抖阴社区

? ; sixty eight

1.2K 153 37
                                    

Seventeen menunggu di luar tempat Jeonghan dirawat dalam keadaan risau.

Sejak rakan pencabar mereka, Yoongi datang bersama Taehyung dan Jungkook, risau mereka semakin menambah setelah hampir satu jam Yoongi dan beberapa Healer yang lain di dalam itu.

Seungkwan pula dirawat sebentar oleh seorang Healer kerana dia kekurangan tenaga. Syukurlah, berkat Healer tersebut, Seungkwan sekarang sudah semakin pulih.

"Jin hyung, kenapa Suga hyung lama sangat?" Persoalan dari Jungkook mendapat gelengan tak tahu dari Seokjin.

Seventeen sudah dimaklumkan oleh pencabar mereka atau dikenali Bangtan bahawa Yoongi adalah Healer terhebat di Kingdom mereka.

Jadi, kalau dia Healer terhebat mengapa mengambil masa lebih lama dari yang mereka sangka?

"Hyung, Han hyung akan okay kan?" Kali ini, Chan pula bertanya.

Seungcheol memandang Chan dengan wajah tak pastinya. Namun, dia mengangguk dan tersenyum nipis.

"Ya, Han akan okay," balasnya lembut.

Chan kelihatan sedikit tenang dan mengangguk. Dia pasti Jeonghan mampu mengatasinya.

Setelah lebih kurang 15 minit, akhirnya wajah kepenatan Yoongi muncul di sebalik pintu. Dia menghampiri Seventeen dan rakannya dalam keadaan penat.

"Jeonghan-sshi dah okay. Dia dalam keadaan pengsan dan mungkin dalam tiga atau empat jam dia akan bangun. Kuasa Jeonghan-sshi sangat memudaratkan dirinya, jika Tae dan Kook tak panggil tadi, kemungkinan besar Jeonghan-sshi akan mati. Buat masa sekarang, bagi dia berehat dulu ya," ucap Yoongi panjang lebar.

Seventeen dan Bangtan mengeluh lega di situ. Risau mereka berkurang sedikit setelah dimaklumkan oleh Yoongi.

"Terima kasih, Yoongi-sshi." Seokmin mewakilkan Seventeen.

Yoongi mengangguk sikit dan tersenyum kecil. Dia memandang ke arah rakannya dan belum sempat dia bersuara, satu suara menyentak mereka semua.

"Hyung!"

Semua memandang ke arah jejaka itu. Berpipi kan seperti mochi dan mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama dengan Chan, semua memandangnya tanda tanya.

"Namjoon hyung ajak makan," katanya setelah berada di hadapan mereka.

Dia menoleh dan melihat 13 orang jejaka yang bersama dengan rakannya.

"Oh, koranglah Seventeen tu kan? Queen Solar ada maklumkan pasal kalian kat kami," sambungnya lagi.

"Aku Park Jimin. General Kanan Tentera Elit. Telekenies. Selamat berkenalan!" Jejaka itu yang memperkenalkan diri sebagai Jimin tersenyum hingga menampakkan eye smile nya.

"King Namjoon juga pelawa korang untuk makan bersama kami," pelawa Jimin.

Belum sempat salah seorang dari Seventeen ingin membalas, Jungkook menyampuk,

"Aku rasa baik kalian ikut sekali. Pasal Jeonghan-sshi tu, aku rasa Suga hyung tinggalkan beberapa Healer lain untuk memerhati dia. Kan Suga hyung?" Jungkook menoleh ke arah Yoongi.

Yoongi mengangguk dan memandang Seventeen.

"Jangan risau, aku yakin kawan kau akan okay. Anyway, Aku Min Yoongi. Panggil aku Suga je. Ketua General Tentera Elit. Healer."

Terkejut Seventeen mendengar pangkat Yoongi. Mereka tidak percaya seorang Healer mampu mendapat pangkat yang tinggi.

Seperti memahami pandangan keliru Seventeen, Yoongi mengalihkan pandangan ke arah Bangtan yang lain. Seolah dia tahu mereka pun tidak memperkenalkan diri kepada Seventeen.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang