[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
Seseorang bersiul sambil memerhatikan tiga belas jejaka melangkah masuk ke dalam Tricky Forest.
Siulan itu bukan sekadar biasa-biasa, ianya merupakan siulan untuk memanggil sesuatu.
"Master, mereka dah sedia. Master nak suruh mereka serang sekarang ke?"
Figura itu tersenyum sinis dan tanpa berfikir panjang dia mengangguk.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Sunyinya tempat nie..." Junhui bersuara sambil memerhatikan suasana sekeliling.
Kali ini, baru mereka bertemu dengan pokok-pokok rendang yang menyeramkan.
"Haiwan pun macam takde. Bunyi cengkerik pun takde? Aih, sunyi sangat nie."
Masing-masing mengangkat bahu seolah tidak mahu mempersoalkan suasana di sekeliling mereka.
"Get ready semua, pencabar pertama kita mungkin sedang memerhati," pesan Seungcheol membuatkan semua membuka langkah berhati-hati.
"Err... guys?"
Semua menoleh ke arah Mingyu yang terdiam di tempatnya.
"Mana Seokmin?" Soalan Mingyu menghasilkan kerutan di dahi Joshua.
"Dia ada kat belakang aku ta- eh mana dia?" Joshua tertoleh-toleh mencari keberadaan Seokmin.
Semua mula mencari Seokmin. Wajah risau terpapar di muka masing-masing.
"SEOK- HAN HYUNG WATCH OUT!"
Jeritan Wonwoo mengejutkan semua terutama Jeonghan. Segera dia mengelak dari benda menyerangnya.
Seventeen ternganga melihat benda yang menyerang Jeonghan itu.
"A -apatu?"
Sejalar akar gergasi bergerak-gerak bersedia untuk menyerang mereka.
"Akar menjalar? Shit, Jin dan menyerang kita!" Jihoon menjerit sebaik memahami situasi.
Seventeen terpinga seketika namun sebaik Jihoon menyatakan kuasa Jin, automatik semua bersedia.
"Tapi Seokmi-"
"Lepas kita selesai semua nie, kita cari dia. Aku tak rasa Jin bawa lari dia jauh," pintas Jeonghan.
Satu lagi akar menjalar gergasi cuba menyerang. Kali ini, dia menuju ke arah Seungkwan.
Namun, belum sempat akar itu terkena tubuh Seungkwan, ais meliputi nya.
"Kwan, gwenchana?" dengan peluh di dahi dan tangan yang dihala ke arah akar itu, Hansol menyoal risau.
"Nae, gwenchana. Thanks, Sol."
Masih terkejut dengan serangan tiba-tiba, Seungkwan terus membantu Hansol membunuh akar itu. Dia mengeluarkan pisau kecilnya lalu menekan simbol di pemegangnya dan automatik menjadi sebilah pedang yang tajam berkilat.