抖阴社区

? ; twenty nine

1.5K 166 21
                                    

6 bulan dah kini Chan tinggal bersama Seventeen. Dan tidak dia nafikan, dia gembira bersama mereka.

"KIM MINGYU! KE SINI KAU SEBELUM AKU KELAR-KELAR LEHER KAU! YAH!"

Ah, dan dia pun tak dapat menafikan kalau dengan Seventeen tak senyap sehari tak sah. Tapi sekali senyap, awan pun tak tenang.

Semua tergelak melihat kerenah Mingyu yang menjengketkan kaki supaya hyungnya Jihoon tidak mencapai remote.

Jihoon masih lagi cuba mencapai remote itu walaupun ketinggian mereka agak ketara.

"Ji, dahlah tu. Dengan remote pun nak berebut," Soonyoung menegur rakannya yang masih tidak mengalah itu.

Jihoon mengeluh dan mengalah. Pftt, siapa cakap dia mengalah.

Jihoon dalam senyap tersenyum sendiri lalu menghampiri Seokmin dan membisikkan sesuatu. Seokmin yang memaparkan senyuman evil ketika mendengar bisikan Jihoon menakutkan Mingyu dan juga yang lain.

Belum sempat mereka berkata apa-apa, Seokmin memetik jari dan muncul gitar kesayangan Jihoon.

Menangkap senyuman evil dari dua orang itu, Mingyu bersiap sedia melarikan diri.

"Nak pergi mana, Kim Mingyu?"

Jihoon tiba-tiba muncul di hadapan Mingyu sambil memegang gitarnya berposisi seperti bermain besbol membuatkan Mingyu menelan air liurnya payah.

Belum sempat gitar Jihoon sampai di badan Mingyu, suara seseorang menyentak mereka,

"Seventeen, new mission."

Semua menoleh kepalanya ke arah Seungcheol yang baru menuruni tangga.

Rajin naw turun tangga HAHAHA.

"Akhirnya... rindu aku nak berperang ni. " Seokmin bergelek di tempatnya.

Chan menggeleng kepala melihat perangai roommate nya yang terlebih gula itu.

Seungcheol tiba di tangga terakhir kemudian berkata,

"Meeting Room-"

Semua sudah bangun. Bersiap sedia untuk menaiki lif.

"-lepas lunch. Aku lapar hehe..."

Tanpa disangka, semua membaling bantal ke arah jejaka itu.

Tanpa disangka, semua membaling bantal ke arah jejaka itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Redden Mafia. Musuh ke-2 kita."

Semua menelan air liur gementar. Nasib baik musuh pertama mereka, diorang dah pernah berjumpa. Walaupun kecederaan yang diterima sebahagian daripada mereka agak teruk, adanya Seungkwan dan strategi pintar dari semua, mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan.

"Cha Hyungi, 32 years old. Ketua mafia Redden. Guys, dia kuat. Sumpah tak tipu."

Seungcheol menunjukkan muka musuh barunya.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang