抖阴社区

? ; ten

1.7K 172 45
                                    

"You're strong."

Satu ayat yang menggambarkan keseluruhan perlawanan.

Chan tersenyum mendengar pujian Seungcheol kepadanya. Dia meneguk rakus air mineral yang dibawanya.

"Thank you Cheol hyung. Chan takkan hebat tanpa hyung."

Seungcheol menggeleng.

"Aku tak buat apa-apa pun. Chan harap apa dari aku kalau hari ni kita baru belajar?"

Chan terkedu. Seungcheol memandangnya lama tika matanya melihat Chan seakan terkaku.

"Aku tahu kau belajar dekat gym. Tapi, untuk pengetahuan kau, apa yang kat gym ajar dengan aku ajar lain tau. Dan bila kau dapat bertahan dan menyerang aku balik, macam kau dah terlatih?"

Chan menekup mulutnya. Sejak akhir-akhir ni, dia asik tak pandai nak simpan rahsianya sendiri.

Dia memandang Seungcheol yang menatapnya lama menanti sebuah penjelasan.

Seungcheol akui, pertama kali dia bertarung bersama Chan, dia tak sangka jejaka baru itu mampu menahan serangannya dengan mudah. Sedangkan, dia belum mulakan sebarang latihan kerana ingin menguji sejauh mana kekuatan jejaka baru itu.

Malah, teknik Chan lain dan tak pernah dipelajari oleh Seungcheol. Tak lupa juga, dia dapat merasakan kekuatan Chan. Sangat lain.

"Hai takkan nak termenung je korang berdua ni!"

Petikan jari di depan mata mereka menyentak kedua jejaka itu dan memandang empunya suara.

Melihat si Jeonghan tersenyum lebar ke arah mereka membuatkan Seungcheol menatapnya pelik.

"Kau buat apa kat sini, Hannie?"

Jeonghan tersenyum lalu merangkul leher Seungcheol kasar membuatkan jejaka yang tidak bersedia itu menjerit terkejut,

"Saja datang jenguk. Boleh kan?"

Dia menjeling sekilas Chan sebelum menatap Seungcheol yang sudah merungkai pegangannya.

Seungcheol mengurut perlahan lehernya sambil memandang tak puas hati kepada Jeonghan yang memaparkan senyuman innocent,

"Ye boleh tu boleh, yang tangan tu, nak kena cepuk ke apa?" Seungcheol menggerutu.

Dia memukul perlahan tangan Jeonghan membuatkan jejaka itu mencebik.

"Ala kau ni, aku nak main-main je. Tu pun nak marah," rajuk Jeonghan mendapat gulingan mata dari Seungcheol.

Kemudian, setelah beberapa pertengkaran kecil antara dua jejaka itu, Jeonghan beralih menghadap Chan yang duk tercongok polos.

"Oh Chan, nak cuba berlatih dengan aku?" Jeonghan menyoal ceria sambil jarinya menunjuk dirinya.

Chan tersentak sebelum membulatkan mata. Terngiang-ngiang kembali amaran Hansol kepadanya.

Dia menoleh ke arah Seungcheol meminta bantuan. Melihat Seungcheol hanya tersenyum sambil mengangkat bahu membuat dia sebersalah.

"Err, kalau Chan taknak?"

Jeonghan memuncung.

"Alaa kenapa taknak. Kau teringat kata-kata Hansol ke?"

Chan tanpa dolak-dalik mengangguk pantas. Seungcheol di belakang Jeonghan terlepas ketawanya melihat wajah jujur Chan.

Jeonghan sekali lagi mencebik,

"Kau jangan percayalah kata budak tu. Auta je semua tu."

Jeonghan menafikan. Seungcheol di belakangnya menggeleng perlahan sambil memimik Jeonghan membuatkan Chan semakin bingung.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang