抖阴社区

? ; thirteen

1.6K 181 36
                                    

"Chan, panggilkan Seungcheol dengan Jeonghan," arah Joshua sebelum Chan mendengar Joshua menggumam perlahan,

"Aish, dahlah tinggalkan aku sorang, pastu bangun lambat. Tengoklah nanti aku kunci korang berdua dekat bilik tu seharian. Dasar member," atau lebih kepada membebel hm.

Chan tertawa kecil sebelum menghilangkan diri dan kini dia berada di hadapan katil rooftop room. Hampir sahaja dia menjerit kecil apa yang terlihat di hadapan mata.

Phone barunya dikeluarkan lalu ditangkap beberapa gambar. Nanti, boleh kongsi dekat group uwu. Okay, dia dah teruwu.

Dia mendekati katil untuk mengejut mereka berdua,

"Han hyung, Cheol hyung, bangun! Sarapan dah siap!" sebolehnya dia taknak menjerit.

Seungcheol menggeliat sedikit dan perlahan membuka matanya. Melihat Jeonghan di hadapannya dan Chan bersama sengihan jahat, terus dia terduduk.

Jeonghan yang terkesan dengan pergerakan tiba-tiba dari Seungcheol turut terbangun.

"Cheol? Kenapa?"

Dia merasa seolah kehadiran seseorang di belakangnya dan menoleh.

"EHPENYAMUNTERBANG! Astaga kejap –LEE CHAN!"

Chan menghamburkan ketawa melihat wajah terkejut Jeonghan. Jeonghan memukul perlahan lengan Chan dan menutup mulut saat dia menguap.

"Chan! Jangan lah guna kuasa sesuka hati. Ketuklah pintu, tak baik tau," Seungcheol menegurnya.

"Ehehehe, maaf hyung. Tapi, berbaloi jugak Chan terjah bilik nie sesuka hati hehe. Dapat kongsi detik comel dengan yang lain." Chan tersengih nakal.

Seungcheol dan Jeonghan yang keliru itu dipandang.

"Ah jomlah, Shua hyung dah membebel dah tadi." Chan tertawa kecil.

"Nak terus turun makan ke atau mandi dulu? Chan boleh hantar dekat bilik hyungs," tanya Chan.

Dia tahu hyungs dua nye ni paling malas nak bergerak kalau mamai sudah menguasai.

"Hantar dekat bilik jelah. Aku nak mandi," balas Seungcheol lalu bangun dari katilnya.

Dia mengemas tempat pembaringannya yang sedikit bersepah.

"Alaa, tapi aku nak makan." Jeonghan membuat muka.

"Ah takde. Chan nak hantar aku pergi bilik, kau ikut jelah. Bukan susah sangat ih!"

Ingin sahaja Seungcheol melepuk Jeonghan yang pelbagai kerenah. Dia memicit pangkal hidungnya stress.

"Yelah-yelah..."

Jeonghan mencebik. Dia bangun dari duduknya dan menggeliat ganas.

Chan dan Seungcheol memasang muka datar.

Selepas itu, Chan menghantar diorang ke bilik diorang sebelum meninggalkan dua jejaka itu sendirian.

"Chan, mana dua orang tu?" soal Joshua sebaik melihat Chan tiba di ruang makan.

Ahli Seventeen yang lain sudah berkumpul. Menunggu kedatangan dua hyungnya.

"Tengah mandi. Kejap lagi turun," balas Chan kemudian dia duduk di tempatnya.

Baru sahaja ingin mengambil makanan, mindanya tiba-tiba teringat akan sesuatu. Pantas dikeluarkan phone nya sambil tersengih nakal.

Beberapa ahli Seventeen mengeluarkan phone nya apabila mendapat mesej secara serentak. Membuka group chat mereka sebelum mendengar Seokmin menjerit,

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang