抖阴社区

? ; twenty two

1.5K 170 82
                                    

"Han, cepatlah! Dah dah lah tu berebut air tu. Alahai." Joshua di luar 7 Eleven itu merengus apabila Jeonghan berlama-lama di dalam kedai tersebut.

Niat mereka hanya membeli snack dan ramen untuk marathon movie malam ni, lain pulak jadi bila Jeonghan ternampak air susu strawberi kegemarannya.

Itu tak jadi masalah, yang jadi masalahnya ialah Jeonghan sibuk berebut air tu dengan seorang gadis yang turut nak air susu strawberi tu.

Jeonghan merengus apabila gadis itu taknak mengalah.

"Fine! Kalini kau menang. Tunggu kau aku balas dendam." Jeonghan menjeling gadis itu yang menjelir lidah kepadanya.

Dia menghentak kakinya membuatkan cashier di situ menggeleng kepala melihat perangai tak matang Jeonghan.

Air susu strawberi je kot.

"Kau ni pun satu, dengan perempuan pun taknak mengalah ke?" Joshua juga turut menggeleng kepala.

Kembar angkat siapa ni? Kutip cepat.

"Tulatu, dengan perempuan pun taknak mengalah."

Baru sahaja Jeonghan nak menjawab, perempuan yang berebut air dengannya menyampuk dan terus berjalan meninggalkan dua jejaka itu.

"Eih pompuan tu, aku piat telinga dia kejap lagi," gumam Jeonghan perlahan.

Joshua sekali lagi menggeleng dan terus berjalan meninggalkan Jeonghan yang masih tidak puas hati itu.

Jeonghan cepat sahaja menyaingi langkah Joshua. Mereka berdua yang berjalan sedikit jauh dari perempuan itu membuatkan Jeonghan tak berhenti mengutuk perempuan itu.

Tiba-tiba mata Joshua ternampak gadis itu memasuki lorong gelap.

"Weh Han, pompuan tu masuk lorong gelap tu dok."

"Biarkanlah dia. Siapa suruh rembat air aku."

Joshua mengendahkan rungutan Jeonghan dan menarik jejaka itu mengikutinya. Walaupun dia tidak mengenali gadis itu, risau dia melihat gadis memasuki lorong gelap. Kalau jadi apa-apa macam mana?

Jeonghan memprotes namun tetap mengikuti Joshua yang mengendap di sebalik tiang lampu.

"Dia buat apa- eh?"

Mata Jeonghan terbeliak saat melihat gadis itu memberi air susu strawberi itu kepada seorang lelaki yang miskin disitu.

Turut, dimata mereka berdua gadis itu memberi beberapa makanan yang dibeli olehnya sebentar tadi kepada jejaka miskin itu sebelum dia meneruskan jalan di lorong itu dan hilang dari pandangan mereka berdua.

"Kenapa budak tu macam sebaya kita? Muda-muda dah miskin." Mulut Jeonghan ditampar sedikit kuat oleh Joshua sebaik jejaka itu bersuara.

"Mulut tu jaga Jeonghan. Tak baik menuduh," keras Joshua menegur membuatkan Jeonghan meminta maaf.

"Aku kesian kat dia. Mesti lelaki tu takde tempat tinggal en," Joshua berbisik kepada Jeonghan.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang