抖阴社区

? ; seventy one

1.2K 161 42
                                    

Mata Seventeen tidak berkelip saat melihat istana di hadapan mereka.

Keseluruhan binaan itu dibuat dari Crystal membuatkan istana itu berkilat memancarkan cahaya.

Mereka melangkah masuk ke dalam istana dan sekali lagi mereka ternganga.

"Fuh, dah macam cerita Frozen dah ni," kata Mingyu jakun.

Semua mengangguk setuju dan meliarkan mata ke sekeliling kawasan. Mencari di mana keberadaan Jeonghan.

"Guys!"

Semua menoleh ke arah tangga Crystal dan dilihat Jeonghan berada di puncak tangga itu.

"Sini!"

Mendengar panggilan Jeonghan, tanpa berlengah Seventeen menaiki tangga menghampiri tempat di mana Jeonghan berada.

Jeonghan memberi ruang kepada Seventeen untuk melihat ruang di sebalik lorong itu.

"Wah hyung! Gila gempak!"

Semua teruja melihat suasana lorong itu. Itu baru lorong, belum biliknya lagi.

"Ini lorong bilik kita. Pilih partner sebab aku malas nak buat bilik bebanyak."

"Aku nak sebilik dengan Woozi!" Soonyoung menarik tangan Jihoon merapatinya. Jihoon walaupun ingin menolak tapi dirinya pasrah apabila Soonyoung kekal menggenggam lengannya.

"Ye ambik lah, Shi. Kau memang dah sebilik dengan dia dari dulu lagi."

Seventeen tertawa mendengar jawapan sarkastik Wonwoo.

"Aku dengan Jun hehe..." sampuk Joshua tiba-tiba.

Semua mengangkat kening memandang Joshua. Biasanya, Junhui yang akan membuat keputusan. Kira pelik apabila kali ini Joshua yang membuat keputusan.

Junhui yang sedikit tersentak mendengar kata Joshua hanya mengangkat bahu. Dia okay je dengan siapa-siapa.

Apabila yang lain tidak bersuara, Jeonghan meletakkan mereka sama seperti di rumah lama dan itu membuatkan Minghao bersama Jeonghan dan Seungcheol.

"Hao dengan aku boleh?" pinta Seokmin kepada Jeonghan. 

Jeonghan memandangnya seketika lalu mengangguk.

"Jadi, kalau Hao dengan Kyeom, Chan dengan aku dan Cheol lah kan? Chan setuju?"

Chan tersenyum lalu menyetujui nya.

"Baik, pasal bilik dah selesai. Sekarang, masa untuk rancang strategi."

Jeonghan menayangkan smirk yang pasti tidak menyenangkan semua di situ. Sejak Jeonghan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar, aura jejaka itu menggerunkan semua yang berdekatan dengannya.

Malah, Seventeen juga. Mereka tidak lagi melihat Jeonghan yang masih ragu-ragu dengan kuasanya, tetapi mereka melihat Jeonghan yang lain.

Jeonghan yang yakin dengan kekuatannya.

Jeonghan yang yakin dengan kekuatannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang