Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya yang bersih dari sebarang kekotoran.
Menatap awan yang berarak cantik dan perlahan melewati langit yang luas. Terbayang akan wajah rakannya membuatkan rindu di hatinya membuak.
Dirinya tiba-tiba tergelak mengingati memori bersama rakan-rakannya. Tak lama sebelum senyuman lemah terpapar.
"Seungcheol?"
Kepalanya dipaksa menoleh memandang figura yang memanggilnya dan mendapati seorang wanita berjalan merapatinya,
"Kenapa ni sayang?"
Tersenyum dia mendengar soalan lembut dari wanita itu. Dia merehatkan kepalanya di bahu wanita itu sebaik sahaja wanita itu melabuhkan duduk di sebelahnya.
"Takde apa. Cuma rindu Seventeen, Jeonghan dan Joshua..." perlahan Seungcheol berkata.
Wanita itu seolah faham, mengusap kepalanya lembut.
"Kenapa tak pergi jumpa mereka? Kamu dah sepenuhnya pulih, Seungcheol."
Seungcheol mengeluh. Dia mengangkat kepala memandang wanita yang sudah dianggap ibu kepadanya.
"Cheol tahu. Tapi, boleh ke diorang percaya dengan kehadiran Cheol kalau diorang sendiri nampak Cheol pergi?"
Wanita itu tersenyum. Tahu kerisauan jejaka itu.
"Bagitahu mereka kebenaran, Seungcheol. Mungkin masa pertama kali diorang tak percaya, tapi sematkan kat hati kamu, yang akhirnya diorang pasti terima," pesan wanita itu lembut.
"Enam bulan Cheol pergi dari hidup diorang. Entah-entah, diorang dah lupakan Cheol. Tak pun dah jumpa pengganti Cheol."
Hampir menangis jejaka itu saat ungkapan itu hadir dari mulutnya.
Wanita itu memegang lembut tangan kasar Seungcheol menyakinkan dia.
"Seungcheol, kamu kenal mereka macam mana bukan? Kenapa nak persoalkan soalan macam tu? Kamu kenal Seventeen, kamu kenal Joshua, kamu kenal-"
Wanita itu mengambil nafas dan memaparkan senyuman lemah.
"Kamu kenal Jeonghan sangat-sangat..."
Perlahan wanita itu mengungkap kata. Menahan hati yang sarat.
Seungcheol pantas memandangnya sebelum menggenggam erat tangan wanita itu,
"Bonda.."
Apa?
Teringat seseorang?
Ha betul lah tu.
Wanita itu, Permaisuri Yoon.
Bondanya Jeonghan.
Seungcheol menatap simpati kepada Permaisuri Yoon. Dia tahu wanita itu menyimpan rindu yang amat terhadap anaknya itu.
"Bonda, tak mahu camni. Bonda pun tahu kan Jeonghan macam mana. Jeonghan seorang yang hebat bonda," pujuk Seungcheol lembut.
"Bonda tiada di sisi dia saat dia membesar. Tapi, pertama kali bonda jumpa dia, bonda yakin dia adalah orang yang takkan mudah lupakan orang yang dia sayang."
Permaisuri Yoon memandang Seungcheol lembut,
"Sebabtu, kamu pun kena yakin dengan dia, dengan Joshua, dengan Seventeen yang diorang takkan pernah lupakan kamu. Kamu orang yang mereka sayang, Seungcheol."
Seungcheol memandang Permaisuri Yoon dengan mata yang berkaca,
"Seungcheol, kamu dah lakukan yang terbaik untuk mereka. Kamu adalah ketua kesayangan mereka. Mana mungkin diorang lupa ketua kecil diorang ni."

ANDA SEDANG MEMBACA
Imposibble Secret ?S.VT?
Fantasy[COMPLETE] ?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 ?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 ?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...