抖阴社区

? ; thirty two

Mula dari awal
                                    

"JH jangan -ah budak tu bukan nak dengar pun."

Seungcheol menggeleng kepala melihat Jeonghan sudah melepaskan tumbukan tanpa sempat Seungcheol menghabiskan kata.

Dia kembali fokus ke mafia yang sedang menyerangnya.

Dia menahan kayu besbol yang dihayunkan ke arahnya menggunakan tapak tangannya.

Muka mafia itu terkejut melihat Seungcheol mampu menahan dengan sebelah tangan. Bertambah terkejut dia saat melihat Seungcheol menggenggam kayu besbol itu sehingga terpatah dua.

Seungcheol tanpa membuang masa melayangkan penumbuk ke arah mafia itu sehingga dia terundur.

"Penat sia. Menyesal aku nak main tumbuk-tumbuk ni." Jeonghan mengambil nafasnya sedikit termengah.

"Itulah. Aku cakap jangan tak nak dengar. Kan dah buang tenaga."

Jeonghan mengerucut bibirnya. Dia mengeluarkan dua pistolnya kembali lalu terus menembak lagi beberapa mafia yang tinggal.

"SC, kau ambik yang terakhir. Tangan aku lenguh."

Seungcheol menjeling Jeonghan tajam. Amboi, mengarah.

"Iyelah JH."

Kata Seungcheol pasrah. Dia menghampiri mafia yang terakhir yang ketakutan melihat rakannya semua sudah tidak bernyawa.

Mafia itu terduduk lalu mencantumkan dua tangannya.

"L -lepaskan aku. A -aku akan buat apa sahaja. C -cuma lepaskan aku."

Seungcheol tertawa sinis.

"Maaf, tapi aku tak perlukan kau."

Dan Seungcheol menyentap kepala mafia itu sehingga terdengar bunyi tulang patah.

Mafia itu longlai tidak bernyawa.

Seungcheol dan Jeonghan membuat handshake setelah selesai.

"Room5 done."

"Ohoi! Let's have fun, guys!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Ohoi! Let's have fun, guys!"

Chan menggeleng kepalanya namun hanya mengikuti Seokmin yang sudah turun menghampiri mafia yang tercari-cari si empunya suara.

Chan menghilangkan diri sehingga bertemu dengan belakang badan seorang mafia.

Dirinya tanpa menunggu hanya senyap dan menembuskan pedangnya ke perut mafia di hadapannya.

"Arkh -"

Semua mafia menoleh dan terkaku melihat rakannya tiba-tiba termuntah darah bersama darah dari perut mereka.

Mereka menoleh lagi apabila mendengar sesuatu jatuh dan terkejut melihat kepala seorang lagi rakan mafianya terjatuh dari badan.

"W -weh, a -apa jadi ni?"

Dengan suara terketar-ketar, mafia itu menyoal kawannya.

Seokmin mengangkat kening lalu menghampiri mafia itu.

"Entahlah dik," bisiknya perlahan di telinga mafia itu sebelum menikam jantung mafia tersebut.

Dengan muka puas hati, Seokmin menyerang yang lain dalam senyap.

Sedang kedua mereka membunuh dan mengelar mafia, suara Mingyu yang meminta bantuan Chan kedengaran,

"Aku perlukan bantuan DN! DK, kau selesaikan seorang boleh?"

Chan memandang Seokmin meminta izin dan jejaka itu mengangguk.

"Okay je! Lagipun kitorang hampir selesai, " balas Seokmin sedikit ceria.

Chan segera menghilang dari situ dan meninggalkan Seokmin bersama mafia yang masih terpinga dan tercari keberadaan Seokmin.

"Okay DK, let's do this!"

Seokmin mengeluarkan pedang nya lagi satu. Kedua pedang yang berbeza bentuk namun mempunyai ketajaman yang sama di dalam pegangan Seokmin.

Dia berlari mendekati mafia-mafia tersebut.

Belum sempat pedangnya menyentuh mafia yang disasarnya, satu pukulan rombak tiba di bahu Seokmin.

"Ahh!"

Semua menoleh ke arah Seokmin. Dari situ, jejaka itu menyedari bahawa illusion Joshua terhadap dirinya hilang.

"JADI KAU YANG BUNUH KAWAN AKU?"

Seokmin mengeluh. Apa punya soalan lah. Takkanlah anak gajah pulak alahai.

"Dahtu? Siapa lagi?"

Mafia-mafia itu merengus marah lalu menghampiri Seokmin.

Mereka yang lebih dari sepuluh orang itu ditatap bosan oleh Seokmin.

Seokmin membuka langkahnya bersama dua pedang di tangannya.

Slashh!

Slashh!

Lagi dan lagi. Seorang demi seorang jatuh.

Baru sahaja Seokmin mahu menyerang mafia yang terakhir, mafia tersebut tiba-tiba terkaku sebelum memuntahkan darah.

Seokmin terhenti langkah nya dan mengerut kepelikan.

"Aku lah DK."

Seokmin membulatkan mulut mengecami sang empunya. Dan akhirnya kelibat Chan kelihatan sebaik mafia itu jatuh.

"Buat terkejut aku je. Eish," komen Seokmin.

"By the way, dah selesai dekat rooftop?"

Chan mengangguk sambil membersihkan pedangnya yang terkena darah mafia yang dibunuh.

Seokmin mengangguk memahami.

"Room2 done."

Makan ice cream waktu hujan fuh lain macam bekunya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Makan ice cream waktu hujan fuh lain macam bekunya. Ngehh.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang