[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pak!
"Appa... sakit... ARGHH!"
Jihoon meraung saat besi yang masih panas melekap ke bahunya. Meninggalkan bekas terbakar membentuk sebuah imej yang amat familiar.
"Take this boy, we sell him to you," datar dan dingin suara ayahnya kedengaran di telinga jejaka ituh.
Jihoon memandang ayahnya tak percaya.
"Appa..."
Jihoon cuba menggapai tangan ayahnya namun cepat sahaja ditarik.
Dia ditolak kasar sehingga jatuh dan mengenai luka terbakarnya.
"Argh..."
"How much?"
"I don't care. Budak ni takguna. Aku terima berapa bayaran kau," balas ayahnya selamba.
Dirinya yang masih terduduk itu menatap bapanya yang langsung sekalipun tidak menjeling ke arahnya.
"Appa... appa... please-"
Rayuan Jihoon diendahkan. Bapanya berurusan sehingga selesai.
"Thank you, bro. Nasib kau bawa dia dalam keadaan dia okay. Kalau tak, aku memang tak terima."
Tuan kedai bersalaman dengan ayahnya.
"Well, aku tahu syarat kau yang tu. Take him. Make him what do you want. Aku cio dulu," balas bapanya.
Jihoon yang mempunyai sedikit kekuatan itu berlari mendekati bapanya.
"Appa... kenapa...? Kenapa appa jual-"
Tanpa sempat Jihoon menghabiskan kata-katanya, bapanya menolak nya sehingga terjatuh.
Dan kali itu, dia menoleh ke arah Jihoon. Namun, jelas di matanya terpapar rasa kebencian dan meluat.
"Sebab kau anak tak guna! Kau tak layak untuk keluarga aku! Huh!"
Bapanya terus keluar dari tempat itu.
Jihoon terpaku di tempatnya.
Ya, memang selama dia tinggal dengan keluarga, dia sudah terseksa. Walaupun berbelas tahun dirinya didera dan dipulau oleh keluarganya, dia tidak pernah menyangka mereka sanggup menjual dirinya.
"Well, come on boy. Kau sekarang kerja dekat sini. Dah takde masa nak layan sedih kau tu," sinis sahaja pemilik tempat itu berkata.
Dirinya ditarik hingga ke suatu bilik yang terdapat pelbagai baju.
"Choose your own. Dah siap, jumpa aku. Aku ada kerja nak bagi kau."
Dengan terpaksa, Jihoon mencari baju yang sesuai. Matanya sedikit membulat melihat kesemua pakaian di dalam itu. Dia mencari pakaian yang paling tertutup lalu memakainya.