[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
'Terima kasih Rosenity sebab setia menungguku. Kau akan berjuang bersamaku untuk mengubah dunia ini. Pegang amanatku, Angel Rosenity Quartz.'
Naga itu menunduk dan Jeonghan menghampirinya.
Meletakkan tangan di permukaan kasar wajah sang naga, mereka mengikat sebuah janji.
'Menjunjung perintah, Tuanku.'
'You're mine, right?'
Pandangan lembut yang dihantar oleh Rosenity kepada Jeonghan menghantar maksud untuk jawapannya.
'Yes, I'm yours, My Majesty.'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Naga kau akan stay sini je ke, Han?" Seungcheol menyoal Jeonghan sambil menatap rakannya yang lain kesal.
Manakan tidak, setelah mereka mengenalpasti bahawa naga itu milik Jeonghan, terus mereka menyerbu dan bermain dengannya.
Rosenity pula kelihatan senang. Membiarkan rakan Jeonghan bermain dengan badannya.
"Kata Rosenity, dia takkan keluar selagi aku tak suruh. Dan buat sementara nie, aku takkan suruh dia keluar sebab masanya belum tiba," balas Jeonghan sambil memerhatikan naganya.
Senyuman sayang terpapar melihat naganya bergaul baik dengan rakannya.
Seungcheol mengangguk. Dia tahu bila masanya itu. Masa untuk dunia ini diubah.
"Tak lama lagi, Han. You're gonna rule this world," ucap Seungcheol tenang.
Jeonghan tersenyum. Sekarang, dia mula menerima tanggungjawab nya yang diberikan oleh dunia ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Esok kalian akan pergi ke kerajaan itu,"
Nyaring dan lantang, suara Solar membuatkan semua ahli Seventeen memandangnya.
Lantas, Seventeen menghampiri di mana Mamamoo berdiri.
"Maksud noona? Kami akan berangkat esok?" soal Hansol keliru.
Mamamoo mengangguk.
"Tapi, kalian tak boleh menggunakan teleport. Kalian perlu mengembara."
Smirk yang ditayangkan Hwasa mengundang takut Seventeen.
"Kenapa?"
"Aermannia Kingdom ialah kerajaan yang ketat. Setiap tentera yang berjaya masuk ke dalam kerajaan itu akan menghadapi empat tahap cabaran sebelum diterima masuk. Dan, pengawalan nya sangat-sangat ketat. Terutama mendapat ketua tentera yang tegas, janganlah korang sesuka hati buat onar kat sana." Lebar Wheein menjelaskan.
Seventeen menelan air liurnya payah. Kedengaran menakutkan.
"Sebelum kalian memasuki Kingdom tu, kalian akan berjumpa dengan satu hutan dinamakan Tricky Forest. Disitu, kalian akan menjalani ujian tahap berperingkat tersebut," sambung Moonbyul pula.
"Dan penggunaan teleport bermula dari kalian keluar istana ini hingga ke Tricky Forest amat dilarang. Alah, cuba ambil pengalaman mengembara. Ini semua nak harapkan teleport takde gunanya juga kan?" soal Solar sekaligus membuatkan keempat-empat gadis itu tersenyum sinis.
Seventeen lambat-lambat mengangguk. Nampaknya memang mereka akan mengalami pengalaman baru.
'Aih, aku tak sabar.'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.