抖阴社区

? ; sixty six

Mula dari awal
                                    

Hoseok mengangguk sendiri seakan memahami.

"Tapi kenapa ada 13 orang je?"

Asudah, kalau Seventeen dengar, mahu dilunyai nya si Hoseok nie. Soalan sensitif tu.

Hoseok terus memerhati tiga kumpulan itu melawan boneka-boneka nya.

"Hampir separuh boneka-boneka aku diorang musnahkan? Menarik..." gumam Hoseok perlahan.

Setelah beberapa minit melihat boneka-boneka nya dirosakkan, akhirnya Hoseok mengambil keputusan.

"Dahlah... pass lah tu. Haih, baru ingat nak lawan lama lagi, pandai pula diorang rancang strategi."

Maka itu, dia dengan lenggang kangkung nya keluar dari tempat persembunyian dirinya.

Seventeen yang bertubi-tubi menyerang boneka itu terhenti saat kesemua boneka itu tidak menyerangnya sebaliknya kaku di hadapan mereka.

Bunyi tapak kaki mendekati mereka membuatkan Seventeen kembali bersatu dengan kekuda bersedia.

"Chill geng, aku tak lawan."

Mata Seventeen diliarkan sehingga tertancap ke arah seorang jejaka yang menghampiri mereka. Tangan nya penuh dengan tali yang menyambungkan dirinya dengan boneka. Namun, dengan sekali sentap, tali-tali itu putus dan semua boneka nya hancur berkecai.

Seventeen tergamam melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka. Mereka memandang kembali wajah jejaka yang tersenyum senget itu.

"Aku J-Hope. Pencabar kedua korang," Hoseok memperkenalkan diri.

Seventeen segera mengubah posisi mereka setelah mengenali empunya.

"Aku cuma nak maklumkan yang kalian layak ke tahap ketiga," lanjut Hoseok lagi.

"Macam tu je?" Dengan muka tak percaya, Chan menyoal.

Hoseok mengangguk beriya.

"Yep. Sebab tahap nie adalah tahap menguji bagaimana kalian merancang strategi dalam masa yang singkat. Dan, kalian berjaya melakukan tugas itu. So, tahniah!"

Hoseok menepuk tangannya tanda puas hati sambil memberikan senyuman manisnya.

Dia menyerahkan satu botol potion yang sama seperti Seokjin berikan sebelum ini dan serta merta Seventeen meneguknya setelah melihat botol familiar itu.

Hoseok melepaskan mereka sebelum menitipkan pesan,

"Rancang strategi untuk tahap seterusnya dan fahami apa kuasa mereka. Goodluck!"

Ketika itu, Seventeen tahu untuk melakukan apa.

Ketika itu, Seventeen tahu untuk melakukan apa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seventeen kini tiba di tahap ketiga mereka. Mereka hanya mengagaknya saat melihat kawasan nya lapang dan bersih dari rumpun hutan.

"Seventeen, ingat strategi kita."

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang