抖阴社区

? ; sixty six

Mula dari awal
                                    

Mata mereka fokus melilau jika-jika terlihat kelibat pencabar tahap ketiga mereka.

"JS, ready?"

Joshua mengangguk mendengar soalan Seungcheol. Dia mematahkan jari menandakan dia sudah bersedia.

Krak!

Junhui membuka langkah.

"Gempa datang..." ujar Seungkwan.

Srekk!

Belum sempat segerombolan tanah menghempas diri mereka, sebuah dinding yang berlapis tebal muncul di hadapan mereka sebagai pelindung.

Junhui sedikit terundur apabila apabila hempasan gempa itu mengena dinding yang diciptanya.

"And... Poseidan," lanjut Seungkwan lagi.

Dia peramal, jadi dia dapat tahu kehadiran lawannya.

Menoleh sekilas, jelas di mata Seventeen melihat satu ombak air besar menghampiri mereka.

Seperti dirancang, Hansol melangkah ke hadapan,

"Ice Frost!"

Ombak itu membeku menjadi rekahan ais yang berkilat.

Seventeen sedikit kagum melihatnya memandang ini pertama kali melihat air yang dibekukan sebesar itu.

"Woi fokus!"

Seventeen tersengih mendengar Chan memarahi mereka di telinga.

"Dah jumpa tempat persembunyian mereka?" soal Seungcheol lanjut.

"Belum. DN masih tak dapat ramal kat mana mereka berada. Teruskan berlawan. Kalau mereka dah keluar, maklum kat kami," suara Joshua pula bergema.

Seventeen membalas tanda memahami. Rancangan mereka sekarang ialah, buat pencabar mereka keluar dari tempat persembunyian mereka.

Serangan bertubi dari kedua arah dan kedua kuasa melemahkan tenaga Hansol dan Junhui yang lagi tadi membina pertahanan untuk mereka berlindung.

Seungkwan sedikit sebanyak menyalurkan tenaganya walaupun dia tahu akibatnya.

"Wow, still bertahan..."

Suara garau seorang lelaki menyapa telinga mereka.

Seventeen semakin membuka langkah berhati-hati mendengarnya. Suara garau itu menakutkan.

Seseorang keluar dari sebalik pokok. Dan, serentak itu suara Joshua bergema,

"Kami jumpa dia!"

Seventeen tersengih puas. Akhirnya...

"Good. JS and DN, you know what to do, right?"

Persoalan Seungcheol hanya sepi yang menyapa. Dan ketika itu, serangan jejaka bersuara garau itu hilang serta merta.

"W -what?" Terkejut jejaka itu melihat kuasanya hilang sekelip mata.

Dia cuba menyerang lagi, namun hampa yang dapat.

"V! Apa yang terjadi?"

Seventeen mengalihkan pandangan ke arah bertentangan dengan jejaka yang dipanggil V itu.

"Aku taktau, JK! Ini semua tiba-tiba," balas jejaka V itu.

JK atau nama lainnya Jungkook keluar dari tempat persembunyian nya.

Semakin lebar senyuman Seventeen apabila pencabarnya menunjukkan diri.

Serangan Jungkook juga automatik hilang. Hanya rekahan ais milik Hansol menghias jalan.

"W -what the-"

"Aip! No curse!"

V atau nama lainnya ialah Taehyung terkejut saat jejaka bermata kucing tiba-tiba muncul di sebelahnya sambil tersenyum.

"Siapa kau?"

"Joshua Hong imnida. Can negate someone power. Salam perkenalan." Joshua membuat peace kemudiannya.

Mendengar ayat Joshua, serta merta Jungkook dan Taehyung dapat mengagak apa yang berlaku terhadap kuasa mereka.

"I- wow..."

Jungkook kagum melihat betapa lancar dan bijaknya rancangan Seventeen.

Dia dan Taehyung memberi pandangan lalu turun dari pohon tempat mereka berlindung. Tidak lama kemudian, Chan dan Joshua juga memunculkan diri.

"Tahniah! Kalian layak ke tahap empat," ucap Taehyung sambil bertepuk tangan nya puas hati.

"Dalam sejarah Aermannia Kingdom, rekod kalian adalah rekod paling terpantas melawan kami berdua."

Seventeen sedikit terkejut lalu tersenyum bangga.

"Aku JK, dan dia V. Rasanya korang dah tahu kuasa kami apa." Jungkook mengangkat kening memandang mereka.

Seventeen menggaru belakang leher mereka lalu mengangguk. Semua data pencabar mereka sudah berada di minda mereka.

"Oh ya, nah potion. See you next level!"

Seusai Taehyung mencampakkan sebotol potion yang amat familiar, mereka hilang sekelip mata.

Seventeen kembali membentuk bulatan untuk merancang strategi seterusnya.

Lebih susah dan mencabar yang pastinya.

Sorry late update ㅠㅠ Terfokus sangat buat Special Chapter sampai yang nie terabai hewhew :3

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sorry late update ㅠㅠ Terfokus sangat buat Special Chapter sampai yang nie terabai hewhew :3

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang