抖阴社区

? ; seventy three

Mula dari awal
                                    

Kalau bukan sebab Seokmin tidak memaklumkan padanya, pasti badannya mempunyai luka. Jeonghan tak mahu. Dia tidak mahu dirinya cedera ketika perlawanan pertama.

"Han hyung, kau okay?" Jeonghan menjawab persoalan Seungkwan dengan mengatakan dia baik-baik aja.

Minghao dan Seokmin memerhatikan nya dari jauh sambil tangan tidak berhenti melibas pihak lawan.

Namun, apabila mendapat anggukan dari Jeonghan, mereka kembali fokus untuk mengalahkan Darquin.

"TEAM 4 BERUNDUR! TEAM 5 MAJU!"

Giliran semakin hampir. Ini bermakna perlawanan sebenar tidak lama lagi.

Tiada satu ahli dari Seventeen berada di dalam kumpulan pertahanan yang ketiga. Namun, melihat tentera Crastazia yang lain bersusah payah menjadi pertahanan membuatkan Seventeen sentiasa berwaspada.

Minghao, Seokmin dan Jeonghan mengambil nafas. Mereka tersenyum antara satu sama lain seolah meraikan kejayaan sementara mereka.

"TEAM 5 BERUNDUR! TEAM 6 SERANG!"

Arahan terakhir dari Yoongi membuatkan semua tentera yang menunggu perlawanan sebenar gemuruh.

Seventeen memegang tangan antara satu sama lain sambil memerhati Chan dan Wonwoo bertindak menyerang sebagai kumpulan penyerang terakhir.

Pistol dikeluarkan oleh Wonwoo dan kuasa Black Fire yang digunakan oleh Chan menguatkan kumpulan mereka.

Senjata Wonwoo yang tidak pernah dilihat oleh tentera Darquin mahupun tentera Crastazia menyebabkan tentera Darquin sedikit terpegun. Peluang itu digunakan sebaiknya oleh tentera Crastazia dan semua berterima kasih kepada Wonwoo kerana berjaya mengganggu perhatian lawan mereka.

Chan pula mudah sahaja membunuh tentera Darquin. Sekali dua, dia akan mendapat cemuhan dari mereka kerana menjadi pengkhianat dengan negaranya.

"BUDAK PENGKHIANAT!"

Zzap!

Kepala tentera yang mencemuh nya jatuh sekelip mata dari badannya. Chan cuba tidak terasa dengan kata-kata itu, tetapi fikirannya sentiasa terganggu.

"Chan, abaikan dia. Kau ada kami," suara lembut Joshua menerpa telinganya dan dia tenang seketika.

Mendengar suara rakannya cukup menenangkan hatinya. Dia mengangguk dan melanjutkan peperangan di antara mereka.

"TEAM 6 BERUNDUR!"

Serentak mereka semua berundur meninggalkan tentera Darquin  yang terpinga-pinga memandang mereka.

Tentera-tentera Darquin itu tidak mengejar mereka sebaliknya menunggu tindakan lanjut lawan mereka.

Para tentera elit, Seventeen, Bangtan, Aespa dan Mamamoo berdiri di barisan paling hadapan dan memandang lawan mereka bersiap sedia.

Semua tentera Crastazia juga berdiri dengan kekuda di buka.

Kesemua mereka, termasuk Namjoon sendiri diketuai oleh satu-satunya pewaris Crastazia Emperor.

Jeonghan yang berada paling hadapan di antara semua menjulang pedangnya tinggi.

"WITH THE NAME OF CRASTAZIA, WE WILL FIGHT UNTIL OUR LAST BREATH, OUR LAST BLOOD AND UNTIL THE LAST SAY THE NAME! CRASTAZIA! WE WILL WIN THIS WAR!"

Jeritan penuh keazaman oleh Jeonghan dibalas dengan laungan semangat dari tentera nya.

Serentak itu, Sky Tryla, entah dari mana mereka datang, memenuhi langit dan menyerang Darquin. Tentera yang menunggangnya tidak getir membelah dan membunuh lawan mereka.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang