抖阴社区

                                    

"Pfft-"

Masing-masing menahan ketawa dengan jawapan innocent Chan. Wajah Soonyoung berubah.

"Eish, mana ada! Is 10:10 now okay! Kwon Soonyoung imnida. Panggil Hoshi je okay," Soonyoung mengenyitkan matanya.

Chan mengerutkan kening.

"Hoshi? Kwon? Dia dibuang ke sini ke?" gumam Chan perlahan.

Seungcheol terdiam. Pendengaran tajam dia membantunya mendengar dengan jelas gumaman Chan.

'Chan kenal Hoshi ke?' pertanyaannya dibiarkan berlalu di dalam hati.

Chan segera meneutralkan kembali mukanya apabila merasa ada seseorang merenungnya.

"Ouh, okay Hoshi hyung!" balasnya tersenyum.

Setelah melihat Soonyoung tersenyum, barulah Chan faham mengapa Soonyoung menggelarkan dirinya sebagai 10:10. Matanya hilang saat jejaka itu tersenyum.

"Wen Junhui, Chinese also 96 liner,"kata Junhui dengan senyuman membunuhnya.

Chan mengangguk apabila mengenali jejaka yang membantunya.

"Oh god, he's hot!"

Dan tak semena-mena Junhui mendapat jelingan dalam diam dari Seungcheol.

"Jos –eh mana dua orang tu?"soal Seungcheol kemudiannya.

Pertanyaan mendapat angkatan bahu dari housemates nya seolah tidak kesah dengan kehadiran dua jejaka itu. Seungcheol mengeluh berat.

"Seungkwan, tolong panggilkan devil twin tu. Alahai, buat apa lagi dekat bilik tu."

Seungkwan dengan senang hatinya menurut arahan Seungcheol. Sememangnya dirinya ingin ke atas.

Saat dua jejaka itu turun, Chan terpaku melihat salah seorang dari dua jejaka itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Saat dua jejaka itu turun, Chan terpaku melihat salah seorang dari dua jejaka itu. Bukan apa,dia macam–

"Angel," sepatah Chan membisik.

Seungcheol tersengih dan mengisyaratkan jejaka itu menghilangkan kuasanya.

Jeonghan tertawa kecil sebelum perlahan menghilangkan kuasanya. Ketika itu, Chan tersedar.

'Wait, apa yang berlaku tadi?'

Chan terpinga. Seakan baru bangun dari tidur, dia memandang dua jejaka itu bingung. Dua jejaka itu tersenyum manis memandang Chan sebelum Joshua memperkenalkan diri,

"Annyeong haseyo, Hong Jisoo imnida. Tapi boleh panggil Joshua. 95 liner also hyung," Joshua memperkenalkan diri.

"Aku Hong Jeonghan. Also 95 liner," Jeonghan pula tampil memperkenalkan diri.

Wajah bingung Chan ditatap mereka dengan lucu.

"Erk, kembar ke?"

"Guess what?"Jeonghan berteka teki.

Chan blank. Senyap menguasai apabila Chan tidak membalas. Dua jejaka itu tersenyum penuh makna.

"Oh by the way, nama siapa?" Joshua mematikan suasana kekok itu.

Chan tersentak sebelum membalas,

"Oh maaf. Lee Chan imnida. 99 liner," Chan memperkenalkan diri.

"Jadi, Chan paling mudalah dekat rumah ni, " Jeonghan tersenyum. Chan hanya mengangguk mengiyakan.

"Guys! Lunch dah siap!" jeritan Mingyu dari ruang makan mengejutkan semua.

Pantas masing-masing jalan menuju ke ruang makan. Seungcheol kemudian mendekati Chan yang terpinga itu.

"Chan, jom makan dulu. Barang Chan biar kat sini je. Nanti lepas makan kita kemas ok." Chan mengangguk lalu mengikuti langkah Seungcheol.

Sebaik tiba di ruang makan, seorang jejaka yang tinggi lampai berkulit tan dan menyarung sehelai apron menarik perhatian Chan.

"Mingyu!"

Jejaka itu terkejut lalu menoleh ke arah Seungcheol. Apabila matanya menangkap kehadiran Chan, dia pantas menayangkan senyuman taringnya.

"Oh hai, aku Kim Mingyu. 97 liner. The tallest and handsome one," kata-kata Mingyu mendapat pandangan jijik dari yang lain.

"Selekeh je kau. Pigidah." Mingyu menjelirkan lidah mendengar balasan Jihoon.

Hampir sahaja si Jihoon tu mengambil gitarnya namun ditahan oleh Soonyoung.

"Sudah Hoonie, kalau kau rosakkan lagi gitar kali ni, dah gitar ke-47 tahu tak. Mingyu tu memang, suka angkat bakul sendiri."

"Eh tolong eh, aku memang handsome okay."

"Mingyu, baik kau senyap sebelum stokin aku yang belum basuh 2 hari tu aku buat lunch kau hari ni."

"Eee, gelilah Hao. Apa nak makan cakap macam tu. Tak ada selera karang nak makan."

"Salahkan aku pula. Mingyu tu haa, sehari tak perasan tak boleh."

"Eh aku pula."

Minghao dan Mingyu berlawanan mata. Jihoon pula sudah ditenangkan dan duduk di sebelah Soonyoung.

Seungcheol menepuk dahi melihat pertengkaran kecil dari dua jejaka 97 liners.

"Eh dahla, tak malu ke gaduh depan housemate baru? Aku yang malu tengok korang, macam budak kecil," Seungcheol membebel.

Dia mengalihkan pandangan kepada Chan yang tersengih melihat adegan tadi.

"Sorry eh, jangan cakap hyung tak mention yang Chan kena tinggal dekat zoo tau."

Seungcheol tersengih mendengar rungutan yang lain. Tak semena-mena, Chan tergelak.

"Tak pelah hyung, Chan okay je. Meriah apa macam ni. Kalau dulu Chan kat apartment, sunyi betul hidup. Macam dekat kubur pun ada. Ehe."

Semua tersenyum mendengar balasan Chan.

Semua tersenyum mendengar balasan Chan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang