抖阴社区

                                    

Nak ke taknak?

"Alaa jomla jomlah. Aku janji tak teruk sangat latih kau." Jeonghan merangkul lengan Chan sambil memandangnya dengan puppy eyes nya.

"Er Cheol hyung okay ke? Yelah, hyung dalah datang ganggu latihan dia."

Seungcheol tergelak. Jeonghan memandang Seungcheol dan mengangguk,

"Alah, Cheol okay je. Kan Cheol kan?"

Jeonghan memberi isyarat kepada Seungcheol. Seungcheol menggeleng perlahan.

"Suka hati Chan. Kalau Chan nak aku tak kesah pun."

Seungcheol memberi kata putus. Jeonghan tersengih jahat manakala Chan buntu.

Ah sudah...

"Cheol hyung~ Tengok Han hyung ni ~"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Cheol hyung~ Tengok Han hyung ni ~"

Rengekan Chan hanya mendapat gelakan dari Seungcheol.

Sumpahlah duh, dua jam berlatih dengan Jeonghan buatkan kesabarannya menipis dan hampir menangis.

Menyesal dia bersetuju untuk berlatih dengan Jeonghan.

Bukan kata-kata Hansol yang auta, tapi kata-kata seketul Hong Jeonghan yang mentertawakan nya sepanjang latihan adalah auta yang sebenarnya.

"Eih, hyung cakap taknak berlatih teruk-teruk. Janganlah dengki dengan Chan~"

Rengek Chan lagi. Biar, biar sampai Jeonghan ada rasa simpati terhadapnya.

"Alah Chan, baru dua jam. Takkan dah malas kot." Jeonghan tergelak lagi.

Puas hatinya melihat Chan terpinga-pinga dah hampir menangis. Memang suka dia melihat penderitaan rakan-rakannya.

Selama ini, orang yang mampu bertahan dengan dia cuma Seungcheol dan Joshua je. Yang lain, ada yang mengalah, ada yang memakinya, ada yang menangis, ada juga seperti Chan, merengek tak tentu pasal.

"Dua jam dengan hyung macam setahun tahu tak. Taknak, taknak. Cheol hyung, cepatlahh stop latihan ni!"

Seungcheol tergelak kemudian berjalan turun dari tempat tinjauan.

Jeonghan merapati Chan sebelum merangkul leher jejaka yang merengek itu,

"Alololo sian dia. Chan nugu aegi?"

Chan merengek. Dah kali ke erm entah, Jeonghan menyoal benda yang sama.

Jeonghan tergelak lagi. Seronok dia mengusik dongsaengnya ini.

Ketawa Jeonghan serta-merta terhenti diganti dengan jeritan kecil apabila dia mendapat ketukan sederhana kuat di kepalanya.

Sebenarnya, slow je, tapi Seungcheol kan...

Dia memuncung dan menyilangkan tangan. Merajuk.

"Hannie, tengok kau ni, aku tak tahu siapa lagi tua siapa lagi muda. Eih!" Seungcheol mengeluh.

Entahlah, rasanya Jeonghan di seumur dengannya, kenapa macam budak lima tahun perangainya?

Dia memandang Chan yang sudah bereaksi normal.

"Chan nak rehat ke?" soalnya lembut.

Mendapat anggukan pantas dari Chan membuatkan jejaka itu tergelak kecil.

"Pergilah. Setengah jam je aku kasi. Nanti datang sini balik ok?" Seungcheol tersenyum lembut memandang Chan.

Chan bersinar mata dan menjerit gembira. Dia mengucapkan terima kasih sebelum menghilang dalam sekelip mata.

Hilang sahaja Chan, perhatian Seungcheol beralih ke Jeonghan yang masih lagi merajuk.

"Oi, gediklah nak majuk-majuk. Tak kuat pun aku pukul."

Jeonghan memandangnya tak percaya,

"Tak kuat kau cakap? Choi Seungcheol, kau lupa ke kekuatan kau apa? Nak aku terangkan balik dekat Meeting Room?"

Jeonghan membebel geram. Seungcheol menggaru belakang kepalanya.

"Eh haah la. Sorry Hannie..."

Jeonghan masih dalam rajuknya. Seungcheol yang malas melayan terus ke topik lain,

"Weh Han, apa kesimpulan kau dapat buat lepas lawan dengan Chan tadi?" soalnya.

Suasana perlahan berubah. Jeonghan terus menoleh ke arahnya. Dia terdiam sebentar.

"I don't know. Sejujurnya, aku hampir kehilangan tricks nak lawan Chan. Aku macam apa ek, Chan tu sebenarnya pandai elak tricks aku, tapi dia macam malas," ulas Jeonghan perlahan.

Kakinya mengikuti Seungcheol yang melangkah semula ke bilik tinjauan. Dia melabuhkan duduk di kerusi roda sebaik sampai di bilik itu dan berpusing-pusing.

Jangan cakap korang tak pernah buat kalau jumpa kerusi tu.

"Kan, dari pemerhatian aku, dia lain."

Jeonghan terus berhenti dan menatap Seungcheol,

"Apa maksud kau?"

"Kau tak rasa ke kekuatan Chan?" Seungcheol memulangkan soalan.

Jeonghan terkaku.

"Kau sendiri cakap yang Chan tu macam malas kan nak layan tricks kau. Kau tak rasa, dia taknak terlebih guna kuasanya. Atau –"

Seungcheol ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.

"Atau...?"

Dia memandang Jeonghan dalam.

"Atau dia taknak terguna kuasa sebenar dia. Kau ingat tak dia macam nak tersasul masa Minghao tanya dia puna ability. Kan?"

Jeonghan mengangguk. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa Chan tersasul.

"Budak tu banyak rahsia yang dia simpan. Itu aku pasti," Jeonghan membalas.

Dia kemudiannya mengeluh.

"Well, apa boleh buat kalau dia sendiri taknak buka mulut? Aku tahu segala apa yang dia katakan tentang diri dia semua penipuan semata. Dia akan cuba mengelak lagi dan lagi."

Kata-kata Jeonghan membuatkan Seungcheol terhenti sebelum mengangguk perlahan.

"You know what, Hannie? Untuk pertama kali dalam perbincangan yang serius, aku setuju dengan pendapat kau."

Jeonghan memandang Seungcheol itu tajam.

"Selama ni kau tak pernah setuju ke?"

Seungcheol tersengih tak bersalah.

"Choi Seungcheol!"

Terus badan Seungcheol menjadi mangsa kedua-dua tangan Jeonghan. Seungcheol meringis sakit namun tergelak apabila dia dapat mengenakan Jeonghan.

Tanpa disedari dua jejaka itu, seseorang mendengar perbincangan mereka. Dia tersenyum sinis sebelum hilang di sebalik bayangan.

 Dia tersenyum sinis sebelum hilang di sebalik bayangan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nah update sebab aku happy dapat laptop balik. YEayyy!!

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang