抖阴社区

? ; fifteen

Mula dari awal
                                    

"Aku dah fikir baik buruk semuanya dah. Aku cuba taknak buat rancangan ni, but bila aku kaji teori aku yang lain, susah tau nak menang. Ni je satu-satu je cara nak dekat dengan HBin tu," terang Seungcheol lagi.

Joshua mengangguk memahami.

"Okey aku faham. Aku okay je. Cuma tulah, Jeonghan tu haa..."

Mereka berdua tergelak lagi.

Baik-baik bincang pasal strategi, tiba-tiba terjadi sesi mengumpat Jeonghan.

Baik-baik bincang pasal strategi, tiba-tiba terjadi sesi mengumpat Jeonghan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seungcheol merebahkan badan di katilnya. Dia menghela nafas panjang.

"Penat?"

Persoalan seseorang tu membuatkan dia menoleh dan melihat Jeonghan, segera dia mengangguk.

"Kau buat apa sampai penat macam ni?"

Jeonghan duduk di katil Joshua memandang Seungcheol yang berbaring selesa di katilnya.

Seungcheol memusingkan badan menghadap Jeonghan.

"Aku dengan Joshua bincang pasal strategi untuk lawan Carlen Mafia nanti. Pelik-pelik semua idea keluar, " Seungcheol tersengih.

"Kau dengan Joshua? Tak ajak aku pun ea?"Jeonghan merungut.

Belum sempat Seungcheol membalas, pintu bilik mereka terbuka dan figura Joshua melangkah masuk.

"Shuaa~ Asal kau dengan Cheol tak ajak aku bincang strategi sekali siot. Murung ah gini."

Joshua memandang keliru. Dia memandang Seungcheol dan setelah memahami, dia mengangkat bahu.

"Kitorang dah panggil kau okay. Kau tu haa sibuk sangat nak tengok Chan lawan, kitorang pulak disalahkan." Joshua menjelingnya sebelum turut melabuhkan duduk di sebelah Jeonghan.

Jeonghan dengan tak bersalahnya membalas,

"Kenapa tak cakap nak bincang? Aku boleh je berhenti tengok Chan lawan tu. Alah alah."

Seungcheol dan Joshua ingin saja melayangkan kaki ke muka Jeonghan, namun memikirkan yang muka Jeonghan akan membantu mereka ketika melawan Carlen, mereka membatalkan niat.

"Alah kau sembang. Macam aku tak tahu Chan tu baby kau. Takut tercederalah apalah." Seungcheol menjeling Jeonghan. 

"Lagipun, kalau ajak kau nanti mulalah nak cerita semua benda. Haritu, aku baru cadang Mingyu diperlukan lawan SBin pun kau dah bising. Lagikan ni." Seungcheol menjeling Jeonghan.

Dia bangun dari pembaringannya menghadap dua jejaka di hadapannya.

"Haa kau jangan nak muncung-muncung. Aku gantung hanger dekat bibir kau nanti baru tau," Joshua memberi amaran.

Namun, siapa boleh memberi arahan kepada Jeonghan? Tetap bibirnya dimajukan ke depan.

"Yelah, aku kan bukan kawan korang. Yelah, berdua jelah kongsi, siapa lah aku ni..."

Pulak dah.

Seungcheol dan Joshua menepuk dahi.

"Nasib baik aku nie mengaku kau ni member aku Han, kalau tak kaki ni sampai kat muka yang kau tatang tu."

Seungcheol menghela nafas.

"Muka jangan sentuh eh. Penat tahu habiskan masa aku nak jaga muka aku ni, " jeling Jeonghan.

"Jeling-jeling. Cungkil karang."Joshua beracah ingin mencungkil mata Jeonghan.

Jeonghan menjelir lidah mengejek Joshua. Dia tahu jejaka itu tak akan berani melakukannya.

Pantas, bantal yang diambil Joshua hinggap di pehanya. Jeonghan yang tak mahu mengalah membalas. Dan mulalah pillow fight di antara dua jejaka itu.

Katil berenjut menahan dari patah menampung berat dua jejaka itu.

Seungcheol di katilnya mengurut dahi. Ingatkan Jeonghan sorang je macam budak lima tahun perangai, tak dia sangka Seventeen's Strategy Planner pun berperangai begitu.

"Yah! Dah lah, macam budak ke –"

Pap!

Satu bantal hinggap di mukanya. Kekabu bantal itu berterbangan dan ada yang melekap di mukanya.

Seungcheol menyapu mukanya dan memandang dua jejaka itu tajam. Menunggu gunung berapi meletus, Jeonghan dan Joshua tersengih tak bersalah.

"YAH! KALAU NAK PILLOW FIGHT PUN JANGANLAH LIBATKAN AKU!"

Seungcheol mengambil bantalnya dan mengejar dua jejaka yang sudah melarikan diri.

"SHUA! LARIII!"

"WEH HAN! AMBIKLAH BANTAL KAU! BUAT PELINDUNG!"

"HONG JEONGHAN, HONG JISOO! AKU BELUM HABIS LAGI DENGAN KORANG!"

"AAA NOO! SHUA TOLONG AKU HAHAHAHHAHA! CHEOL STOP IT WHAHAHAHA!"

"MINTA DIJAUHKAN! WAIT CHEOL NANTI! JANGAN KEJAR AKU!"

Ruang bilik 95 liners itu dipenuhi jeritan dan gelak tawa, ceria menghiasi suasana.

Nasib baik soundproof ;)

Nasib baik soundproof ;)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sketsa Jihancheol. HAHAHA bab nie kita hepi hepi je dulu. Sebelum bab konfius datang hehehe.

Imposibble Secret ?S.VT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang