[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
"Kau gila apa? Kat rumah kita tu kan cukup-cukup empat bilik. Pastu, kau nak balas apa dekat Seungcheol? Dia kan cakap kalau nak housemate mesti ada supernatural," Jeonghan mengingatkan kembali kata-kata Seungcheol.
Joshua terdiam seketika. Dia pun tahu tentang tu. Tapi-
"Okay, macam ni. Kita bagitau Cheol tentang budak tu. Esok malam kita bawak Cheol dan Jun pergi sini. Sama-sama tanya dia kay," Jeonghan membuat keputusan.
Joshua berfikir seketika sebelum mengangguk.
"Okay."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Woi pompuan."
Gadis itu menoleh sebaik dipanggil oleh Jeonghan.
Melihat wajah nya, dia menjeling tajam sebelum menyambung perjalanan nya tanpa menghirau kan Jeonghan.
Jeonghan merengus seketika sebelum dia mengejar langkah gadis itu. Dapat menyaingi gadis itu, Jeonghan merentap tangan gadis itu membuatkan dia menoleh.
"Kau nak apa?" Gadis itu cuba meronta namun pegangan kuat Jeonghan tidak dapat dilawannya.
Gadis itu memandang wajah Seungcheol sebelum matanya menangkap figura Joshua dan Junhui yang menghampiri mereka.
Dia memandang Seungcheol kepelikan sebelum jejaka itu bersuara,
"Saya Seungcheol, yang sebelah nie duk merengus nie Jeonghan. Lagi dua kat belakang tu, Junhui dan Joshua," Seungcheol memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangannya.
Gadis itu diam seketika sebelum menyambut tangan Seungcheol.
"Fafa."
Mereka berdua bersalam seketika dan Fafa membuka mulut,
"Ye kenapa?" soal Fafa pelik.
"Awak kenal tak lelaki yang kat lorong gelap berdekatan dengan 7 Eleven?" soal Seungcheol terus tidak membuang masa.
Fafa sedikit terkejut apabila mendapat pertanyaan yang agak tiba-tiba di situ.