[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
"Semalam saya dengan Jeonghan nampak awak masuk lorong gelap kat situ. Jadi saya ekori sebab risaukan awak. Yela, awak kan perempuan. Dan saya nampak awak beri air susu strawberi yang awak rebutkan dengan Jeonghan dekat dia. Awak kenal dia ke?" panjang lebar Joshua menjelaskan.
Gadis itu ternganga mendengar penjelasan panjang lebar sebelum menyopan santunkan dirinya apabila terasa dirinya dirinya menjadi perhatian empat jejaka itu.
Dia mengangguk sebelum tersenyum lemah.
"Uh yeah? Bolehlah kenal macam tu. Saya selalu beri makanan dekat dia kalau lalu dekat lorong tu. Dia takde tempat tinggal sebab dia kata dia kena buang dari keluarganya. Saya kesiankan kat dia tapi saya tak boleh bawa dia balik. Housemates saya semua perempuan. Bila saya tawarkan dia sedikit wang untuk dia tinggal dekat hotel, dia tolak. Dia kata dia taknak menyusahkan saya. Tapi tula..."
Fafa menggaru belakang kepalanya apabila rasa bersalah menggunung. Dia nak sangat tolong jejaka itu.
"It's okay, Fa. Niat awak baik." Joshua tersenyum manis mengurangkan rasa bersalah Fafa.
"Anyway, sekarang dia ada tak kat tempat dia? Kami nak jumpa dia," pinta Seungcheol.
"Ada, jom ikut saya." Fafa tersenyum sekilas sebelum memalingkan badan dan berjalan.
Seungcheol dan Joshua pantas saja mengikuti gadis itu meninggalkan Jeonghan yang terkaku di tempatnya.
"Rasa bersalah ke rasa kagum? Dah hyung, nanti-nanti jela kalau nak minta maaf," Junhui menyentak Jeonghan dengan berdiri di sebelah jejaka itu sambil kedua tangannya diletak di belakang kepalanya.
Dia tersengih kepada Jeonghan dan berjalan pantas menyamai langkah Joshua dan Seungcheol.
Jeonghan tergamam dengan kata-kata Junhui sebelum keluhan terbit di bibir nya.
"Baik jugak pompuan tu," gumamnya perlahan lalu tersenyum nipis.
"Jeonghan! Cepatlah! Buat apa lagi terpacak kat situ!"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Soonyoungieee!"
Jejaka yang sedang duduk di atas kotak itu segera mengangkat kepala saat namanya dipanggil.
"Fafa!"
Dia bangun lalu memeluk gadis itu membuatkan kedua-dua mereka ketawa kecil.