[COMPLETE]
?King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021
?Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021
?Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021
.
Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen .
Kehadiran dia...
"Kau ada kuasa yang perlu kau sembunyi, betul kan?" sambil tersenyum, Junhui menyoal.
Semua memandang Junhui. Yela, lagi tadi dia senyap je. Tiba-tiba bila bersuara, tak dijangka pulak soalannya.
Soonyoung terdiam.
Dan itu membuatkan ketiga-tiga mereka pasti dengan jawapan Soonyoung. Ada keluhan lega terbit dari bibir Seungcheol.
"Sebenarnya Hoshi, memang kitorang cari housemates yang ada supernatural," terang Junhui ringkas membuatkan Soonyoung mengangkat kepala.
"Kami berempat termasuk Jeonghan, masing-masing ada kuasa tersendiri." Seungcheol memaparkan senyuman lebarnya.
"Jinjja?"
"Em. Dan ini lagi mudah. Kau terima jelah. Bahaya kalau kau ada ability tapi duduk sini," sekali lagi Joshua memujuknya.
"Betul tu. Lagipun aku nak member jugak. Dah diorang bertiga nie asyik berkepit je. Sunyi juga aku hekhek." Junhui melingkarkan tangannya di bahu Joshua membuatkan jejaka itu menjeling dia.
"Aku layan semua sama rata okay. Kau jangan nak membongak," balas Joshua sambil cuba meleraikan tangan Junhui di bahunya namun jejaka Chinese itu menguatkan lingkarannya.
Soonyoung tergelak melihat perbalahan kecil Junhui dan Joshua. Dia kemudiannya membalas,
"Hmm, yelah. Aku setuju."
Masing-masing menayangkan senyuman kelegaan. Akhirnyaa...
"Erm, aku ada terlepas apa-apa ke?"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"So, mind to introduce yourself again?"
Soonyoung mengangguk,
"Kwon Soonyoung. Boleh panggil Hoshi. 96 liner. Fire power and claws."
"Ah yeah. Ada pun geng 96 liners." Junhui tersenyum lebar.
"Laa, kau pun 96 ke?" Soonyoung bertanya jakun.
"Em. Aku paling muda dalam rumah nie sebelum kau masuk. Dan aku satu-satunya 96 liners. Sebab tu kadang-kadang aku sunyi. Yela, nak join diorang bercakap, macam tak baik pula menyampuk perbualan orang tua."
Ayat Junhui mendapa jelingan daripada ketiga-tiga 95 liners di situ.
Siapa yang dikatakan tua tu.
Junhui hanya memaparkan senyuman jengkelnya apabila mendapat agak pandangan diorang.
"Oh ye, aku Jun. Ability aku death glare. So, yeah tujela kot." Soonyoung mengangguk memahami.
Dan, ketiga-tiga 95 liners jugak memperkenalkan diri.
"So, kau tidur dalam bilik Joshua. Sekarang, bilik tu jadi kau punya. Pasal Joshua jangan risau, dia tidur dengan Jeonghan. Dan, baju dalam tu baju Joshua, kau pakai jela sementara kau takde baju. Hujung minggu nie kita pergi beli, okay?" Seungcheol menerangkan kepada Soonyoung membuatkan dia terharu.
Tanpa dijangka empat orang itu, Soonyoung tiba-tiba membongkok 90° darjah membuatkan mereka tergamam.
"Terima kasih sangat-sangat. Aku tak tahu nak balas apa yang korang beri dekat aku," perlahan Soonyoung berkata.
Sumpah, dia bersyukur sangat ditemukan dengan mereka. Lepas dia dihalau dari keluarganya, dia tidak punya sesiapa. Beberapa bulan dia kehulu hilir mencari makanan, manusia pertama yang beri dia makanan ialah Fafa. Setelah itu, setiap hari dia mendapat makanan. Dia ditawarkan tepat tinggal oleh Fafa, namun dia menolak. Terlalu banyak jasa Fafa untuk dia selamani. Sehinggalah hari ini, Fafa menemukan dia dengan mereka.
Tanpa sedar, air matanya mengalir deras.
Tanpa sedar, keempat-empat housemates nya menghampirinya.
Tanpa sedar, Jeonghan memeluk nya.
Tanpa sedar, Seungcheol mengelap air mata nya.
Tanpa sedar, Joshua menenangkan dia.
Tanpa sedar, Junhui menepuk belakangnya.
Dan, tanpa sedar...
Dia bahagia dengan dunia barunya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tak salah en masukkan watak sendiri hewhew. Dah alang2 pasal soonyoung haa amaghila fa jadi watak dalam nie. Ngueng~