抖阴社区

??????? ?? ?

104 9 0
                                    

HUJUNG bibir yang berdarah diseka perlahan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

HUJUNG bibir yang berdarah diseka perlahan. Putik kapas berantiseptik ditekan ke kulit yang pecah. Pedihnya mencengkam, membuatkan desisan kecil keluar tanpa sedar.

Di hadapan cermin, wajahnya terpantul jelas. Mata yang memerah, bibir yang robek, pipi yang sedikit bengkak. Namun yang paling jelas terlihat ialah lelah yang bertaut dengan kecewa. Campuran rasa yang menghimpit dada, mengikat jiwa dalam belenggu yang sukar dirungkaikan.

Jari-jemarinya mengepal erat, menggenggam amarah yang bergetar di hujung kesabaran. Namun, semakin erat digenggam, semakin ia berdenyut dalam dada. Dia benci rasa ini. Benci betapa lemah dirinya di saat dunia terus menyiat tanpa belas.

PANG! 

“One.”

PANG!

“Two.” 

PANG! 

Kejadian tadi berulang di layar minda, berputar seperti layar pita yang usang. Sakitnya tamparan masih berbekas, panas, mencengkam hingga ke hati.

Dia memejamkan mata, menarik nafas panjang, cuba meredam amarah yang membara.

Seketika itu, wajah seseorang cuba dibayangkan. 

PANG!

PANG!

Wajah Mia, gadis yang membulinya ditampar. 

Oh, best nya kalau betul-betul boleh buat begitu.

PANG!

Tampar!

PANG!

Tampar lagi!

HAHAHAHAHA!

Tapi...

Gerakan tangannya terhenti di udara. Nafas dihela. Malangnya dia tidak seberani itu. 

Dia mengeluh kecil.

Jika benar dia berani, tangannya takkan kaku ketika Mia mengasari. Jika benar dia kuat, dia takkan rela menjadi bidak dalam permainan Lara dan Dila. Namun hakikatnya? Keberaniannya hanya wujud dalam imaginasi. 

Realiti itu pahit. Imaginasi itu manis.
Dan dia? Hanya mampu menelan yang pahit sambil mengunyah yang manis dalam kepalanya sendiri.

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang