抖阴社区

??????? ??

21 1 0
                                    

"Tak lama lagi kamu dah nak habis degree

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Tak lama lagi kamu dah nak habis degree. Papa cadang, kamu tak payah lah sambung medic dekat Manchester. Duduk je dekat Malaysia, handle bisnes papa."

Kata-kata Tengku Hamzan itu membuatkan Harraz tersenyum senget, tangan naik menggaru kening. Sungguh dia sudah bosan. Terlalu bosan untuk menadah telinga mendengar bapanya membebel tentang hal yang sama. Bisnes, bisnes, bisnes. Itu sajahlah yang dia tahu.

"Aku dah agak dah. Pa, I've done my part here. Now, biar Haz tentukan hidup Haz sendiri. Tak perlu masuk campur. Hidup Haz, keputusan Haz."

Ashraf yang duduk di kerusi sebelah sudah menendang kaki sahabatnya perlahan, matanya membulat tajam. Jelas tidak senang melihat sikap lelaki itu yang dirasakannya sudah tidak ada sopan santun.

Ya, Ashraf ada disitu. Tadi dalam perjalanan pulang dari klinik, Tengku Hamzan membuat panggilan, meminta Harraz supaya datang ke ofis. Jadi mahu tidak mahu, dia terpaksa ikut menemani Harraz. Bimbang jika Harraz bertemu dengan Tengku Hamzan sendirian, dia akan kembali gila seperti dulu.

"Mulut tu jaga sikit. Hormat." Tegur Ashraf separuh berbisik.

Harraz cuma menjeling sekilas sebelum matanya beralih memandang ke arah selipar jenama Berluti di kaki. Malas mahu melihat wajah-wajah disitu. Semua menyakitkan mata, menyakitkan hati.

"Papa tahu dan papa tak nak ungkit. But you've been fiercely independent for far too long. Papa biarkan kamu hidup sendiri sejak lima belas tahun. Now, let me step in. Biar papa tolong buat pilihan untuk masa depan kamu. I know what's best for you."

"Masa depan dalam kendali Allah. Yang terbaik semua aturan Dia. Dan papa, takde hak untuk untuk buat pilihan dalam hidup Haz. I'm old enough to think and choose my own path."

"Ya, semua orang tahu tu. But biarkan papa yang buat keputusan ni. Duduk sini, handle bisnes papa. I know I might sound selfish, but I need you by my side. You've been away long enough. Let me have my son close, just this once. Stay next to me."

Seakan geli hati, Harraz tergelak kecil. Matanya masih tepat di kaki berstokin. "Stay next to you? Haz salah dengar ke? Bukan ke you will get married soon? Function Haz apa? Topping bumi? Ke... jadi kuli papa?"

Ashraf disebelah sudah menggaru telinga. Menyesal rasanya dia ikut masuk ke ruangan itu. Sesak lubang hidungnya untuk menyedut oksigen. Dua beranak ini sungguh keras kepala. Masing-masing tidak mahu mengalah.

---

"Topping bumi? Ey... Saya dah cukup bahagia untuk jadi topping bumi. Akak tak payah lah insecure dengan influencer semua tu. Tak meninggal pun kalau tak bercinta." Ucap Zara bersahaja sambil memasukkan bunga tulip ke dalam peti.

Erna yang sedang membelek aplikasi TikTok di meja pantry menghela nafas kecil. "Zara boleh lah cakap macam tu. Umur Zara baru dua puluh satu, umur akak ni dah dua puluh tujuh tahun. Kalau tak kawin tahun depan, memang kena cop golongan andartu lah jawabnya."

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang