抖阴社区

??????? ??

25 7 0
                                    

Pagi itu, suasana di resort mewah tepi pantai begitu nyaman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pagi itu, suasana di resort mewah tepi pantai begitu nyaman. Angin laut yang sejuk menyapa wajah Zara dan ibunya, Zaleha, yang baru sahaja bersiap untuk menikmati sarapan. Hari ini bukan hari biasa, hari ini ulang tahun kelahiran Zaleha, dan Zara mahu menjadikannya istimewa.

Mereka melangkah ke restoran resort, di mana satu meja sudah dihias indah dengan bunga segar dan hidangan istimewa yang disediakan oleh pihak resort. Di tengah meja, terdapat sebiji kek keju dengan hiasan buah beri di atasnya, tanpa lilin, seperti yang Zara mahukan.

"Ibu suka?" Zara bertanya dengan senyuman.

Zaleha terpaku sekejap sebelum tersenyum. "Ya Allah, Zara... kenapa buat semua ni?"

"Zara nak ibu rasa dihargai. Selamat hari lahir, ibu."

Mereka duduk, dan seorang pelayan resort datang menuangkan jus oren segar ke dalam gelas mereka. Makanan sudah tersedia, nasi lemak mewah dengan sambal udang, roti bakar bersama mentega dan jem, serta aneka buah-buahan tropika.

Zara menggenggam tangan ibunya. "Sebelum kita makan, Zara nak bacakan doa untuk ibu."

Zaleha tersenyum, matanya sedikit berkaca. Zara pun menadah tangan dan membaca doa dengan suara lembut, penuh kasih sayang.

"Ya Allah, panjangkanlah usia ibuku dalam kebaikan dan keberkatan. Berikanlah dia kesihatan yang baik, kelapangan rezeki, dan kebahagiaan yang berpanjangan. Jadikanlah aku anak yang mampu membahagiakan ibu, dan lindungilah dia di dunia dan akhirat."

Selesai doa, mereka mengaminkan bersama.

"Terima kasih, sayang," Zaleha berkata perlahan, menyentuh pipi Zara dengan penuh kasih.

Zara tersenyum. "Tapi Zara ada satu lagi hadiah."

Dia mengeluarkan sebuah kotak dari dalam beg tangannya dan meletakkannya di hadapan Zaleha. Ibunya membuka perlahan-lahan, lalu terkejut melihat senaskah Al-Quran Personalized Cover bertuliskan nama Zaleha.

"Ibu suka?" Zara bertanya.

Zaleha tersenyum sambil mengusap cover Al-Quran itu. "Alhamdulillah.. Ibu suka sangat.. tapi yang lagi ibu suka sebab ada Zara dekat sini. Itu hadiah terbaik untuk ibu."

Zara menahan sebak. Senyuman manis diukir. "Zara sayang ibu tau.."

"Ibu sayang Zara jugak.."

----

Harraz menolak pintu kaca gym dengan sebelah tangan, beg dibahu dibetulkan. Han sudah menunggu di dalam, sedang duduk di bangku sambil main telefon.

"Lambat," Han menyindir tanpa mengangkat kepala.

Harraz mengangkat kening. "Kau yang sampai awal sangat."

Han akhirnya pandang Harraz, senyum nipis. "Bukan awal sangat. Normal. Kau je suka jadi orang terakhir."

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang