??????????????: ???.?
?????? ?????? ?????? × ???? ?????? ?
Tengku Harraz Aldean punya segalanya; nama, warisan, dan masa depan yang telah dirancang. Tetapi jiwanya memilih jalan yang tidak direstui. Duni...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Zara menggenggam erat tali begnya, kaki melangkah laju meninggalkan kawasan kebun. First-aid kit berada dalam pelukannya. Nafasnya masih berombak, dada terasa berat dengan segala perasaan yang bercampur-baur, lega kerana akhirnya menjumpainya, tapi sakit dengan kata-kata Harraz tadi.
Langit semakin gelap.
Dia memandang sekeliling, cuba mengingat jalan yang dia lalui tadi. Sebelah kanan, ada pokok tumbang. Kiri, ada semak tinggi. Dia ikut jalan ni tadi.
Zara menarik nafas, cuba menenangkan dirinya. Dia yakin dengan ingatannya. Jalannya tadi lurus, melewati pokok besar dengan akar yang timbul, kemudian belok ke kanan di celah dua batu besar.
Dia melangkah dengan hati-hati, derapan kasutnya tenggelam dalam bunyi geseran dedaunan yang berguguran. Angin semakin sejuk, menusuk kulit. Langit yang tadi kebiruan kini sudah bertukar suram. Bayang-bayang pokok semakin panjang, mencipta corak hitam di tanah.
Dia terus berjalan, matanya melilau mencari tanda yang dikenalinya tadi. Pokok tumbang di kanan. Semak tinggi di kiri. Ya, ini jalannya.
Namun, selepas beberapa minit, sesuatu terasa pelik.
Langkahnya perlahan-lahan terhenti.
Dia menoleh ke belakang.
Jalan yang dia lalui tadi kelihatan sama seperti jalan di hadapannya sekarang.
Hatinya berdegup lebih kencang.
Dia menelan liur, cuba menenangkan diri. Mungkin dia silap perasan.
Dia memerhati sekeliling dengan lebih teliti.
Tapi semakin dia melihat, semakin hatinya berbisik, dia tak pernah nampak kawasan ini sebelum ini.
Zara cuba mengingat semula perjalanan tadi. Dia pasti dia lalu di kawasan ini. Tapi kenapa sekarang semuanya kelihatan asing?
Dia melangkah ke depan, lebih perlahan.
Namun, tak sampai beberapa saat, rasa pelik itu semakin kuat mencengkam.
Dia berpusing semula, cuba menjejaki semula jalannya tadi. Mungkin dia hanya perlu patah balik.
Tetapi..
Jejak kakinya sudah tiada.
Zara terkaku. Dedaun yang tadi bersepah telah berubah posisi, seolah-olah angin telah menghapuskan sebarang kesan laluan.
Jantungnya mula berdegup lebih laju.
Hutan di sekeliling tiba-tiba terasa lebih sunyi daripada biasa. Tiada bunyi unggas, tiada deruan angin.
Dia menggigit bibir, jari jemarinya semakin erat menggenggam tali beg.