??????????????: ???.?
?????? ?????? ?????? × ???? ?????? ?
Tengku Harraz Aldean punya segalanya; nama, warisan, dan masa depan yang telah dirancang. Tetapi jiwanya memilih jalan yang tidak direstui. Duni...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Auditorium Golden Castle dipenuhi pelajar yang hadir untuk mesyuarat mingguan. Cahaya lampu putih menerangi ruang, memberi suasana formal tetapi masih santai. Bunyi perbualan rendah memenuhi udara, beberapa pelajar duduk dalam kumpulan kecil berbual sementara menunggu mesyuarat bermula.
Zara berdiri di pintu masuk, jari-jarinya saling menggenggam erat. Setelah beberapa hari berehat kerana sakit, hari ini dia kembali. Bukan untuk bekerja, tetapi untuk minta maaf.
Dia menghala ke hadapan auditorium, mencari seseorang. Di meja pengurusan, Raihana sedang menyemak dokumen bersama Asyraf.
Zara menarik nafas dalam-dalam dan menghampiri mereka.
"Kak Raihana..."
Raihana mengangkat wajah, sedikit terkejut melihatnya. "Zara? Awak dah sihat?"
"Ya... maaf sebab baru datang hari ni," katanya perlahan. Dia menelan liur sebelum menyambung, "Saya cuma nak minta maaf pasal laporan kewangan tu."
Dahi Raihana berkerut. "Laporan kewangan?"
Zara mengangguk, terasa berat untuk meneruskan. "Sebab saya... dah hilangkan fail tu. Saya tak sempat hantar apa-apa waktu Naura tolong hantarkan USB tu."
Senyap.
Reaksi Raihana bukan seperti yang dia jangka. Wanita itu bukannya marah, tetapi kelihatan keliru.
"Hilang?" Raihana berpaling ke arah Asyraf sejenak sebelum kembali memandang Zara. "Zara, awak demam lagi ke?"
Zara berkedip. "Hah?"
Asyraf pula menyampuk, suaranya tenang. "Fail tu ada je. Lengkap. Saya dah semak semuanya pagi tadi."
Dunia terasa seakan terhenti buat sesaat.
Zara membeku.
Dia terdiam sebelum perlahan-lahan menoleh ke tingkat atas auditorium, Aras 5.
Di situ, Naura sedang memandangnya. Apabila mata mereka bertemu, gadis itu hanya tersenyum.
Senyuman yang membuatkan Zara merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku.
Tetapi bagaimana?
Nafasnya terasa berat. Kalau dia tak hantar fail itu, siapa yang...
Sebelum dia sempat bertanya lebih lanjut, mikrofon berbunyi, menandakan mesyuarat akan bermula.
Zara cepat-cepat turun dari podium, melangkah ke tempat duduknya. Dia mengambil tempat di sebelah Naura.
Tanpa berbisik, dia mencuit lengan Naura. "Macam mana fail tu boleh ada?"
Naura hanya tersenyum. "Kenapa? Kau tak nak ke fail tu ada ke?"