抖阴社区

??????? ??

28 7 0
                                    

Matahari pagi mula mencelah di antara bangunan yang usang, sinarnya samar tetapi cukup untuk menghalau sisa kesejukan malam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Matahari pagi mula mencelah di antara bangunan yang usang, sinarnya samar tetapi cukup untuk menghalau sisa kesejukan malam. Beberapa kumpulan sukarelawan sudah bersedia, ada yang menyandang beg galas, ada yang menyusun kotak bantuan. Suara perbualan berselang-seli dengan bunyi enjin pacuan empat roda yang sesekali dihidupkan.

Ashraf berdiri di tengah, memerhatikan mereka seketika sebelum meneliti helaian kertas di tangannya. Angin pagi meniup lembut, membawa bersama bau tanah kering dan debu yang masih bersisa. Dengan satu hela nafas, dia mengangkat wajah dan bersuara lantang.

"Baik, seperti yang semua dah tahu, kita akan berpecah ikut lokasi tugasan masing-masing. Ada yang di bahagian pembinaan, ada yang di bahagian pengagihan bantuan, dan ada juga yang ditugaskan untuk aktiviti bersama penduduk."

Beberapa peserta mengangguk, ada juga yang sempat berbisik sesama sendiri.

"Untuk memudahkan kerja dan mengelakkan gangguan, setiap kumpulan akan fokus di lokasi masing-masing sepanjang program ni. Jadi, mungkin ada antara kita yang takkan jumpa sampai hari terakhir nanti. Pastikan semua beri kerjasama dan ikut arahan ketua kumpulan," sambung Ashraf lagi.

Kali ini, reaksi peserta bercampur, ada yang teruja, ada juga yang jelas tidak menyangka mereka akan benar-benar terpisah.

"Okay, sekarang bergerak ke ahli kumpulan masing-masing."

Dahlia menoleh ke arah Zara di sebelah, wajahnya mencerminkan sedikit rasa kecewa.

"Jumpa nanti, okay?" ucapnya sambil tersenyum.

Naura di sebelahnya juga mengangkat tangan kecil, melambai. "Elok-elok tau."

Zara tersenyum tipis. "Korang pun."

Mereka bertiga pun akhirnya melangkah ke kumpulan yang telah ditetapkan.

Zara kini berdiri di antara ahli kumpulannya. Dia menjeling sekilas ke sekeliling. Tiga perempuan, tujuh lelaki, dan dia salah seorangnya.

Seorang peserta lelaki berjaket hitam menoleh ke arahnya dan tersenyum kecil. "Zara kan?"

Zara mengangguk perlahan, cuba menyesuaikan diri dengan kumpulan barunya.

"Saya Danial."

Sebaik sahaja semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing, suara Harraz yang tenang dan datar menyapu gegendang telinga mereka.

"Sebelum kita mula, aku nak ingatkan beberapa perkara." Dia berdiri tegak, tangannya di sisi, pandangannya menyapu wajah-wajah di hadapannya. "Kita semua ada tugas masing-masing, jadi aku harap semua boleh beri kerjasama. Jangan buat kerja ikut kepala sendiri. Kalau ada apa-apa masalah, rujuk ahli kumpulan atau aku terus."

Harraz memandang sekilas ke arah kumpulannya sebelum menyambung, suaranya lebih tegas. "Disebabkan lokasi kita jauh dari sini dan infrastruktur pun teruk, so kita bukan datang just untuk baiki, tapi kita akan tinggal sana sepanjang program. Jadi, tak perlu fikir nak ulang-alik, sebab memang tak ada optional," katanya, membuatkan beberapa peserta saling berpandangan.

"Aku harap semua bersedia. Jangan merungut, jangan banyak soal. Kalau rasa tak boleh buat kerja berat, better cakap sekarang sebelum menyesal nanti."

Zara mengetap bibir. Dia sudah menjangka ini bukan tugas ringan, tetapi mendengar mereka perlu tinggal di kawasan itu sepanjang program tetap membuatkan hatinya sedikit berdebar.

"Sebelum kita bergerak, pastikan semua bawa barang keperluan yang cukup. Aku tak nak ada yang baru sehari dua dah mula cari alasan," Harraz menyambung, matanya menyapu seluruh kumpulan.

Suasana seketika sunyi sebelum seorang peserta lelaki bersuara perlahan, "Tinggal terus, eh?"

Harraz hanya mengangguk. "Ya. Kita akan sampai tengah hari nanti, dan dari situ kita terus mula kerja."

Zara menoleh ke arah beberapa peserta lain. Nampaknya, dia bukan seorang sahaja yang terkejut.

---

Lapangan semakin riuh dengan pergerakan setiap kumpulan yang bersiap sedia untuk bertolak ke lokasi masing-masing. Raif berdiri di hadapan kumpulannya dengan fail di tangan, memastikan semua sudah jelas dengan tugasan mereka.

"Alright, our team will be handling Humanitarian Aid Distribution and the Community Engagement Program. Maksudnya, kita bukan sekadar datang untuk bagi bantuan and call it a day. We have to make sure everything is properly distributed to the right people, systematically and efficiently."

Dia menutup failnya perlahan sebelum menyambung.

"Besides that, we're also in charge of interaction with the locals. Bukan setakat datang, senyum, lepas tu balik. We'll be organizing ice-breaking games, knowledge-sharing sessions, and interactive discussions, basically, just making sure we create a positive impact. So, I need everyone to be proactive and cooperative. Got it?"

Beberapa ahli kumpulan mengangguk, ada juga yang sekadar mendengar dengan serius.

Raif memandang sekeliling. "Kita akan bergerak ikut zon yang dah ditetapkan. Semua kena ambil peranan masing-masing. Tak ada yang boleh goyang kaki."

Dia berhenti seketika. "Ada apa-apa soalan?"

Tiada yang bersuara. Hanya bunyi angin dan bisikan pelan antara ahli kumpulan.

"Okay. Siap sedia, kita bertolak dalam lima belas minit."

Sejurus selepas pengumuman, Mia masih berdiri di tempatnya, tenang seperti biasa. Lara di sebelah sudah mula mengibas tangan ke muka, merungut kecil.

Raif berpaling ke arah Mia. "Mia okay?"

Mia sekadar mengangguk, ekspresinya seperti biasa, tenang dan sukar dibaca.

Raif meneliti wajahnya seketika sebelum menyambung, "Mia tahu kan nanti Mia dengan abang kena bergerak, buat pengumuman dari rumah ke rumah untuk distribution barang?"

Sekali lagi, Mia hanya mengangguk. "Tahu."

Raif menarik nafas, cuba menilai reaksinya. "Untuk program santai dengan penduduk, Mia nak handle sendiri atau delegate dekat orang lain?"

Dahi Mia berkerut sedikit. Seolah-olah menangkap sesuatu di sebalik pertanyaan itu. Ragu-ragu? Ketidakpercayaan? Apa, dia ingat seorang Mia tak mampu berinteraksi dengan orang ke?

"Mia boleh uruskan." Nadanya tetap datar.

Raif mengangguk, tapi ragu-ragu itu masih ada di wajahnya. "Betul ni? Mia bukan ke-" dia memilih kata dengan berhati-hati, "-tak minat sangat benda-benda macam ni?"

Mia membalas tanpa riak. "Mia buat kerja bukan sebab suka atau tak suka."

Lara di sebelah sudah menjulingkan mata. "Kau ni, memang tak berperasaan kan?"

Mia tidak memberi reaksi. Baginya, tiada keperluan untuk menjawab benda yang dia rasa tak relevan.

Raif tersenyum nipis. Dia sudah biasa dengan sikap Mia yang langsung tak memberi ruang untuk sesi sembang santai. Tapi sesuatu dalam dirinya tahu, walaupun Mia nampak dingin, dia sebenarnya bukan tak peduli. Dia cuma tak tunjuk.

"Okay, kalau ada apa-apa masalah nanti, inform abang."

Mia mengangguk sekali lagi sebelum berpaling, menunggu giliran mengambil barang di perut bas tanpa berkata apa-apa.

Lara mendengus kecil. "Mia ni betul-betul macam robot."

Raif hanya tersenyum. Betul lah tu.

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang