抖阴社区

??????? ??

38 8 0
                                    

Zara membetulkan tote beg di bahunya, matanya melirik ke arah pintu dewan auditorium yang terbuka luas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Zara membetulkan tote beg di bahunya, matanya melirik ke arah pintu dewan auditorium yang terbuka luas. Deretan ahli sudah mula mengambil tempat di dalam, suasana dipenuhi dengan perbualan dan gelak ketawa yang sesekali bergema.

Dia menarik nafas, cuba menenangkan debaran halus di dadanya. Ini kedua kali dia menghadiri mesyuarat Istana Kasih. Mesyuarat yang ada Harraz di dalamnya.

"Bismillahirrahmanirrahim.. semoga dia faham situasi aku."

Baru saja dia mahu membuka langkah, ada suara menghentikannya.

"Zara, wait."

Zara terhenti, sedikit terkejut mendengar suara itu dari belakang. Dia berpaling perlahan.

Mia.

Mia berdiri di hadapannya, santai seperti biasa, tangan memegang dua Iced Americano, ekspresi sukar dibaca.

Zara menelan liur. "Ya?" suaranya lembut, sedikit ragu.

Mia menarik nafas perlahan sebelum mengangkat bahu kecil. "I figured I should apologise." Suaranya ringan, tidak langsung terdengar bersungguh. "I was being too much the other day."

Zara terdiam. Matanya meneliti wajah Mia, cuba mencari kebenaran di situ.

Mia... minta maaf?

Dunia dah terbalik ke?

"Serius... ke ni?" Zara menyoal, suaranya masih perlahan.

Mia tersenyum kecil, seolah-olah terhibur dengan reaksi itu. "You don't believe me?"

Zara menunduk sedikit. "Bukan tak percaya... Cuma... pelik."

Mia mengeluarkan segelas Iced Americano, menghulurkan kepadanya. "I got an extra. Thought you might like it."

Zara memandang cawan itu. Hatinya berbelah bahagi.

Kenapa tiba-tiba baik?

Kenapa tiba-tiba nak belanja air?

Tapi... semua orang boleh berubah, kan? Mungkin Mia memang jenis yang tak begitu ekspresif.

"You don't have to take it. But it would be a shame to waste good coffee."

Zara menggigit bibir. Mungkin Mia betul-betul nak berbaik. Di tempat terbuka macam ni, tak mungkin dia nak buat sesuatu yang tak elok, kan?

Perlahan-lahan dia menyambut cawan itu. "Terima kasih..."

Mia mengangguk kecil. "Let's go." Mereka pun mula melangkah ke dalam auditorium.

Zara menarik nafas dalam. Ya, mungkin dia yang terlalu berfikir.

Mia nampak ikhlas.

----

Zara duduk bersama Naura dan Dahlia di aras tujuh, di barisan tempat duduk yang sedikit tinggi dalam dewan. Matanya meleret ke bawah, memerhatikan suasana sebelum mesyuarat bermula.

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang