??????????????: ???.?
?????? ?????? ?????? × ???? ?????? ?
Tengku Harraz Aldean punya segalanya; nama, warisan, dan masa depan yang telah dirancang. Tetapi jiwanya memilih jalan yang tidak direstui. Duni...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bunyi ketukan kedengaran di pintu kayu yang tertutup rapat.
Tok tok tok.
"Harraz.." Ashraf panggil perlahan. "Bro, kau okay ke dalam tu?"
Tiada jawapan.
Ashraf letak telinga ke daun pintu, cuba dengar kalau ada sebarang bunyi dari dalam bilik. Tapi sunyi. Cuma bunyi angin dari luar tingkap yang menderu perlahan. Sejak pulang berhujan semalam, lelaki itu langsung tidak keluar dari bilik. Entah apa masalah lelaki itu, tapi yang pasti dia cuma berdiam tanpa sepatah kata.
"Harraz... buka la pintu. At least bagi la tahu kau hidup ke tak kat dalam tu."
Masih tiada sahutan.
Ashraf mengeluh perlahan, kemudian berpaling ke arah Han yang sedang bersandar di dinding berhampiran, tangan berpeluk, wajah kosong tanpa reaksi.
"Kau rasa dia hidup lagi tak? Ke dah mati?" Soal Ashraf main lepas.
Han cuma angkat bahu.
"Aku risau lah. Dari semalam tak keluar bilik. Kalau betul-betul dah kiok macam mana?" Teka Ashraf, cuba memancing reaksi Han.
"Hmm." Hanya itu saja respon Han. Ringkas.
"Kau pun sejuk semacam. Orang tanya soalan 'hm' , 'hm'. Korang gaduh ke apa semalam?"
Han pandang Ashraf sejenak. Matanya nampak kosong. Dia hanya menggeleng, malas nak menjawab lebih.
Ashraf telan liur. "Kau tahu tak sejak sehari dua ni aku rasa macam tak dihargai? Aku masak makanan favorite korang, langsung tak makan. Aku ajak main PS2, langsung tak layan. Bila aku ajak pergi gym, suruh aku pergi sendiri. Yang sorang senyap dalam gua, yang sorang lagi bercakap macam Google Translate tak siap download."
Han alih pandangan. Malas nak menjawab.
Ashraf hela nafas perlahan. Dia kembali hadap pintu bilik Harraz. Kali ni ketukannya perlahan, penuh harapan.
"Kalau kau dengar, at least jawab lah Haz. Aku risau ni..."
Masih sunyi. Cuma bunyi kipas siling dari ruang tamu yang kedengaran.