抖阴社区

??????? ??

32 7 0
                                    

Hujan turun renyai-renyai, membasahi tanah di sekitar Golden Castle

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Hujan turun renyai-renyai, membasahi tanah di sekitar Golden Castle. Di sebuah bangunan kelab polo yang terletak bersebelahan dengan tasik Ruby, Harraz duduk di tangga marmar yang sedikit basah, membiarkan angin sejuk menusuk kulitnya. Bangunan itu bukanlah besar, tapi eksklusif, hanya mereka dari golongan atasan yang memiliki akses ke sini.

Matanya kosong, fikiran berselirat.

Satu lagi perbualan dengan bapanya berakhir dengan perbalahan.

"You should start thinking about the company. Don't waste what I've built."

Itu ayat yang sama, berulang kali, tanpa sedikit pun ruang untuk dia bersuara. Harraz tahu tanggungjawab yang menanti, tetapi kenapa dia perlu hidup dengan jalan yang bukan miliknya?

Tangannya menggenggam kunci kereta. Dia boleh saja pergi dari sini, tapi buat masa ini, dia hanya mahu duduk dan membiarkan hujan menemani kekosongannya.

Di seberang jalan, bayang-bayang manusia bergerak laju di bawah cahaya lampu jalan. Sekumpulan orang, langkah mereka tergesa-gesa. Harraz tidak memberi perhatian, mungkin hanya pelajar yang ingin segera pulang.

Namun, selepas mereka pergi, matanya menangkap sesuatu yang tidak kena.

Di tepi pondok, tidak jauh dari tasik, sebuah laptop terbiar di atas tanah yang basah. Air hujan mengalir di permukaannya, mencerminkan cahaya lampu jalan.

Harraz mengerutkan dahi.

Siapa yang tinggalkan benda macam tu dalam hujan?

---

Zara meraba-raba pandangannya yang kabur. Hujan terlalu deras, membutakan matanya yang sudah sarat dengan air mata. Nafasnya tersekat-sekat, dada terasa sempit, tetapi kakinya terus melangkah, meskipun tanpa arah yang jelas.

Tanah di bawah kakinya semakin sejuk, mencengkam hingga ke tulang. Kaki yang sudah tiada perlindungan itu terasa pedih setiap kali terpijak batu kecil yang tajam. Namun, dia tidak berhenti. Dia tidak boleh berhenti.

Kenapa semua ini tidak pernah berakhir?

Kenapa setiap kali dia cuba bangkit, ada saja tangan yang menolak dia jatuh lebih dalam?

Zara menggigit bibirnya kuat, cuba menahan raungan yang ingin pecah. Seluruh tubuhnya menggigil, bukan hanya kerana kesejukan, tetapi kerana luka yang semakin parah di dalam dirinya.

Dia melangkah ke tepi jalan, cuba melihat ke sekitar tasik. Mata mencari, tangan mengusap wajah yang basah, tetapi semuanya kelihatan sama, suram, kabur, dan samar.

Tidak ada sesiapa di situ.

Tidak ada sesiapa yang peduli.

Perlahan-lahan, lututnya melemah. Nafasnya pendek-pendek. Dunia terasa berat di bahunya.

Dia tidak mahu menangis lagi.

Tetapi kenapa air mata ini tidak pernah mahu berhenti?

Dalam hening hujan yang menenggelamkan suara, Zara berdiri di situ. Kaku. Lemah. Tewas.

Namun, di sebalik tirai hujan, sesuatu menarik perhatiannya.

Sebuah objek di atas tanah, tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Jantungnya berdetak kencang.

Laptop.

Dengan sisa tenaga yang ada, dia melangkah mendekatinya. Tangannya terketar-ketar menggapai peranti itu, namun sebaik jari menyentuh permukaannya-

Retak. Skrinnya retak teruk. Air hujan sudah meresap ke dalamnya.

Zara menahan nafas.

Jarinya menggenggam permukaan itu erat, seakan cuba menafikan hakikat yang terpampang di depan matanya. Dada terasa sesak, terlalu sesak, seolah-olah semua udara di dunia ini tidak cukup untuknya.

Dan akhirnya, tubuhnya tidak mampu bertahan lagi.

Dia jatuh terduduk di situ, hujan terus mencurah, menyapu sisa maruah yang masih berbaki.

Satu hela nafas pendek. Kemudian satu lagi.

Dan akhirnya-

Esakannya pecah.

Semakin lama semakin teresak.

"Kenapa..?"

Dia merintih, memukul tanah dengan kedua-dua tangan, seolah-olah itu dapat mengembalikan apa yang sudah musnah. Suara tangisnya tenggelam dalam bunyi hujan yang tidak henti-henti menghukum bumi, tetapi rasa sakit itu nyata, menikam tepat ke dalam jiwanya.

Kenapa?

Kenapa hidupnya begini?

Kenapa dia perlu menanggung semua ini seorang diri?

Bahkan kenapa hujan juga seakan-akan menyembunyikan suara rintihannya?

Bahu Zara terangkat-angkat, seluruh tubuhnya menggigil, bukan kerana kesejukan, tetapi kerana kesedihan yang terlalu berat untuk ditanggung. Matanya kabur, tekaknya perit, tetapi dia tidak dapat berhenti.


Dari bangunan seberang jalan, Harraz memerhatikan semuanya.

Harraz berdiri tegak di hadapan dinding kaca, kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Pandangannya tajam meneliti gerak-geri gadis itu di bawah langit kelam. Hujan lebat mencipta lapisan kabus tipis di permukaan kaca, tetapi matanya tetap terkunci pada sosok Zara yang tersungkur.

Nafas kecil dihela.

Jari-jarinya menggenggam erat di dalam poket tanpa sedar, saat melihat bagaimana tubuh gadis itu menggigil, bagaimana dia memeluk sesuatu yang sudah rosak dalam dakapan, seolah-olah itu satu-satunya perkara berharga yang masih dia ada.

Dia tidak dapat mendengar tangisan Zara dengan jelas, tetapi dia tahu. Dia tahu bagaimana rupa seseorang yang sedang hancur.

Dan itu-

Itu adalah kehancuran yang nyata.

Harraz menelan liur. Ada sesuatu dalam dadanya yang terasa janggal. Tidak selesa.

Dia sepatutnya berpaling. Ini bukan urusannya. Lagipun, siapa dia untuk peduli?

Namun, kakinya tetap terpaku di situ. Matanya tetap terikat pada bayang gadis itu.

Dia melihat Zara menggenggam bajunya sendiri, tubuhnya menggeletar hebat dalam hujan yang tidak menunjukkan tanda mahu berhenti. Tangannya naik ke kepala, memegang selendang yang sudah basah.

Harraz menghela nafas perlahan.

Ada sesuatu tentang tangisan itu yang mengetuk sesuatu dalam dirinya.

Dan dia tidak pasti... apakah itu.

Unwritten Notes Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang