??????????????: ???.?
?????? ?????? ?????? × ???? ?????? ?
Tengku Harraz Aldean punya segalanya; nama, warisan, dan masa depan yang telah dirancang. Tetapi jiwanya memilih jalan yang tidak direstui. Duni...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Zara melangkah masuk ke dalam Lumière Ice Pavilion, pusat luncur ais eksklusif yang terkenal dengan rekabentuk elegan dan suasana mewahnya. Langit-langitnya tinggi dengan lampu kristal yang berkilauan, manakala ais di tengah gelanggang berkilat reflektif, seakan permukaan kaca halus. Dari atas, butiran ais halus turun perlahan-lahan seperti salji yang sengaja dibiarkan jatuh untuk menambah suasana magik di dalam ruang ini.
Zara menyesuaikan tali kasut luncurnya, menghirup udara sejuk yang bercampur dengan aroma halus vanila dari kafe kecil di sudut pavilion. Hari ini bukan hari biasa.
Julia pernah ajak dia ke sini. Dan tiket ini... Julia yang belikan.
Dia mengenggam tiket itu seketika, sebelum menyimpannya kembali dalam beg kecil di sisi. Mari kita tunaikan permintaan arwah Julia.
Nafas ditarik dalam. Fuh!
Langkah pertama menapak ke dalam ruang luncur, matanya melilau memerhati. Tempat ini luas dan hampir kosong, hanya empat orang sedang bermain di atas ais. Dua remaja berpakaian serba hitam, seorang lelaki dewasa, dan seorang budak kecil berbaju putih kebiruan.
Hanya mereka berempat dan dia di dalam gelanggang sebesar ini?
"Hebat.."
Zara berdiri di tepi gelanggang, jemarinya menggenggam pemegang besi yang sejuk. Dari jauh, dia melihat dua remaja lelaki meluncur dengan lincah, mudah sahaja mereka berputar dan melompat di atas ais. Budak kecil yang tadi dia nampak pun lebih mahir daripadanya.
Takkan nak duduk tepi je?
Dia menarik nafas. "Okey, slow je dulu."
Zara menolak perlahan kaki kanannya, dan kasut luncurnya mula meluncur ke depan.
Oh, boleh lah ni. Tak susah sangat pun!
Dia cuba meluncur lagi, kali ini lebih yakin. Sedikit demi sedikit, dia bergerak lebih jauh dari tepi gelanggang.
Nice!
"Julia mesti bangga kalau dia nampak aku sekarang."
Senyumannya baru sahaja melebar tetapi-
BAM!
Satu tubuh kecil terlanggar Zara dari tepi dengan laju. Zara hilang keseimbangan dan terbaring di atas ais bersama seorang budak perempuan berbaju putih kebiruan.
"Aduh..."
Budak itu tergolek di atas Zara, tangan kecilnya menekan bahu Zara dengan panik.
"Alamak! Maaf maaf Risha tak sengaja. Aunty okay?"
Zara terkebil-kebil. Budak itu mengangkat wajah, mata bulat bersinar, pipinya merah kemerahan. Comel.
"Err, aunty?"
"Ya, aunty okay. Adik okay?"
Budak kecil itu mengangguk, kemudian berdiri dengan semudah itu.
Zara masih terbaring. Ha sudah, macam mana nak bangun ni?