抖阴社区

? 60 ?

608 35 1
                                    

"Jung Yein akan dipenjarakan seumur hidup."

Aku tersenyum lebar. Ayat dimahkamah tadi masih tergiang-giang didalam kepalaku. Aku memejamkan mataku apabila angin pantai meniup tubuh. Bunyi ombak juga kedengaran.

Tenang.

"Somi-ya!"

Aku berpaling kebelakang memandang restoran ditepi pantai ini. Kelihatan Jungkook bersama Wonwoo sedang membawa makanan. Jungkook melambaikan tangannya.

"Mari makan!"

Laung Wonwoo lalu mendekati meja kami dimana orangtua Jungkook dan omma aku berada. Aku berlari mendekati Jungkook yang masih berada ditempatnya.

"Jangan berlari lah, sayang." Kata Jungkook lalu menyambut tanganku setelah aku sampai dihadapannya. Tanganku digenggam dan kami menapak bersama kearah meja makan kami.

••••

"Apa ni, hyung?! Main lari-lari pula!" Kata Jungkook lalu mencebikkan mulutnya. Wonwoo yang sudah sampai di meja makan ketawa suka.

"Kamu ni Wonu... Mentang-mentang adik kamu tak boleh berlari mana lagi, kamu asyik usik dia." Kata Tuan Jeon sambil meletakkan cermin matanya.

Aku tersenyum melihat Jungkook sedang berjalan mendekati meja makan dengan wajah masam. Kakinya juga semakin pulih. Tetapi masih tak boleh lasak lagi.

"Apa bising-bising ni?" Soal Puan Jeon baru sahaja keluar dari dapur dengan semangkuk besar puding buah yang aku buat.

"Hyung ni asyik usik Kookie." Kata Jungkook dengan wajah masamnya.

Puan Jeon menatap tajam kearah anak sulungnya. Wonwoo hanya tersenyum suka sahaja memandang ibunya.

"Dahlah.. Jom makan. Somi, panggil omma kamu makan sekali." Kata Tuan Jeon.

"Baik, appa."

•••••

Aku duduk termenung di balkoni. Tanganku tak lepas memegang baju Haneul yang menjadi temanku. Itu lah aku peluk, itu lah aku cium bau milik Haneul.

Tanpa aku sedar, 2 orang wanita sedang memerhatikan ku dari belakang.

Omma dan mama.

"Somi seorang yang kuat." Kata Puan Jeon sambil memegang bahu besannya. Omma ku hanya mampu mengangguk sahaja.

"Ada apa ni?"

Kedua wanita itu menoleh memandang Jungkook.

"Somi." Balas Puan Jeon lalu menatap keluar balkoni kembali dan membuatkan Jungkook turut melihat kesana juga.

Jungkook menghela nafas lalu menapak mendekatiku. Tubuhku dari belakang dipeluk dan dagunya diletakkan diatas bahuku. Aku tidak kejut. Wajahnya aku pandang. Satu ciuman hingap dipipinya dan membuatkan kami berdua tersenyum.

"Jom kita turun, puan." Kata omma selepas melihat kami berdua tersenyum mesra. Puan Jeon hanya angguk dan mengikuti langkah omma ku.

"Hi."

"Hi." Balas Jungkook. Tangannya yang tadi memegang pinggangku kini sudah beralih memegang kedua belah tanganku yang sedang memegang baju Haneul.

"Dah 3 bulan berlalu.. I miss her too." Kata Jungkook sambil memandang kebawah, memandang baju Haneul.

Aku tersenyum. Aku merasakan tangan Jungkook beralih lagi memegang perutku.

"Sini.. Tempat Haneul berada selama 9 bulan 1 hari, betul tak?"

Aku terkejut lalu memandang Jungkook.

"Awak ingat, Jungkook?"

Jungkook tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.

"Semua tentang awak yang sedang mengandungkan Haneul, saya ingat." Balas Jungkook dengan kenyitan matanya.

Aku cair, terharu, terkejut. Seorang yang dingin sebelum ini memang ambil berat tentangku.

"Maaf tentang sebelum ni. Saya janji akan jaga awak betul-betul lepasni."

Aku tersenyum.

"Gwenchana. Saya dah lupa semua tu. Saya syukur awak masih mahu berada disamping saya." Balas ku. Tangan sebelah ku naik dan mengusap pipinya. Aku tersentak apabila leher dicium sekilas.

"Eo?" Jungkook melepaskan pelukan lalu berdiri menghadapku. Leherku disentuh, dahiku juga disentuh.

"Awak demam ke, Jeon Somi? Ni mesti duduk kat luar lama sangat kan?"

Aku mengerut dahi. Betul ke aku demam?

"Dah. Jom masuk dan rehat."

Aku akur. Tanganku ditarik dan aku mengikuti langkah Jungkook ke bilik tidur kami.

Selimut diselak. Tubuhku ditolak perlahan hingga baring. Selimut ditarik kembali dan menyelimuti tubuhku. Aku hanya diam memandang Jungkook yang kini sudah baring disebelahku.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang