3 am
Aku tersedar dari tidur aku. Perut aku terasa lapar sangat padahal sebelum tidur aku dah makan. Aku bangkit dari pembaringan dengan payah. Mata aku kemudian tertumpu kearah sofa, Jungkook sedang memandang aku sebelum dia menyambung kerjanya. Lelaki itu masih belum tidur.
"Kau kenapa?" Soal Jungkook. Laju jarinya menaip papan kekunci di komputer ribanya.
"Tak ada apa. Lapar je." Jawab aku sambil menurunkan kakiku keatas lantai.
Jungkook masih dengan kertas kerjanya.
"Awak nak air?" Soal ku selepas turun dari katil. Aku memandang Jungkook. Dia menunjukkan 3 tin air gas diatas mejanya. Aku angguk kecil dan mula menapak kearah pintu.
Sampai sahaja didapur, aku terus mencapai gelas dirak atas. Tak sampai. Sejak aku mengandung, aku susah nak capai gelas diatas.
"Somi? Kamu buat apa ni?"
Aku menoleh. Omma datang mendekati aku dengan wajah risau. Aku hanya tersenyum melihatnya. Omma mesti pelik kenapa aku boleh berada dekat sini masa jam-jam macam ni.
"Omma tak tidur lagi?"
"Omma terjaga nak minum air. Kamu kenapa ni?" Soal Omma sambil memegang kedua belah lengan aku.
"Somi lapar. Rasa nak minum coklat panas." Kataku lalu cuba mencapai gelas tadi.
"Dah-dah. Hati-hati. Kamu tu mengandung. Jangan buat macam ni. Biar omma bancuh susu untuk kamu, okay?"
Aku hanya angguk kecil. Susu pun bolehlah. Aku terus melabuhkan punggung aku dikerusi. Lenguh pinggang aku berdiri lama.
"Minum ni." Kata Omma sambil memberikan aku segelas susu. Dia duduk disebelah aku sambil melihat aku. Aku segan apabila omma tak lepas memandang aku.
"Omma tidurlah. Somi basuh gelas ni nanti. Omma mesti penatkan?" Kataku sambil tersenyum nipis. Mataku mula berair melihat omma tersenyum lebar kepadaku. "Somi tak dapat tolong omma buat kerja dalam keadaan macam ni." Air mataku mula menitis.
"Tak apa, sayang. Omma dah biasa. Terimalah takdir kita macam ni. Ya, sayang?" Kata omma sambil memeluk tubuh aku. Aku hanya angguk laju.
Tanpa aku dan omma sedari, Jungkook yang sudah lama berdiri disebalik dinding memerhatikan kami berdua.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...
![[C] I'm Sorry ? Jeon Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/168828959-64-k133699.jpg)