抖阴社区

? 56 ?

1K 62 2
                                    

Aku berlari kearah bilik yang ditempatkan Haneul. Pintu ditolak dan membuatkan Jungkook dan Wonwoo yang berada di dalam bilik ini memandang kearahku. Mataku kemudian beralih kearah si kecil Haneul yang masih terbaring. Yang membuatkan aku hendak menangis apabila melihat mata si kecil itu sudah terbuka. Laju aku mendekati katil.

"Sayang.." Aku menyentuh wajahnya lalu mencium wajah itu beberapa kali. Melihatnya tidak bergerak memberi riaksi, hati aku berdebar. Aku terus menoleh memandang Jungkook dan Wonwoo. Seakan tahu maksud tatapanku, Wonwoo bersuara.

"Haneul tak boleh bergerak, Somi. Doktor kata dia cacat seluruh tubuh. Dia tak boleh bergerak."

Mendengar apa yang disampaikan oleh Wonwoo, tangisan aku mula pecah. Jungkook sedaya upaya berjalan kearahku untuk menenangkanku. Aku terus memeluk tubuh Jungkook.

Perit, pedih, sakit, sedih, semua ada.

Ibu mana yang sanggup melihat keadaan anaknya begitu? Dilahirkan sempurna, akhirnya dikianati hingga begini.

••••

Aku menatap kosong makanan dihadapanku. Tanganku bermain dengan sudu. Aku tiada selera nak makan.

Jungkook yang berada dihadapanku berhenti menikmati makan malamnya. Dia kemudian mengenggam sebelah tanganku dengan kedua belah tangannya. Aku memandang wajah risau suamiku.

"Somi, awak kena makan. Jangan macam ni." Pujuk Jungkook dengan nada lembut. Mata kami saling menatap.

"Saya tak ada selera." Balasku lalu mengeluh. Jungkook bangkit berdiri lalu melabuh punggungnya dikerusi disebelahku. Bahu aku dipeluk dari sisi.

"Awak jangan macam ni. Awak nak jaga Haneul tak?"

Aku angguk laju.

"Jadi awak kena makan. Jangan jatuh sakit. Saya akan jaga Haneul bersama awak, sayang." Dahiku dicium sekejap. Sudu ditanganku diambil dan Jungkook mula menyuap aku makan. Aku tidak menolak dan diam mengunyah makanan di dalam mulutku. Sesekali senyuman terukir dibibir Jungkook membuatkan aku berasa lega sedikit.

••••

3am

Aku terjaga dari lenaku. Aku tertidur dibirai katil Haneul. Mata aku kemudian beralih memandang sofa dimana Jungkook berada. Lelaki itu tidur dalam keadaan duduk. Sesekali kepalanya terlentok-lentok. Nak dekat seminggu kami sekeluarga tinggal dihospital ini. Kesihan melihat Jungkook, aku bangkit berdiri dan menghampirinya.

"Jungkook-ssi.." Bahunya aku goncang perlahan. Mata Jungkook mula terbuka sedikit. Dia memandang aku.

"Masuk bilik awak. Tak selesa tidur kat sini." Kataku sambil merapikan rambutnya. Jungkook geleng laju.

"Sireo. Saya nak duduk sini teman awak dan Haneul." Katanya dengan mulut sedikit muncung. Aku tersenyum kecil. Kedua belah pipinya aku sentuh dan usap.

"Gwenchanha.. Kami okay. Awak kena balik ke bilik. Nanti doktor cari."

Jungkook mengemamkan bibirnya kemudian kepalanya diangguk perlahan. Aku tersenyum melihatnya lalu mencium dahi lelaki itu sekilas.

"Jom saya teman."

•••••

"Kamu kena makan tau, Somi. Jangan skip makan. Omma tak suka." Kata omma sambil mengeluarkan bekas makan dari beg kertas. Aku angguk perlahan.

"Jungkook dah makan? Kamu dah jenguk dia?"

"Saya dah suap dia makan tadi. Sekarang doktor nak cek dia. Mungkin dia dah boleh balik. Cuma kaki dia belum sembuh sepenuhnya."

Omma angguk faham. Dia kemudian bangkit dari sofa dan menapak menghampiri katil Haneul.

"Cepat sembuh tau. Halmeoni rindu nak main dengan kamu." Kata omma sambil mengusap rambut Haneul dengan lembut. Si kecil itu sudah tidur selepas diberi susu tadi. Aku menundukkan kepalanya. Mengenangkan anakku yang tidak boleh bergerak aktif seperti dahulu, aku sedih. Lagi sedih apabila dia minum susu menggunakan tiub setiap hari.

••••

Aku menghias bunga-bunga segar yang diberi oleh mama Jeon dan Wonwoo tadi. Pasu bunga aku letakkan diatas meja disebelah katil Haneul. Aku tersenyum kecil. Terasa lega sedikit dadaku apabila mendengar Jungkook sudah boleh pulang cuma kaki kirinya masih belum sembuh sepenuhnya. Aku harap ada berita gembira juga dari Haneul.

Tik.. tik.. tik.. tik...

Mataku laju memandang Haneul. Kelihatan mulut si kecil itu memuntahkan darah dengan banyak. Tubuhnya menggigil. Pasu bunga yang berada diatas meja tadi jatuh keatas lantai dan berkecai.

"H-haneul?!! Doktor!!!"

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang