抖阴社区

? 36 ?

1.4K 74 0
                                    

Jungkook menutup pintu utama sambil menanggalkan kasutmya. Dia memandang sekeliling ruang tamu yang kosong itu. Tiada kelibat Haneul ataupun Somi. Suara pun tidak kedengaran.

Dia menapak masuk ke dalam ruang tamu. Beg bimbitnya diletakkan keatas sofa sambil matanya melilau memandang sekeliling. Kakinya menapak kearah dapur.

Kosong.

Kaki Jungkook laju menapak kearah tangga. Setibanya ditingkat atas. Dia memandang sekeliling.

Kosong.

Matanya kemudian memandang kearah pintu bilik Somi yang terbuka sedikit. Kakinya perlahan menapak kearah bilik isterinya. Dia menolak sedikit pintu bilik itu.

Kelihatan Somi yang tidur diatas katil sambil memeluk tubuh kecil Haneul. Matanya tak lepas memandang wajah wanita itu. Makin cantik dan comel selepas wanita itu melahirkan anak perempuan mereka. Dia sedar yang sudah mula menyayangi wanita itu. Tetapi dia masih ego tak mahu melayan isterinya dengan baik. Dia masih bersikap dingin dengan wanita itu. Termasuk Haneul.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang