抖阴社区

? 08 ?

1.3K 79 0
                                        

"Bye, omma! Bye, Aunty! Bye, Uncle! Bye, Wonu oppa!" Laungku lalu berlari kearah pintu pagar.

"Somi, sekejap!"

Kaki aku terhenti berlari apabila Puan Jeon menahanku. Aku memusingkan tubuhku memandang keluarga Jeon dan omma yang sedang minum pagi di taman.

"Biar Jungkook hantarkan kamu ke sekolah." Kata Tuan Jeon sambil tersenyum.

Mata aku dan mata Jungkook membulat. Kami pandang satu sama lain.

"Appa.."

"Pergi Jungkook. Appa risau setiap hari dia naik bas." Potong Tuan Jeon.

"Arasseo." Jungkook mengalah. Dia mencapai kunci keretanya lalu bangkit berdiri. Sememangnya dia mahu keluar jalan-jalan di bandar selepas sarapan pagi.

Wonwoo menahan ketawanya melihat wajah cemberut adiknya.

Aku mengikuti langkah Jungkook ke keretanya.

Sepanjang perjalanan, kami berdua hanya diam. Tidak bersuara hingga tiba disekolah aku.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang