抖阴社区

? 51 ?

1K 61 3
                                    

"Yein, kau fikir apa dari tadi?" Soal Sujeong iaitu rakan karib gadis cantik ini.

Yein mengeluh. "Mana dia sekarang?"

Sujeong terdiam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Cinta gila gadis itu. Walaupun gadis itu banyak main cinta dengan lelaki lain. Dia tetap akan cari seorang lelaki iaitu Jeon Jungkook.

"Kenapa kau fikir dia lagi? Kau yang gila main cinta belakang dia buat apa?"

Yein yang tadi berdiri menghadap tingkap kini memusingkan tubuhnya menghadap rakannya itu.  Dia menguak rambutnya kebelakang lalu mengeluh.

"Aku tak tahu. Tu dah jadi hobi aku. Tapi cinta aku tetap kat dia, Sujeong. Aku nak cari dia balik."

Sujeong yang tadi sedang membelek majalahnya kini memandang tepat kearah mata Yein.

"Kau tahu dekat mana dia sekarang?" Soal Sujeong dengan nada tekan. Yein balas dengan gelengan lalu dia bersandar didinding.

"Aku dah pergi rumah dia tapi keluarga dia taknak beritahu."

Sujeong ketawa sinis dan membuatkan Yein memandangnya pelik. Hatinya mula berasa tak sedap.

"Dia dah kahwin, Jung Yein." Kata Sujeong lalu meneruskan membelek majalahnya. Dia tahu riaksi rakannya itu nanti.

"M-mwo?" Hati Yein remuk.

"B-bila? Macam mana kau tahu, Sujeong." Soal Yein lalu melabuhkan punggungnya diatas sofa disebelah rakannya.

"Hello? Appa aku dengan appa dia kawan, okay.. Aku tahulah. Emm.. Tak siap aku dah setahun kot dia dah kahwin. Aku dengar dia dah ada anak." Balas Sujeong tenang.

Yein terkedu. Dia terus bersandar disofa milik Sujeong itu. Badannya menggigil manahan diri.

"Kenapa kau beritahu aku sekarang, Sujeong? Kenapa sekarang?"

"Aku pun baru tahu semalam dari appa aku. Keluarga Jeon sambut harijadi cucu diaorang yang pertama semalam. Yein, baik kau move on. Pilih lelaki yang betul-betul cintakan kau dan kau betul-betul cinta kan dia. Hanya seorang SAHAJA." Kata Sejeong tanpa memandang wajah Yein. Perkataan terakhir ditekan. Dia berharap rakannya itu berubah.

Yein menggeleng laju.

"No! Tak mungkinlah! Jungkook aku punya!" Kata Yein dengan nada sedikit tinggi. Dia menggenggam tangannya dengan kuat. Sujeong memandang Yein dengan pandangan tak puas hati.

"Up to you, Yein. Up to you." Balas Sujeong lalu menghempaskan majalah diatas meja dihadapannya. Dia mula bangkit berdiri dan melangkah keluar dari bilik tidurnya meninggalkan Yein keseorangan.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang