抖阴社区

? 54 ?

978 66 3
                                        

Aku menguak rambutku ke belakang. Mata aku kemudian menoleh kearah pintu bilik rawatan kecemasan. Aku mengenggam kedua belah tanganku yang terdapat darah kering dengan erat sambil mata terpejam rapat.

"Somi-ya!" Suara yang memanggil nama aku itu bagai angin sahaja. Kepala aku berserabut memikirkan suami dan anak aku yang berada di dalam bilik rawatan itu.

Tiba-tiba tubuh aku dipeluk membuatkan aku tersedar ke dunia realiti. Wajah ibuku menjadi tatapan pertama.

"Omma.."

Mata aku kemudian beralih memandang ibubapa mertua dan abang ipar aku yang kini berdiri dihadapanku dengan wajah yang risau.

"Sayang.. Kamu tak apa-apa?" Soal ibuku dengan suara seraknya mungkin terlalu banyak menangis. Air mata aku mula jatuh keatas pipi dengan mudah.

"Jungkook.. Haneul.." Setelah aku menyebut nama-nama itu, aku mula tidak sedarkan diri.

"S-somi-ya!" Tubuh aku disambut dan digoncang perlahan oleh ibu. Mereka berempat mula panik.

"Wonwoo, bawa dia kebilik rawatan." Arah Tuan Jeon kepada anak sulungnya.

"Baik, papa."

•••••

Aku membuka mata aku dengan perlahan. Suasana bilik yang asing ini aku perhatikan sehingga mata aku terhenti memandang pintu bilik ini dibuka oleh seseorang.

"Awak dah sedar, Somi?" Wonwoo menapak mendekati aku dikatil. Melihat wajahnya, aku tersedar. Dengan pantas aku bangkit dari pembaringan.

"Oppa, mana Jungkook dan Haneul?" Soal aku setelah aku sedar dimana keberadaanku.

Wonwoo tersenyum pendek. Dia menggaru belakang kepalanya.

Aku mula menurunkan kaki tetapi ditahan oleh Wonwoo.

"Sabar, Somi. Biar oppa bawa kamu jumpa diaorang." Kata Wonwoo sayu. Lengan aku dipegang. Wonwoo membantu aku menuruni katil. Setelah menyarung sandal aku, kami mula menapak keluar dari bilik ini.

••••

Air mata aku tak henti mengalir memandang wajah anak aku yang dipenuhi oleh luka dan lebam.

"Sayang.. Kamu tak pernah ada luka dan lebam macam ni." Kataku dengan nada perlahan. Tangan kecil itu aku sentuh dan usap lembut. Dahinya menjadi sasaran bibirku. Wonwoo yang berdiri dibelakang aku hanya diam memerhatikanku. Tak lama itu, lelaki itu keluar dari bilik ini. Mungkin ingin memberikan ruang kepadaku.

"Somi-ya.."

Aku menoleh setelah lama aku menatap wajah anak aku. Wonwoo menapak mendekati aku.

"Jungkook dah sedar."

Mendengar itu, aku terus bangkit berdiri dari kerusi. Kaki aku laju menapak keluar dari bilik Haneul.

•••••

Aku menapak lemah kearah katil yang diduduki oleh Jungkook. Mata aku dan mata Jungkook bertembung. Jungkook mula mengangkat tangannya. Tangan itu aku genggam lalu mencium berkali-kali.

"S-somi.."

Aku angguk laju. Air mata aku mengalir lagi. Melihat wajah Jungkook turut mempunyai kesan luka dan lebam, hati aku mula menangis lagi. Kesihan dua kesayangan aku.

"Ha-haneul.. mana..?" Soal Jungkook perlahan. Aku tersenyum lebar.

"Dia ada, Jungkook. Dia ada." Dahi Jungkook aku cium berkali-kali. Kemudian aku terdengar esakan kecil darinya. Aku tersentak. Air mata Jungkook aku lap.

"Kenapa ni, sayang?" Aku menahan diri dari menangis. Tangannya aku usap lembut. Pertama kali aku melihat Jungkook macam ni.

"Sakit.."

Aku memejamkan mataku. Aku angguk perlahan.

"Nanti awak dan Haneul akan sembuh, ya? Awak kuatkan?" Aku cuba memberinya semangat. Lelaki itu mengangguk perlahan.

"S-saya nak anak saya." Kata Jungkook dan membuatkan aku tersenyum pendek. Aku menundukkan wajahku dan membiarkan air mata aku mengalir.

Perit.

Itu yang aku rasa.

[C] I'm Sorry ? Jeon JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang